Thursday, November 28, 2013
Sunday, November 10, 2013
KJ menang anugerah hiburan... Shout! Awards.
Mungkin satu sejarah apabila seorang menteri kabinet dicalonkan untuk anugerah dalam dunia artis. Tetapi itu lah Khairy Jamaludin [KJ], Menteri Belia & Sukan yang baharu sahaja merangkul kategori sosial media, "Wired Celebrity Award" sebentar tadi. Kategori ini mengiktiraf selebriti tempatan yang aktif dalam penggunaan media sosial.
Khairy mengalahkan calon yang bukan calang-calang seperti Yuna, Aaron Aziz, Sofea Jane dan ramai lagi. Malahan, ketika mengucapkan selamat bertanding kepada Sofea Jane siang tadi melalui whatsapp, kami sama-sama menjangkakan Yuna akan menang. Ternyata, jangkaan tersasar. Yuna juga gagal memenangi mana-mana kategori pada kali ini.
Calon kegemaran saya malam ini, antaranya Mat Lutfi, yang menang kategori sama - sosial media - yang dinamakan Shout! Aloud Award; Hafiz yang menang dua hadiah dalam kategori muzik ; dan KIL yang menang kategori filem.
Kategori yang saya nantikan tentu lah drama televisyen. Tahun ini jatuh kepada drama bersiri slot Zehra di TV3, Sebenarnya Saya Isteri Dia [SSID] terbitan Primeworks Studio. Saingan terdekat kepada SSID adalah Adam & Hawa yang bersiaran di Astro Mustika HD, terbitan Global Station Sdn Bhd. Kedua-dua drama bersiri ini merupakan drama adaptasi daripada novel popular tempatan
Apa pun, anugerah kemuncak, Ultimate Award, diraih oleh penyanyi Joe Flizow.
Pencalonan dan kemenangan untuk semua kategori adalah berdasarkan undian peminat melalui internet. Bermakna anugerah ini bersifat popular dan 'urban' kerana dianjurkan oleh saluran 8TV di mana penontonnya berbilang bangsa dan tertumpu kepada kawasan bandar.
Saturday, November 9, 2013
BALADA PENCINTA... MASIH DI PAWAGAM
Setelah hampir sebulan menyaksikan pra-tonton filem Balada Pencinta, baharu lah saya berkesempatan menitipkan sesuatu tentangnya. Filem arahan dan skrip oleh Khir Rahman ini menggabungkan seni dan komersial. Ini diakui beliau dalam ucapannya ketika karya ini dihidangkan kepada pihak media dan penggiat industri pada 17 Oktober lalu.
Jika dilihat dari aspek keseimbangan seni dan komersial, filem ini berjaya mencapai matlamatnya. Bagaimanapun, terserah kepada penonton untuk menenentukannya. Laman sesawang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional [FINAS] belum mencatatkan kutipan tiket setakat ini kerana ia masih diputarkan pawagam.
Apa pun, saya lebih menyukai arahan pertama Khir, "....Dalam Botol" yang ditayangkan pada 2011 kerana garapan seni dan perbincangan subjek yang melanggar adat kebiasaan masyarakat tempatan.
Berbalik kepada Balada Pencinta, ia mempertaruhkan pelakon yang asalnya popular melalui drama televisyen dan sekarang semakin kerap kelihatan di pawagam - Johan Asa'ari dan Siti Saleha. Turut dibantu oleh Zain Hussein, Iedil Putra, Miera Liyana, Azhan Rani, Faizal Hussein, Bell Ngasri, Dato Jalaludin Hassan, Dian P Ramlee dan ramai lagi.
Kepada penyokong dan pencinta filem tempatan, masih tidak terlambat untuk ke pawagam, ya!

Saturday, November 2, 2013
ANUGERAH SKRIN 2013... 29 NOVEMBER INI
Anugerah Skrin tahun ini [ASK 2013] membuka tirai dengan menampilkan kelainan. Buat pertama kali calon lima terbaik diumumkan sebulan lebih awal. Dan pengumuman itu disiarkan secara langsung melalui saluran penganjurnya, TV3 sebentar tadi jam 9 hingga 10 malam. Manakala malam sebenar akan diadakan pada 29 November ini di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Majlis ringkas tadi memperkenalkan calon lima terbaik bagi kategori Penulis Skrip Drama TV a.k.a. Lakon TV iaitu Siti Jasmina Ibrahim, Mazelan Manan, Azlina Pa'Wan, Erma Fatima dan Eenaz Mokhtar.
Calon lima terbaik bagi ketegori Penulis Skrip Filem a.k.a. Lakon Layar adalah Mamat Khalid, Nik Amir Nik Mustafa, Rafidah Abdullah, Shafiq Yusuf dan Edry Abdul Halim.
Semua nama ini hebat belaka dan kredibiliti penulisan mereka memang sudah terbukti.
Sama-sama lah kita menantikan siapa di antara mereka akan dinobatkan sebagai juara, ya.

Subscribe to:
Posts (Atom)