Thursday, January 29, 2009

PRA-AMARAN....INI BUKAN DRAMA DAKWAH!

Sekarang saya sedang menulis skrip baru untuk TV3. Tajuknya, biar lah rahsia dahulu. Dan peranan saya hanya lah membantu seorang penulis skrip tersohor. Tidak banyak yang boleh saya katakan tentang ‘job’ ini. Sekadar mengingatkan bahawa ia bukan drama dakwah. Sekalipun, watak perempuannya bertudung manakala lelakinya lulusan agama Universiti al-Azhar, Mesir. Ia tentang cinta dan kekeluargaan. Satu tema biasa untuk drama Melayu di TV kita. Sesetengah orang mungkin ‘mual’ disogokkan oleh tema yang cliché seperti ini. Tetapi sebahagian besar penonton tidak mual. Majoriti besar ini lah yang disebut sebagai ‘pasaran’ (market) untuk industri televisyen tempatan. Nanti, jangan pula ada yang mengomen, bahawa dakwah dalam drama ini “tidak sampai” atau apa-apa komen yang sewaktu dengannya. Jangan lah kerana ada watak utama bertudung atau ada ijazah agama, kita mengecop ia sebuah drama dakwah. Kenapa kita sering menganggap begini? Sedangkan dalam kehidupan sebenar, ramai perempuan bertudung tidak berdakwah walau satu ayat. Sementara lulusan al-Azhar, pun bukan semuanya ustaz. Ini satu realiti.

Sunday, January 25, 2009

SAMSIAH MOHD NOR - BIDADARI CINTA

Kepada semua peminat novel tempatan khususnya peminat Samsiah Mohd Nor, ada berita gembira sekitar Feb/Mac ini. Buah tangan terbaru beliau berjudul "BIDADARI CINTA" akan terbit di pasaran. Novel ini dijangka akan mengembalikan semangat TBM. Pastinya ia menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan selepas "BULAN BERBISIK" yang terbit pada 2007. Kedua-dua novel ini diterbitkan oleh Alaf 21 Sdn Bhd. Dapatkan maklumat lanjut dalam blognya, http:samsiahmohdnor.blogspot.com

Monday, January 19, 2009

TBM KINI DI YOUTUBE

Akhirnya!! Kini saya tidak perlu lagi risau bila peminat tegar TBM bertanyakan tentang Youtube. Yang dinanti telah tiba. Kalian boleh menyaksikannya di HAZEL CHANNEL. Terima kasih daun keladi kepada pemilik saluran berkenaan (yang tidak saya kenali). Selain TBM, ada banyak lagi drama tempatan berkualiti yang dimuat naik ke saluran itu. Dan kebanyakannya bertema agama. Seperti yang kita semua maklum, sejak akhir-akhir ini, banyak juga drama bertemakan agama yang bagus di TV kita. Sayang sekali, kesibukan membuatkan kita terlepas tayangannya. Mujur ada Hazel Channel. Alhamdulillah. Klik pada alamat ini : http://www.youtube.com/user/hazel2k Selamat menonton.

Wednesday, January 14, 2009

GEMPAR! RUMAH MAIZURA BERHANTU...??

Ini cerita benar. Jiran tingkat bawah saya sudah berkemas untuk pindah hujung bulan ini. Kononnya mendengar bermacam-macam bunyi dari tingkat atas. (rumah saya lah!) Aneh, saya tidak pula mendengar apa-apa, sekalipun kerap berjaga hingga ke pagi untuk menulis. Dari mana datangnya bunyi itu? Adakah dari dalam mindanya semata-mata? Atau memang benar rumah saya berhantu? Kalau benar, saya terima saja situasi ini. Saya tidak menolak kehadiran jin di alam ini. Saya juga tidak menolak peranan orang soleh dalam masyarakat kita. Hanya yang saya tolak adalah ketakutan yang melampaui batas. Dan kebergantungan melampau terhadap orang soleh. Sekarang, ramai orang mencari makan dengan menyamar jadi orang soleh. Doa mereka bukannya dapat menghalau hantu, sebaliknya meramaikan lagi. Sudahnya, duit banyak habis, jiwa makin tidak tenang dek bunyi-bunyian itu. Ini lah faktor yang membawa umat Melayu mundur ke belakang. Salah siapa? Masyarakat kah? Mungkin. Dahulu, ibu-ibu menakutkan anak-anak dengan hantu supaya anak-anak tidak nakal. Sekarang, TV dan wayang menakutkan anak-anak kita untuk tujuan hiburan. Agaknya, hantu-mantu sebenar sangat suka diri mereka semakin menjadi perhatian di abad ke-21 ini. Tapi adakah Tuhan suka apabila manusia lebih takutkan hantu dari takutkan Dia? Para mufti, tolong jawab sikit.

Saturday, January 10, 2009

JANGAN BERI DUIT PADA KEDUTAAN PALESTIN!!

