Showing posts with label DRAMA MELAYU. Show all posts
Showing posts with label DRAMA MELAYU. Show all posts
Wednesday, August 31, 2016
Wednesday, August 17, 2016
Monday, September 7, 2015
PITCHING RTM ... SEKARANG!
Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah memulakan pitching terbuka (open pitch) mulai hari ini sehingga Oktober nanti. Pitching ini dibuka kepada semua syarikat penerbitan yang berdaftar sebagai pembekal program untuk RTM samada untuk tv1, tv2 atau tv-i. Pitching ini merangkumi pelbagai jenis program termasuk yang bukan berbahasa Melayu.
Terdapat kira-kira 700 hingga 800 syarikat penerbitan yang berdaftar di negara ini. Daripada jumlah itu, tidak pasti berapa banyak syarikat yang aktif dan akan menyertai pitching kali ini.
Dalam pitching yang lepas (Disember 2014-Januari 2015), RTM telah menerima kira-kira 1,500 kertas cadangan program. Saya tidak sempat menyertai pitching yang lepas tetapi telah ditawarkan satu tajuk yang telah diluluskan iaitu Balang Bawah Bulan. Tajuk ini sudah melalui mesyuarat penerbitan pada Ogos lalu. Khabarnya, tajuk ini adalah yang terakhir dalam kelumpuk pitching berkenaan yang dipanggil untuk mesyuarat penerbitan. Durasinya 13 episod setengah jam.
Penulisan skrip Balang Bawah Bulan sedang berlangsung sekarang. Saya dibantu oleh penulis baharu, Nur Azilah Arif. Drama terbitan Alternate Studios Sdn Bhd ini akan diarahkan oleh Shahrulezad Mohamaden.
Terdapat kira-kira 700 hingga 800 syarikat penerbitan yang berdaftar di negara ini. Daripada jumlah itu, tidak pasti berapa banyak syarikat yang aktif dan akan menyertai pitching kali ini.
Dalam pitching yang lepas (Disember 2014-Januari 2015), RTM telah menerima kira-kira 1,500 kertas cadangan program. Saya tidak sempat menyertai pitching yang lepas tetapi telah ditawarkan satu tajuk yang telah diluluskan iaitu Balang Bawah Bulan. Tajuk ini sudah melalui mesyuarat penerbitan pada Ogos lalu. Khabarnya, tajuk ini adalah yang terakhir dalam kelumpuk pitching berkenaan yang dipanggil untuk mesyuarat penerbitan. Durasinya 13 episod setengah jam.
Penulisan skrip Balang Bawah Bulan sedang berlangsung sekarang. Saya dibantu oleh penulis baharu, Nur Azilah Arif. Drama terbitan Alternate Studios Sdn Bhd ini akan diarahkan oleh Shahrulezad Mohamaden.
Labels:
DRAMA MELAYU,
DRAMA TV,
IDEA PITCH,
RTM,
Shahrulezad Mohammeddin
Tuesday, August 25, 2015
ADAPTASI NOVEL ACI PATMABI DAN KEMBOJA DI HATI TERBITAN DBP
Pagi tadi saya selesai membentangkan progres penulisan adaptasi novel Aci Patmabi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Projek ini untuk Bahagian Sastera, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Penulisannya sudah 60% siap dan tarikh penghantaranya pada hujung Oktober ini.Novel karya Azmi Iskandar Merican ini tentang masalah sosial yang melanda masyarakat Melayu Jawi Peranakan di Pulau Pinang pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Minggu hadapan pula, saya akan memulakan satu lagi projek adapatasi novel bertajuk Kemboja Di Hati yang juga terbitan DBP. Novel ini untuk TV Al-Hijrah, setiap Selasa, jam 10 malam. Drama bersiri ini mengekalkan tajuk yang sama seperti novelnya. Novelisnya, Ramlah Rashid telah menghasilkan 12 buah novel setakat ini.Drama ini akan menggunakan khidmat Shahrulezad Mohamaden sebagai pengarah dan penerbitnya, Ashraf Muslim. Syarikat produksi milik Ashraf ini, Al-Hidayah Production, telah memenangi drama terbaik Anugerah Skrin 2014 dan banyak lagi kategori melalui drama bertajuk Matahari Terbit Lagi.
Friday, March 13, 2015
"PITCHING' TERBUKA TV3 & TV9
Tahun ini merupakan tahun kedua pihak TV3 dan TV9 membuka peluang kepada orang awam dan penulis baharu untuk menjual idea drama kepada kedua-dua saluran berkenaan. Acara pitching terbuka ini diadakan sempena Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) tahun ini. Keutamaan diberikan kepada penulis skrin baharu yang belum pernah menulis di TV3 dan TV9.
Ayuh, ini lah peluang untuk mencuba bakat menjual idea, mana tahu ia berhasil?
Ayuh, ini lah peluang untuk mencuba bakat menjual idea, mana tahu ia berhasil?
Pitching terbuka ini diadakan pada hari Sabtu dan Ahad ini (14 hingga 15 Mac) di bangunan The New Straits Times Press (M) Berhad, Jalan Riong, Kuala Lumpur. Tidak perlu mendaftar lebih awal. Peserta hanya perlu datang antara jam 9 pagi sehingga 5 petang, mendaftarkan nama dan kemudian…pitch!
