Showing posts with label DAHLIA. Show all posts
Showing posts with label DAHLIA. Show all posts
Friday, July 19, 2013
Sunday, July 14, 2013
DAHLIA.. BAHAGIA KAH AKHIRNYA?
Minggu ini minggu terakhir drama Dahlia bersiaran di Astro. Tentunya soalan yang sering ditanya pengikut-pengikut drama ini adalah samada Dahlia akan bahagia atau terus menderita?
Mungkin ada yang membuat pelbagai ramalan setelah dikejutkan oleh hubungan Zara dengan Fuad pada minggu lepas dan siapa sebenarnya Fuad suatu ketika dahulu.
Ini membawa kepada kemungkinan kisah ini tidak berakhir dengan kebahagiaan [Happy Ending] dan hidup perlu diteruskan oleh Dahlia walau apa pun yang berlaku... [Life goes on]
Persoalan ini akan terjawab pada minggu ini melalui Astro Mustika HD Saluran 134.
Labels:
ASTRO,
DAHLIA,
KARYA MAIZURA MOHD EDERIS
Tuesday, July 9, 2013
DAHLIA TERUS BANGKIT PADA MINGGU KE-12
Kematian Razman tidak mematahkan semangat Dahlia. Wanita ini terus bangkit. Dia kuatkan hati membuat semakan di syarikat insurans tentang pampasan insurans nyawa Razman. Dia juga menyiasat melalui Hairi tentang samada Razman ada meninggalkan wasiat atau tidak. Jika ada, berapa kah bahagian untuk anak-anaknya? Jika tiada, dia akan menuntutnya berdasarkan Hukum Faraid. Semua ini dilakukan demi anak-anaknya, bukan untuk diri sendiri.
Bagaimana pula dengan Fuad? Selain rahsianya sebagai ahli korporat yang terbongkar beberapa minggu sebelum ini, tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan peribadi beliau. Adakah dia pernah beristeri dan mempunyai anak? Atau...confirm bachelor?
Apa pun, yang pasti, Haliza akan terus berdendam dengan Dahlia setelah Razman meninggalkannya seorang diri di majlis resepsi mereka.
Teruskan mengikut Dahlia yang kini sudah menghampiri penghujungnya. Astro Mustika HD, 134, ya!
Labels:
ASTRO,
DAHLIA,
KARYA MAIZURA MOHD EDERIS
Monday, June 24, 2013
SIAPA SEBENARNYA FAIZAL HUSSEIN?
Suspen tak tajuk ni?
Sebenarnya tak ada apa-apa pun.
Tajuk ini sekadar merujuk kepada watak lakonan Faizal Hussein dalam drama Dahlia yang sudah memasuki episod ke 28 [minggu ke-10] pada malam ini.
Watak Fuad Sidek lakonan beliau, sebelum ini dilihat sebagai pemandu lori. Kemudian, didedahkan bahawa beliau seorang ahli korporat dalam bidang Teknologi Maklumat tetapi sudah bersara dari bidang ini. Bagaimanapun, beliau mengekalkan saham beliau dalam syarikat milik sahabatnya, Halim, lakonan Rashidi Ishak.
Mulai minggu ini, Dahlia mula mengetahui siapa Fuad yang sebenarnya. Penonton juga akan dikejutkan oleh beberapa rahsia peribadi Fuad yang belum diketahui sebelum ini. Manakala watak Razman lakonan Hans Isaac juga akan mengalami "twist" yang mungkin tidak dijangka oleh penonton.
Teruskan setia bersama saluran Astro Mustika HD - 134 yang kini bersiaran selama satu jam, setiap Isnin hingga Rabu, 10 hingga 11 malam.

Monday, June 17, 2013
Dahlia...Faizal Hussein semakin menyerlah
Drama Dahlia memasuki minggu ke-9 malam ini dengan episod 25 yang banyak menampilkan lokasi di rumah percutian milik Dahlia di tepi pantai. Bermula dari episod ini, watak Fuad Sidek yang dilakonkan oleh pelakon 'otai', Faizal Hussien semakin menyerlah dan berkembang.
