Showing posts with label HANYA PADA-MU. Show all posts
Showing posts with label HANYA PADA-MU. Show all posts

Saturday, January 19, 2013

HANYA PADA MU...ULASAN PENONTON

Bagi yang ingin membaca pendapat penonton tentang Hanya Pada Mu, sila ke blog ini :

BLOG ANIEMSYAH


Selamat membaca.

Saturday, January 5, 2013

HANYA PADA MU... DI ATAS TALIAN.

Bagi yang ketinggalan menonton drama bersiri terbitan Filmscape Sdn Bhd, HANYA PADA MU, boleh didapati di portal tonton.com.my. Sila klik pada pautan di bawah :

Hanya Pada Mu @ tonton.com.my

Tuesday, December 25, 2012

HANYA PADA MU...MULAI 28 DIS, 9 MLM, TV3

Drama rantaian Hanya Pada Mu akan menemui penonton setiap minggu mulai Jumaat ini, 28 Disember, jam 9 malam, di TV3. Ini sebuah lagi terbitan Filmscape Sdn Bhd yang sebelum ini pernah membolot kategori Drama Rantaian di Anugerah Skrin selama tiga tahun berturut-turut melalui  Kekasih Ku Seru, Nur Kasih dan Juvana.

Hanya Pada Mu ditulis oleh saya dan diarahkan oleh Faisal Ishak. Pelakonnya terdiri daripada Beto Kusyairi, Zahiril Adzim, Nazeera Sardi dan Emelda Rosmila. Mohd Frank Lewis, Siti Marzuliana dan Shasha Yusof selaku Penerbit Eksekutif. Manakala lagu latar bertajuk "Aku Yang Berdosa" nyanyian Shahir AF8.

Drama ini menggantikan Runtun Qalbu yang tamat siarannya pada Jumaat lalu. Beberapa minggu sebelum ia berakhir, Runtun Qalbu mendapat rating sekitar 1.5 juta. 

Maklumat lanjut tentang drama ini boleh dilihat di forum Malaycari.com.

Jangan lupa temujanji kalian Jumaat ini, ya!

Sunday, December 9, 2012

"HANYA PADA-MU" DALAM HARIAN METRO 5 DISEMBER 2012



ARMAN SAID ibarat seorang pelajar yang sedang mengikuti kelas psikologi. Dia hanya terdiam seketika tatkala seorang guru, Adawiyah, berbicara di depannya mengenai hidup dan hakikat fitrah manusia lahir ke dunia ini.
Setiap tutur kata dan perumpamaan digambarkan Adawiyah membuat Arman jadi kagum. Jiwa memberontak yang wujud dalam dirinya kembali tenang. Watak Adawiyah lakonan pelakon baru, Nazeera Sardi digambarkan sebagai seorang wanita bersopan-santun.
Sikap lemah-lembut dan ketenangan dirinya tetap kental sekalipun pernah memiliki pengalaman pahit dibenci dan didera secara mental oleh ibu saudaranya sendiri. 

Ketika itu juga, Arman lakonan Beto Kusyairy kembali teringat kenangan lalu.
Baca selanjutnya dalam artikel di Harian Metro :
myMetro | Borak Lokasi: Bagan Lalang terapi jiwa kacau

Saturday, August 25, 2012

KARYA TERBAHARU, HANYA PADA-MU

Selamat Hari Raya buat pengunjung blog ini. Maafkan jika ada silap dan salah. Saya bercuti di kampung sejak Khamis minggu lalu. Hari ini kembali ke Kuala Lumpur untuk menyambung kerja penulisan skrip yang tertangguh. Kisahnya berjudul Hanya Pada-Mu, untuk slot Zehrah, TV3, pada setiap Jumaat, 9 malam. Pada masa ini, slot berkenaan sedang menyiarkan drama bersiri Naziha.

Pada dasarnya, slot Zehrah ini bertemakan keagamaan. Bagaimanapun, pihak televisyen mahukan pengisian  yang ringan, santai dan menghiburkan untuk slot ini. Mesej agama pula, mesti disampaikan secara tersembunyi, tersirat dan halus. MEREKA mahukan isinya lebih kepada memberi inspirasi dan bukannya 'berdakwah', 'memaksa' atau 'berkhutbah'.

Hanya Pada-Mu diterbitkan oleh Filmscape Sdn Bhd, yang sebelum ini berjaya dengan drama bersiri seperti Kekasih Ku Seru, Nur Kasih dan Juvana. Hanya Pada-Mu dijangka menemui penonton pada November ini, InsyaAllah....