InsyaAllah, petang ini akan berlangsung
Sidang Media Anugerah Skrin 2009 di
Sunway Lagoon Hotel & Spa. Bagaimanapun, ada di kalangan penulis skrip yang dramanya tercalon, tidak mendapat undangan ke majlis berkenaan. Jawapan mereka :
“Ye ke? Penerbit tak beritahu pun?”
Bagi majlis seperti ini, penganjur akan mengundang penerbit sahaja dan meminta penerbit mengesahkan kehadiran berapa ramai tenaga kerja yang terbabit dalam sesebuah produksi yang dicalonkan itu. Jadi, tugas penerbit lah untuk menjemput pelakon dan tenaga kerjanya untuk bersama-sama ke majlis itu.
Tahun lepas, seorang penulis memberitahu bahawa dia tidak tahu menahu dramanya dicalonkan sehingga lah dia menonton televisyen di rumahnya pada malam anugerah berkenaan. Dan melihat dramanya itu menang satu kategori sebagai drama XXX terbaik.
Kawan-kawannya bertanya :
“Kenapa kau tidak pergi?”
Jawabnya :
“Macamana nak pergi, dijemput pun tidak.”
Situasi ini bukan lah luar biasa. Tetapi amat biasa dalam industri kita. Penulis skrip merupakan orang paling akhir dihargai walaupun dia merupakan orang paling mula melakukan kerja. Tanpa skrip siap dahulu, bagaimana pelakon hendak berlakon depan kamera dan pengarah melaungkan,
“action!”. Namun, bila tiba waktu untuk memberi penghargaan, penulis skrip sering dilupakan.
Akhir kata saya memetik kata-kata seorang penulis :
“Kita bukan mahu orang sanjung kita berlebih-lebih tetapi cukup lah menghargai dalam kadar yang seadanya."
7 comments:
lain padang lain belalang..
lain produser lain peelnya kot mai???
pengalaman pertama saya bekerja dgn produser kak zaiton kassim (raden pictures) mcm adik-beradik gitu! haha! serius, saya masih optimis! huhu!
i ada yg di jemput, ada yang tak...
mostly i have to agree dgn apa yang ditulis dalam nasib penulis skrip 1 & 2. Banyak kebenarannya...
Semakin lama makan garam, semakin masin rasanya. Tapi kadang-kadang dalam masin tu ada pula rasa gula, tu yang masih lagi dalam dunia penulisan skrip nih..
Fadznita,
kalau betul-betul nak kekal dan bertahan dalam bidang ni, kena ada 'passion' yang kuat dalam apa yang kita buat sekarang sebab realiti industri nampak macam tidak memihak kepada apa yang kita kehendaki sebenarnya.
Ajami, memang ada producer yang 'jaga' penulis dengan baik sayang sekali jumlahnya tak lah berapa banyak sangat.
antara dijemput atau tidak itu bukan masalah untuk menjadi penulis yang baik. Barangkali ia lebih memberikan semangat untuk menulis dan terus menulis.
Jika kehadiran sekadar bersapa sua dengan kerdip bintang di waktu subuh, apa yang penulis dapat.? Tak tahu lah jika itu sebenarnya yang dikehendaki.
Adakah dengan kehadiran penulis dimajlis seperti itu, memungkinkan dia menjadi semakin hebat?
Alangkah indahnya jika penulis lebih merasa sesal kerana tidak hadir dimajlis-majlis 'ilmu'.
ikhlas - Penchinta Ruang Gelap.
jangan risau, kami penonton yang celik akal tak silau dek kilauan glamor majlis anugerah.
kami lebih pentingkan mesej dan keberkesanan sesuatu karya!
untuk itu, kami akan terus menyokong usaha penulis skrip seperti anda! =)
Kepada Anonymous.
Alhamdulillah…
Berbanyak-banyak terima kasih kepada saudara kerana memberi peringatan. InsyaAllah akan saya ingat sebagaimana saya ingat kata-kata seorang pensyarah fakulti syariah kepada saya beberapa tahun dahulu :
“kalau kita mengharapkan pengiktirafan manusia, kita selalu kecewa. Tapi kalau kita mengharapkan pengiktirafan Tuhan, kita tak mungkin kecewa.”
Saya memohon maaf bagi pihak penulis skrip lain sekiranya entri di atas ditafsirkan oleh sesetengah pembaca blog ini bahawa golongan penulis skrip seperti kita ini terlalu ‘duniawi’, ‘gila glamor’ atau ‘mengejar pengiktirafan manusia semata-mata’.
Mungkin saya yang tidak pandai menyusun kata-kata sehingga ia bernada seolah ‘kecewa’ atau ‘mengharap’.
Sebenarnya, apa yang saya ingin sampaikan di dalam entri di atas adalah :
1. Soal teamwork – ini adalah kerja berkumpulan. Sepatutnya semua kejayaan diraikan bersama-sama dan jangan ada salah satu ahli kumpulan itu dipinggirkan bila tiba waktunya. Soal hendak hadir atau tidak, soal kedua. Yang penting, jemput dulu sebagai tanda ingatan.