Minggu ini menyaksikan kebangkitan Dahlia untuk menyara hidup sendiri sebagai ibu tunggal. Razman pula
memberi kebenaran kepada anak-anak mereka untuk tinggal bersama Dahlia di 'beach house' itu kerana
waktu ini adalah waktu cuti persekolahan yang panjang di hujung tahun.
Dahlia semakin banyak mendapat tawaran kerja sebagai
'freelance' di syarikat perisian komputer.
Lantas sering terserempak dengan Fuad, jiran tepi pantai itu, di sebuah gerai kecil yang berdekatan.
Seterusnya, terjalin perkenalan yang lebih erat antara
mereka - yang sebelum ini sekadar bersua dan bertegur sapa sepintas lalu. Fuad
juga semakin mesra dengan emak dan anak-anak Dahlia.
Jangan lupa malam ini, jam 10 di Astro Mustika HD [Saluran
134]
Labels:
ASTRO,
DAHLIA,
KARYA MAIZURA MOHD EDERIS
Monday, June 3, 2013
SINOPSIS DRAMA DAHLIA MINGGU KE-7
Diam tak diam, drama bersiri Dahlia sudah masuk minggu ke-7.
Mulai minggu ini, Dahlia mengambil keputusan untuk keluar dari rumah sementara di Kuala Lumpur kerana rumah itu milik Encik Halim. Dahllia enggan difitnah lagi kononnya dia ada hubungan sulit dengan Encik Halim. Ini tentu akan menyukarkan usaha mendapatkan hak penjagaan anak-anak di mahkamah syariah.
Dahlia pergi ke rumah percutian tepi pantai yang dibelinya secara tunai dengan wang simpanan hasil bekerja selama 10 tahun, pada ulangtahun perkahwinanya yang ke-10 bersama Razman, beberapa bulan lalu. Rumah yang kononnya hendak dihadiahkan kepada suami dan anak-anak itu - yang dianggap lambang cinta kasih mereka sekeluarga - kini menjadi tempatnya berteduh.
Tanpa anak-anak, Dahlia membawa diri ke tepi pantai itu bersama emaknya. Rumah itu lah satu-satu 'harta' yang ada padanya. Namun baginya, apa guna harta itu jika anak-anak tiada bersamanya. Atas dasar itu, Dahlia nekad mahu terus berjuang mendapatkan hak penjagaan anak-anak dengan bantuan kawannya, Adilah, seorang peguam syariah.
Pada masa yang sama, Fuad yang tinggal di rumah berdekatan, sering mengambil berat terhadap Dahlia. Fuad bekerja sebagai pemandu lori, tetapi mempunyai banyak masa lapang untuk membantu Dahlia.
Teruskan mengikuti kesudahan kisah ini....

Monday, May 20, 2013
DRAMA DAHLIA...SINOPSIS MINGGU KE-5 & 6
Semasa bercuti di Phuket, malang lagi menimpa Dahlia. Kedua anaknya telah diculik dan
dibawa lari ke Malaysia.
Rupanya Haliza adalah dalang kepada penculikan ini. Tujuannya untuk memerangkap Dahlia di Mahkamah Syariah dengan alasan Dahlia cuai dan tidak layak menjadi ibu kepada anak-anaknya.
Haliza juga memerangkap Dahlia dengan gambar-gambar bersama lelaki dan arak di kelab malam. Dia merancang semua ini ketika mereka bersahabat dahulu - sewaktu mula menubuhkan syarikat usahasama HD Solutions Sdn Bhd - yang tiada kaitan dengan Razman. Waktu itu, Razman sibuk dengan syarikatnya bersama Dahlia, Tera-Scan Sdn Bhd.
Akhirnya, mahkamah memberikan hak jagaan sementara kepada Razman.
Labels:
ASTRO,
DAHLIA,
KARYA MAIZURA MOHD EDERIS
Thursday, May 9, 2013
DAHLIA...SINOPSIS MINGGU KE-4 [13-15 MEI]
Ibu Dahlia, Makcik Fatimah, datang dari kampung untuk memberi semangat kepada Dahlia yang kini bergelar ibu tunggal.
Tidak lama kemudian, Dahlia membawa anak-anak ke Phuket untuk tenangkan perasaannya yang berkecamuk.