Pada hari yang sama dan di tempat yang sama juga, akan berlangsung bengkel-bengkel seni oleh penggiat industri berpengalaman (sila rujuk entri tentang DFKL sebelum ini untuk nama-nama pembimbing bengkel)
Sementara itu, undian di atas talian untuk Anugerah DFKL 2015 juga masih dibuka. Manakala siaran ulangan drama rantaian Cinta Pandang Ke-2 di Slot Aurora TV9 sempena DFKL telah ditukar ke hari Ahad, jam 8.30 malam. (Sebelum ini, bersiaran pada setiap Khamis waktu yang sama)
Kepada mereka yang menyukai Cinta Pandang Ke-2, jangan lupa mengundi karyawan drama ini (termasuk penulis skrip nya!) di laman sesawang DFKL iaitu di pautan ini - UNDIAN DFKL 2015
Selamat maju jaya kepada semua.
Labels:
DFKL 2015,
DRAMA MELAYU,
DRAMA TV,
IDEA PITCH,
KARYA MAIZURA MOHD EDERIS
Tuesday, November 24, 2009
LAGI LAGI TENTANG 'RATING' DRAMA MELAYU
Kesibukan membuatkan saya terlupa menulis tentang rating untuk minggu ke empat Oktober lalu. Biarpun sudah ‘basi’, saya tetap mahu menulis. Apa yang menarik untuk minggu berkenaan? Jawapannya terletak pada Sumpah Bunian, drama slot Lagenda TV3 jam 4.30 petang yang berjaya memasuki top 10. Bukan mudah untuk program petang melonjak ke tahap itu.
Apa yang istimewa pada Sumpah Bunian?Mungkin kah kerana ditulis oleh Sharifah Abu Salem (Kak Pah) yang sememangnya pakar dalam menarik rating tinggi? Sekarang, slot yang sama digantikan dengan Nenek Kabaya, juga ditulis Kak Pah.
Nur Kasih pada minggu berkenaan selesa di tempat pertama untuk TV terrestrial (percuma). Bagaimanapun, jumlah yang menonton melalui decorder Astro (berbayar/satelit), telah berkurangan - jatuh ke tempat ke tujuh.Sementara itu, Awan Dania 2 merupakan drama saluran Astro paling tinggi rating. Jarang sekali sekuel drama tempatan mampu menyaingi musim pertama dari segi rating. Lazimnya, sambutan penonton berkurangan, menjadikan stesyen tidak lagi meminta musim ketiga dari pembekal. Mungkin kah ini akan meletakkan Awan Dania setaraf dengan siri TV yang berjaya dari segi komersial (commercial success) seperti Puteri (TV3) dan Bong (TV9)? Kedua-dua siri ini diterbitkan oleh pengarah 'otai', Aziz M Osman. Kini Awan Dania sedang dalam pembikinan musim ketiga.
Tari Tirana pula jatuh ke tangga 57. Jarang sekali slot Lestary TV3 mendapat tempat yang sedemikian corot. Slot ini bertemakan remaja dan sebelum ini sentiasa mendapat sambutan tinggi.
Legasi 43 Karat terbitan MIG (David Teo) pula berada di bawah 50 biarpun MIG juga pakar rating. Pihak stesyen berpendapat rating corot itu berpunca daripada isi kandungannya yang mengandungi terlalu banyak elemen ‘perniagaan’ manakala elemen ‘kekeluargaan’ sangat kurang.Bagi RTM pula, drama paling baik dari segi rating ialah Si Capek yang berada di tangga ke-25. Ini bukan lah sesuatu yang menghairankan kerana ia diterbitkan oleh Datuk Yusuf Haslam (DY). Formula DY ternyata menjadi untuk RTM. Sebelum ini, ia dibuktikan dengan drama seperti Gerak Khas, Janji Diana dan banyak lagi.
Thursday, September 10, 2009
PENONTON DRAMA MELAYU BERKURANGAN
Seorang penerbit eksekutif memberitahu bahawa AC Neilson mencatatkan penurunan penonton drama Melayu. TV3 yang dahulu mencapai tiga juta, kini sekitar dua juta. Ia turut berlaku kepada saluran lain.
Justeru, ke mana perginya penonton drama Melayu?Bagaimanapun, NUR KASIH bertahan dengan 2.4 juta penonton sejak awal. Namun, dari segi kedudukan, melonjak ke tangga ke tujuh. Apa pun, angka tontonan NUR KASIH melalui platform TV kabel Astro memang tinggi iaitu 800,000. Drama Melayu popular di Astro biasanya sekitar 300,000-400,000 sahaja.
Hakikatnya, sejak dahulu lagi kebanyakan pelanggan Astro jarang menonton saluran berbahasa Melayu Astro, sebaliknya kerap memilih TV3 menggunakan platform Astro.Sementara itu, BIO-NIK naik ke tangga kedua selepas BULETIN UTAMA apabila KELIWON tamat siarannya beberapa minggu lalu. Namun, ia tidak lah mencecah tiga juta seperti sebelum ini. Manakala siri seram TOWER 13 yang menggantikan KELIWON gagal mendapat rating yang baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)