2. Bagi sesetengah penulis, majlis digunakan untuk ‘networking’ dengan producer.
Cth 1 : Misal kata ada seorang penulis yang ada idea bernas dan mahukan Kabir Bhatia menrealisasikan idea ini ke kaca TV. Masalahnya dia tidak pernah bekerja dengan Kabir sebelum ini. Jadi, ini lah masanya untuk dia memperkenalkan diri kepada Kabir, bertukar kad, emel address, etc. (tetapi semalam Kabir tidak datang walaupun dua dramanya dicalonkan)
Cth 2 : Semalam, saya telah bertukar kad dengan David Teo walaupun tidak berhasrat bekerja dengannya. Dan baru sebentar tadi, isteri David Teo, Jane telah menelefon saya meminta kertas cadangan konsep untuk syarikatnya. Saya jawab dengan baik, “buat masa ini saya sibuk dan belum ada apa-apa cadangan untuk syarikatnya”. Dan Jane memahaminya.
3. Bertemu rakan penulis lain samada untuk sekadar beramah mesra. Atau yang lebih serius ialah bertukar maklumat, buah fikiran dan berkongsi pelbagai permasalahan dalam kerjaya. Ini penting bagi penulis yang tidak menyertai persatuan seperti saya dan rakan-rakan seangkatan. Kami tidak ada platform untuk bertemu. Selalu berjanji hendak jumpa di kedai mamak, tapi itu cuma tinggal janji kerana masing-masing sibuk kejar tarikh shooting. Selama ini hubungan antara penulis hanya terhad di blog, e-mail, sms dan facebook saja. Jadi, kesempatan bersemuka seperti di dalam majlis semalam tentu sesuatu yang menyeronokkan.
Cth : semalam saya sempat berbincang beberapa perkara yang serius dan santai tentang industry dengan rakan-rakan seangkatan.
Sambungan utk anonymous…
4. Mendapat maklumat baru. Saya memang suka mendapat maklumat baru tentang industry yang saya ceburi. Contohnya di majlis semalam :
- saya baru dapat tahu bahawa drama Bicara Aur dan Tebing telah menang anugerah drama terbaik Asia di Jepun. Saya pun terus bertanya penerbitnya, bos Tenview, fakta-fakta tentang festival berkenaan. Sebagai penulis kita kena tahu apa yang berlaku di dalam industry samada di dalam negara atau di peringkat Asia.
- David Teo memberitahu saya bahawa filem berlatar Islami, Syurga Cinta mendapat collection tiket RM 2.5 juta.
- Dan Fizz Fairuz (pemegang watak Aidil dalam Nur Kasih) yang terus mengadu pada saya bahawa dia sekarang menjadi buruan janda-janda yang mahu bersuamikan dia dan makcik-makcik yang mahu bermenantukan dia lantaran terpengaruh dengan watak Aidil yang alim itu.
5. Untuk release tension/dapat kawan baru.
Cth : Dalam majlis yang sama tahun lepas, saya berkenalan dengan seorang penulis skrip. Dia memberitahu bahawa dia datang ke majlis ini kerana hendak “release tension’ akibat terlalu tekun bekerja menyiapkan skrip depan komputer. (selain meraikan dramanya yang tercalon) Alhamdulillah…selepas itu kami menjadi kawan. Dan semalam, kami berjanji untuk datang dan balik sama-sama. Dan dia juga pernah ‘cover’ skrip-skrip saya yang tak sempat saya siapkan. Jadi, kehadiran saya ke majlis yang sama tahun lepas dianggap sebagai ada manafaatnya .
6. Mungkin ada di antara penulis skrip yang memang mahukan glamor berada sebaris dengan ‘bintang-bintang’ itu. Tapi saya rasa jumlah golongan ini kecil sahaja.Kerana selama ini saya lebih banyak melihat bagaimana penulis kebanyakannya ‘low profile’ walaupun dia itu sebenarnya ‘high profile’. Sekadar memberi satu contoh di bawah :
Pada malam pelancaran Nur Kasih, Mira Mustaffa, ketua penulis skrip Nur Kasih/isteri Kabir Bhatia enggan naik ke pentas setelah puas diajak untuk sesi fotografi akhbar bersama para pelakon dan krew.
Tentang majlis ilmu, saya sendiri terlepas banyak majlis ilmu gara-gara kerjaya penulis skrip yang menuntut masa kita menulis sesuatu di saat akhir tanpa ada kompromi dengan deadline …(misalnya semasa hampir dengan tarikh shooting atau semasa sedang shooting) Ini sesuatu yang dikesalkan dan merupakan perkara tidak menyeronokkan (down side) kalau memilih untuk menjadi penulis skrip.
Post a Comment