Labels:
ASTRO,
DAHLIA,
KARYA MAIZURA MOHD EDERIS
Thursday, May 2, 2013
PARAH...DEMAM "DAHLIA" MELANDA MALAYSIA
Alhamdulillah, selepas dua minggu [enam episod] Dahlia bersiaran di saluran Astro 134, jumlah hashtag [#] Dahlia di twitter telah meningkat. Rata-rata penonton telah men"tweet" tentang jalan cerita dan mutu lakonan para pendokong watak utama.
Untuk bacaan seterusnya, sila klik pautan di bawah :
Demam Dahlia - Artikel Astro Gempak
Teruskan menonton, ya.
Bagi yang belum melanggan pakej Mustika, sila hubungi talian 1300 82 3838. Harga untuk pakej Mustika hanya RM12.95 sebulan. Manakala yang belum mempunyai perkhidmatan berdefinisi tinggi [High Definition - HD], sila lah menempah Astro B.yond dengan harga RM20 sebulan.
Labels:
ASTRO,
DAHLIA,
KARYA MAIZURA MOHD EDERIS
Tuesday, April 30, 2013
"DAHLIA"...EKSLUSIF DI ASTRO MUSTIKA HD - 134
Mulai minggu ini, [episod 4 ke atas], drama bersiri "DAHLIA" tidak lagi tersiar di laman Youtube Astro Gempak. Tiga episod terawal pada minggu lepas merupakan "complimentary' daripada pihak Astro. Bagi mereka yang ingin mengikuti kesudahan kisah wanita bernama Dahlia ini, teruskan setia bersama Astro Mustika HD - saluran 134 setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam. Siapa yang belum ada pakej Astro Mustika HD ini, jangan lupa melanggannya, ya.
Labels:
ASTRO,
DAHLIA,
KARYA MAIZURA MOHD EDERIS
"DAHLIA"..SINOPSIS MINGGU KE-2 [EPISOD 4-6]
Pada malam ulangtahun perkahwinan Dahlia dan Razman yang ke-10, Dahlia telah mendapat kejutan. Razman melepaskan satu "bom jangka" yang
selama ini disimpannya. Razman ada hubungan dengan perempuan lain!
Dahlia menerima hakikat pahit
ini, tetapi enggan ambil tahu siapa perempuan itu.
Tertekan dengan situasi ini,
Dahlia menyerahkan semua urusan pejabat kepada sahabat baiknya sejak di kolej
yang juga Pengarah Pemasaran di syarikatnya, Haliza 35.
Dahlia percaya kepada Haliza,
sehingga lah pada suatu hari, dia mendapati rumah yang dibeli atas nama syarikat akan dilelong oleh pihak bank kerana syarikat tidak membayar ansuran bulanan.
Labels:
ASTRO,
DAHLIA,
KARYA MAIZURA MOHD EDERIS
Friday, April 26, 2013
"DAHLIA"....SINOPSIS MINGGU PERTAMA..
Pada usia 35
tahun, Dahlia telah memiliki segalanya - suami yang baik, sepasang anak lelaki dan perempuan yang comel serta syarikat yang menguntungkan. Ini semua hasil penat
lelahnya sejak 10 tahun lalu bersama suami tercinta, Razman, 35.
Bagaimanapun, Dahlia sering menganggap dirinya tidak
cukup sempurna sebagai ibu dan isteri. Dek kerana terlalu fokus kepada
syarikat.
Menjelang ulangtahun perkahwinannya yang ke-10, Dahlia
berazam mahu meluangkan lebih masa
bersama suami dan anak-anak. Dan menghargai mereka yang selama ini menjadi
sumber kekuatan buat dirinya.
Dahlia pun merancang satu kejutan. Senyap-senyap dia
membeli sebuah rumah rehat di tepi pantai. Rumah ini bakal menjadi lambang
cinta kasihnya kepada suami dan anak-anak ...untuk selamanya...
Selamat menonton episod 4 hingga 6 pada minggu hadapan....
Selamat menonton episod 4 hingga 6 pada minggu hadapan....
Labels:
ASTRO,
DAHLIA,
KARYA MAIZURA MOHD EDERIS
Subscribe to:
Posts (Atom)