Thursday, November 5, 2009

ANUGERAH SKRIN KEMBALI

Tirai Anugerah Skrin 2009 dibuka dua hari lalu dengan Sidang Media memperkenalkan tajuk-tajuk drama yang tercalon. Sebanyak 22 kategori hadiah dalam bidang penyiaran ditawarkan dan 10 untuk penggiat drama. Saya sekadar menyebut telemovie hasil penulis yang saya kenal. Antaranya :
Jalan Pintas Ke Neraka (Sofia Rhyland) ; Terlerai Takbir Kasih (Mufid Suhaimi) ; Sebelum Sejadah Dibentang (Mufid Suhaimi); Halimah Jongang 1 (Zaini Kosnin) ; Tak Serupa Tapi Sama (Fadznita Md Nor)
Manakala hasil kerja saya, Datin Wan Abe tercalon untuk kategori drama komedi.
Kelayakan ke Anugerah Skrin 2009 adalah berdasarkan drama dan filem tempatan yang tersiar di televisyen atau pawagam mulai 1 Julai 2008 hingga 30 Jun 2009. Ia dipilih di kalangan yang mencatat jumlah penonton tertinggi mengikut kajian AGB Nielsen Media Research. Setelah layak pusingan pertama yang berdasarkan rating, baru lah penilaian akan dibuat berdasarkan kualiti yang akan diadili oleh juri terpilih.
Justeru, format Anugerah Skrin masih kekal seperti dahulu iaitu 'MENCARI YANG TERBAIK DI KALANGAN YANG POPULAR'.
Seperti yang diduga, Mr Mama 2 tidak dicalonkan walaupun rating drama berkenaan lebih baik dari Datin Wan Abe. Keadaan ini mungkin berpunca daripada Mr Mama 1 sudah pun menang kategori drama komedi terbaik pada tahun lepas. Ini bermakna penganjur cuba bersikap adil (benarkah adil?) dengan memberi peluang kepada produksi lain pula untuk merangkul hadiah.
Kalau betul telahan saya ini, bermakna, pendirian penganjur Anugerah Skrin tidak seperti Anugerah Emmy yang tidak keberatan memberi kemenangan kepada samada musim kedua, ketiga, keempat dan seterusnya jika hasilnya benar-benar bagus. Sebagai contoh, West Wing merupakan siri TV yang pernah memenangi Anugerah Emmy dalam kategori Outstanding Drama Series selama empat tahun berturut-turut mulai tahun 2000 hingga 2003.
Berbalik kepada Anugerah Skrin 2009, ia bakal berlangsung pada 4 Disember ini, jam 9.00 malam di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Keterangan gambar : Saya (kanan sekali) bersama Sofia Ryhland dan Fizz Fairuz (yang memegang watak Aidil dalam Nur Kasih)

5 comments:

Anonymous said...

SEMUGA MENANG. KERANA ITU YANG DIMAHUKAN.

sudi gunakan istilah yang tepat atau paling hampir. Yakin saya yang tercalun ini hanya mencapai tahap daytime emmy award. itu pun jika boleh diterima pakai.

ikhlas'
Penchinta Ruang Gelap.

Hafiz Beckham said...

i harap Drama Nur Kasih akan menang anugerah pada malam gala nih!

Maizura Mohd Ederis said...

Hafiz Abe,

Nur Kasih insyaAllah untuk pencalonan tahun depan kerana tayangannya di TV dikira untuk bulan Jun 2009 ke atas.

Pencalonan tahun ini mengambilkira drama yang ditayangkan mulai 1 jun 2008 hingga 30 mei 2009.

Maizura Mohd Ederis said...

Ah, silap pulak....yang sebenarnya dari 1 Julai 2008 - 30 Jun 2009.

Hafiz Beckham said...

ok cantik. pasti menang lah Nur Kasih. saya merasakan drama nur kasih ni adalah drama terbaik pernah industri hiburan kita lahirkan. tahniah pada semua ahli produksi nur kasih. tak sabar nk tunggu filem dia pulak. drama2 melayu yg lain sepatutnya mencontohi cara kerja dan produksi nur kasih ini dari segala sudut dan hal.