Bantu lah Palestin, tapi hindari lah kedutaannya samada di Malaysia atau negara-negara lain. Aktivis Palestin, Maszlee Malik berkata, kedutaan negara itu dikuasai oleh kuncu-kuncu Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang terkenal dengan sifat korup. Selain itu, beliau turut mencadangkan demonstrasi di hadapan Kedutaan Mesir. Negara Islam pimpinan Hosni Mubarak itu telah dengan kejamnya menutup pintu sempadan di Refah. Keadaan ini menyukarkan bantuan dari luar disalurkan ke Gaza. Beliau juga menggesa Mawi dan rakan-rakan artis lebih pro-aktif dalam menyedarkan rakyat Malaysia tentang krisis di Gaza. Baca sepenuhnya dalam http:palestinkini.info/?p=2889//

Thursday, January 8, 2009

TBM DIULANGTAYANG DI TV2

Jangan terlepas menyaksikan siaran ulangan TBM di TV2, mulai 5 Januari 2009 (Isnin) pada jam 11.3o pagi hingga 12.30 tengahari. Drama bersiri 30 episod ini akan bersiaran semula setiap Isnin hingga Khamis. Mungkin ia dapat mengubat kerinduan peminat yang sering bertanya kenapa TBM tiada di Youtube. Tentang Youtube, saya tidak berani berjanji kerana saya sendiri tidak ada salinannya buat masa ini. Kepada siapa yang kelapangan pada sebelah pagi, selamat 'melayan'nya untuk kali ke-dua. Dan kepada mereka yang pertama kali menonton, semoga terhibur hendaknya.

Tuesday, January 6, 2009

WARTAWAN PULA DIBELASAH!

Selepas penulis skrip dibelasah oleh wartawan (Siti Jarum), semalam wartawan pula di belasah. Yang membelasah, Azwan Ali melalui Radio 24. Sayang sekali, tiada wakil wartawan terutama yang 'otai' hadir ke studio untuk sama-sama meletupkan rancangan bual bicara secara langsung itu. Khabarnya, tiada yang berani ke studio setelah mendengar nama Azwan Ali sebagai salah seorang ahli panel. Apa tidaknya, para penggiat industri, maklum akan mulut 'laser' pemilik nama ini. Program itu bertajuk 'Siapa Diekploitasi atau Dimanipulasi, Media atau Artis?'. Hosnya Aidil Ghafar & Zaleha Khairene. Ahli panel lain, pengarah filem, Ahmad Idham dan blogger filem, Ajami Hashim. Rentetan dari bual bicara semalam, saya berpendapat kebanyakan wartawan hiburan tempatan lebih berminat hendak 'menghentam' artis dan 'mensasikan' sesuatu isu bagi melariskan media masing-masing. Sangat kurang unsur-unsur kritikan membina untuk meningkatkan kualiti industri dalam penulisan mereka. Ini menyebabkan kebanyakan artis enggan menerima teguran wartawan. Sebaliknya, mempergunakan wartawan untuk melariskan diri mereka semata-mata. Dan apabila seseorang wartawan itu bersara, artis yang masih kekal dalam industri akan memandangnya sebelah mata sahaja. Hubungan yang terjalin sebelum ini adalah atas dasar kerjaya, bukan dengan 'jiwa'. Hakikat ini diakui oleh wartawan bersara - samada yang sudah 'gantung pen' atau masih menulis tetapi dalam bidang lain yang tiada kaitan dengan hiburan. Apa pun, tidak semua wartawan mementingkan sensasi. Ada segelintir yang komited menulis kritikan membina. Kualiti industri akan meningkat sekiranya penggiat industri mengambilkira pendapat mereka. Tidak perlu lah saya sebutkan nama mereka kerana dikhuatiri kelihatan seperti mahu "membodek" pula. Sementara yang tidak disebut nama, akan terasa hati. Maklum lah kebanyakan dari mereka, adalah kawan-kawan saya juga.

Thursday, January 1, 2009

BUNGA API DI KL, BOM DI GAZA

Jam 12 malam. Kedengaran bunyi letupan bunga api di kawasan pangsapuri saya. Terus teringat pada Gaza. Di sini meletup, di sana juga meletup. Tapi di sana adalah letupan bom. Israel menyerang Gaza. Dan adakah kita peduli? Tidak ramai yang peduli. Kononnya apa yang berlaku di Palestin tidak ada kena mengena dengan kita. Hakikatnya, huru hara yang berlaku di dunia sekarang - kemelesetan ekonomi, kejatuhan Dolar Amerika Syarikat, kenaikan mendadak harga emas, kekurangan air bersih, kekurangan lain-lain sumber berharga dan sebagainya - bertitik tolak dari kerja 'dalang-dalang' di belakang tabir Jerusalem. Elit yang mengebom Gaza adalah elit yang sama yang 'menjatuhkan' ekonomi Amerika Syarikat (AS). Ekonomi AS bukan jatuh dengan sendiri, tetapi 'dijatuhkan'. Bagi membolehkan AS tidak bangkit semula, satu keadaan mesti diwujudkan. Keadaan itu digelar kemelesetan ekonomi dunia besar-besaran (Gerat Depression). Ia pernah berlaku pada tahun 1930-an. Waktu itu British memerintah dunia dan gila berperang. Akibatnya British bankrap. Dan jatuh tertiarap! Lantas berdiri lah AS dengan megahnya menggantikan British. Lumrah orang berkuasa, hauskan darah manusia. Apatah lagi dengan statusnya sebagai "boneka" kepada Israel yang terdesak mahukan dunia mengiktiraf kedaulatannya. AS berperang hingga hampir bankrap sekarang. Kata orang, "sejarah selalu berulang". Mungkin kah selepas AS bankrap, Israel pula akan memerintah dunia? Penganalisis isu antarabangsa meramalkan ada kemungkinannya. Manakala pakar ekonomi antarabangsa pula, sekarang makin kerap menyebut "Great Depression" (sekuel kedua??) Jadi, siapa kata percaturan di Palestin tiada kena mengena dengan kita? Atau saya yang paranoid?