Tuesday, November 24, 2009

LAGI LAGI TENTANG 'RATING' DRAMA MELAYU

Kesibukan membuatkan saya terlupa menulis tentang rating untuk minggu ke empat Oktober lalu. Biarpun sudah ‘basi’, saya tetap mahu menulis. Apa yang menarik untuk minggu berkenaan? Jawapannya terletak pada Sumpah Bunian, drama slot Lagenda TV3 jam 4.30 petang yang berjaya memasuki top 10. Bukan mudah untuk program petang melonjak ke tahap itu.
Apa yang istimewa pada Sumpah Bunian?
Mungkin kah kerana ditulis oleh Sharifah Abu Salem (Kak Pah) yang sememangnya pakar dalam menarik rating tinggi? Sekarang, slot yang sama digantikan dengan Nenek Kabaya, juga ditulis Kak Pah.
Nur Kasih pada minggu berkenaan selesa di tempat pertama untuk TV terrestrial (percuma). Bagaimanapun, jumlah yang menonton melalui decorder Astro (berbayar/satelit), telah berkurangan - jatuh ke tempat ke tujuh.
Sementara itu, Awan Dania 2 merupakan drama saluran Astro paling tinggi rating. Jarang sekali sekuel drama tempatan mampu menyaingi musim pertama dari segi rating. Lazimnya, sambutan penonton berkurangan, menjadikan stesyen tidak lagi meminta musim ketiga dari pembekal. Mungkin kah ini akan meletakkan Awan Dania setaraf dengan siri TV yang berjaya dari segi komersial (commercial success) seperti Puteri (TV3) dan Bong (TV9)? Kedua-dua siri ini diterbitkan oleh pengarah 'otai', Aziz M Osman. Kini Awan Dania sedang dalam pembikinan musim ketiga.
Tari Tirana pula jatuh ke tangga 57. Jarang sekali slot Lestary TV3 mendapat tempat yang sedemikian corot. Slot ini bertemakan remaja dan sebelum ini sentiasa mendapat sambutan tinggi.
Legasi 43 Karat terbitan MIG (David Teo) pula berada di bawah 50 biarpun MIG juga pakar rating. Pihak stesyen berpendapat rating corot itu berpunca daripada isi kandungannya yang mengandungi terlalu banyak elemen ‘perniagaan’ manakala elemen ‘kekeluargaan’ sangat kurang.
Bagi RTM pula, drama paling baik dari segi rating ialah Si Capek yang berada di tangga ke-25. Ini bukan lah sesuatu yang menghairankan kerana ia diterbitkan oleh Datuk Yusuf Haslam (DY). Formula DY ternyata menjadi untuk RTM. Sebelum ini, ia dibuktikan dengan drama seperti Gerak Khas, Janji Diana dan banyak lagi.

6 comments:

Anonymous said...

apa masalah tentang rating? Adakah dengan rating yang rendah maka 'mutu' drama yang tersiar itu rendah, bila rating yang tinggi menandakan aras mutu drama tersebut tinggi?

Pelbagai aspek yang boleh diperjelaskan dari rating. Antara yang penting adalah, 'rating itu boleh diselarikan dengan tahap fikr dan ilm si pembuat dan penonton'.

Sebagai penulis saya tidak memikirkan persoalan ini. Tetapi buat penulis lain yang berhubung kait dengan Penerbit dan Pembekal, maka wajar lah difikirkan.

macam TV yang baik tidak menjanjikan rancangan tv semakin baik dan smart phone tidak menjanjikan penggunanya semakin smart.

Ikhlas,

Penchinta Ruang gelap

Anonymous said...

macam mana nak check rating guna internet?

Maizura Mohd Ederis said...

Sdr anonymous,

Berdasarkan pemerhatian di kaca TV dan perbualan dengan rakan penulis skrip, berikut adalah analisisnya.

Mutu tak ada kaitan dengan rating. Umumnya, ada 4 kategori drama Melayu :

1. Tinggi rating, rendah mutu.
2. Rendah rating, tinggi mutu.
3. Tinggi rating, tinggi mutu.
4. Rendah rating, rendah mutu.

Bagi penulis pula, umumnya ada 4 kategori juga :

1. Menulis utk membayar pelbagai jenis bil/barangan keperluan – perlu fikir rating agar bil setiap bulan tak ada yang tertunggak. Lazimnya, penerbit gemar memberi job kepada penulis yang biasa menyumbang rating tinggi. Kurang kepuasan berkarya.


2. Menulis skrip kerana ‘passion’ – tak fikir rating. Tulis apa yang dia suka tulis. Biasanya ada kerja tetap lain. Skrip hanya sampingan/hobi. Wang skrip sebagai bonus untuk enjoy/belanja kawan. Konsep biasanya menyimpang dari kerangka pemikiran “mass audience”. Dan ada konsep yang tidak diluluskan oleh stesyen terutama stesyen swasta. Stesyen kerajaan, mungkin. Mendapat kepuasan berkarya.


3. Menulis skrip untuk tujuan dakwah – tidak perlu rating. Hanya fikir isi kandungan mesti ‘syariah-compliant’ dan bagaimana menyampaikan ‘mesej’. Kepuasan dari segi menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah – biarpun seorang yang menonton.


4. Menulis untuk menang anugerah – perlu rating kerana syarat untuk masuk ke pusingan awal anugerah paling berprestij adalah ‘rating’.


Untuk menyelarikan rating dengan tahap pemikiran dan ilmu si pembuat dan penonton, perlukan gelombang baru (new wave) dalam industry. Perlu lebih ramai orang berilmu masuk ke dalam gelanggang dan ‘bersilat’ dari dalam, bukan sekadar mengkritik dari luar. Kritikan memang perlu dan kita ada para pengkritik yang bagus. Tapi selama ini terbukti kritikan itu gagal melonjak kualiti industry ke tahap yang lebih baik.

Maizura Mohd Ederis said...

Setahu saya, rating tak boleh disemak melalui internet. Sebaliknya perlu melanggan dengan agensi Neilson. Tak tahu lah kalau ada di internet, tapi saya tak perasan.

Anonymous said...

thnx for the ratings info.. semoga di masa depan akan akn dpt posting entry mengenai rating mingguan lagi, especially between FTA channels dan Satellite Channels

Bukan Sepet said...

Tahniah! untk Nur Kasih.