Showing posts with label UCAPAN. Show all posts
Showing posts with label UCAPAN. Show all posts
Wednesday, January 23, 2013
Saturday, August 25, 2012
Monday, February 6, 2012
CINTA SEMPURNA
Ada dua manusia yang memiliki cinta paling sempurna – samada cinta terhadap Allah atau cinta sesama manusia. Itu lah nabi Ibrahim dan nabi Muhammad. Cinta mereka dapat meringankan tugas yang berat, mengubah si kedekut jadi pemurah, si penakut jadi berani, si lembab jadi cerdas. Ia juga membersihkan jiwa yang kotor, meluruskan kehidupan, menghalang perbuatan terlarang.....
[Ini adalah ucapan kitar semula dari entri tahun 2009 - yang dipetik dari buku psikologi, Terapi Penyakit Hati karya ulama Ibnu Qayyim al-Jauziyah yang hidup pada abad ke-14]
Tuesday, December 7, 2010
TAHUN BAHARU, SEMANGAT BAHARU
Sejak semalam, berkobar-kobar pula hendak menyambut tahun baharu. Tiada azam baharu. Cuma semakan semula ke atas segala perancangan.
Melihat dunia daripada kaca mata seorang perancang, saya acap kali menerima kejutan. Kerana apa yang dirancang dan dibuat, kadang-kadang tidak menjadi. Atau menjadi lebih awal dari jangkaan. Atau dengan cara berlainan dari perlaksaannya, tetapi masih menjadi.Apa pun, penting untuk bersikap positif di saat ekonomi Amerika Syarikat [US] masih buruk. Biar pun Cina bagus, ekonomi dunia masih dikawal US. Jadi, golongan pekerja bebas yang tidak terikat dengan mana-mana syarikat secara bergaji tetap, perlu bersedia dengan 'back-up plan'. Lazimnya, pekerja produksi TV lah yang paling ramai bekerja secara bebas [freelance]. Saya salah seorang daripada mereka.
Pun begitu, dari segi kewangan, agak mudah untuk merancang kerana ramalan penganalisis selalunya tepat. Contohnya, kegoncangan Wall Street pada 2008, sudah dibayangkan penganalisis beberapa tahun lebih awal. Jadi, bagi sesetengah orang, itu bukan lah kejutan.Semoga tahun baharu Hijrah 1432 ini menjanjikan beberapa kejutan yang menggembirakan.
Sunday, September 5, 2010
Friday, December 18, 2009
TAHUN BARU..MENANTI PITCHING, 40 DAN UPSR...
Tahun baru datang lagi. Bagi sesetengah orang, hari ini mungkin sama seperti hari-hari sebelumnya. Bagi sesetengah orang pula, ia hari untuk perubahan. Namun, perubahan tidak hanya pada tahun baru. Sesetengah orang menjadikan setiap hari sebagai hari untuk berubah.
Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.Secara peribadi, saya takut dengan tahun ini kerana ini lah tahunnya saya akan melangkah ke angka 40. Dan anak sulung saya yang dilahirkan sebagai ‘disleksia’ (Dyslexia) nekad untuk menduduki peperiksaan UPSR dalam tahun ini setelah menangguhkannya selama setahun.
Bagi warga kerja produksi pula, tentu sekali semua tertunggu-tunggu keputusan ‘pitching’ RTM pada bulan puasa lepas (Ogos-September). Atau adakah sudah keluar, saya yang tidak tahu? Apa pun, saya tidak begitu mengharap kerana takut kecewa.Akhir kata, selamat tahun baru 1431 Hijrah kepada semua.
Thursday, September 17, 2009
DATIN WAN ABE RAYA VS NAK BALIK RAYA
Sempena musim Aidilfitri ini, dua karya saya tersiar iaitu BERAYA BERSAMA DATIN WAN ABE yang bakal mengisi slot satu jam (45 minit) di TV3 pada 23 September (raya ke-empat), jam 11 malam.
Manakala di RTM bakal menayangkan telemovie NAK BALIK RAYA yang idea asalnya datang dari Mohd Fairuz Padoli @ MF Kencana. Ia bakal bersiaran pada 18 September ini, jam 8.30 hingga 10.30 malam di TV2. Peranan saya hanya lah membantunya walaupun ketika itu saya teramat sibuk dengan pelbagai skrip drama lain. Sementara itu, Fairuz turut membantu saya menulis untuk slot khas Datin Wan Abe.Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua pembaca blog ini, rakan-rakan penulis, kru produksi, saudara mara dan sahabat handai yang lain. Semoga ikatan ukhwah terus terjalin antara kita. Semoga segala usahasama dan sokongan akan berterusan hendaknya.
Friday, May 8, 2009
KHUSUS UNTUK KETUA PENGARAH RTM YANG BARU
Mungkin saya menjadi bekas anak didik Datuk Ibrahim Yahya yang paling akhir mengucap tahniah kepada beliau.
"Tahniah, datuk! Atas perlantikan sebagai Ketua Pengarah RTM yang baru."Dahulu saya memanggilnya, “Tiger” seperti semua orang lain di Balai Berita, Jalan Riong, Kuala Lumpur. Waktu itu saya bergelar wartawan kadet. Manakala beliau Ketua Pengarang Berita. Sebagai wartawan baru, banyak sekali teguran dan didikan termasuk denda olehnya. Paling saya ingat :
didenda menulis semula perkataan “televisyen” sebanyak 10 kali. Gara-gara tersilap menulisnya sebagai "television”.Dan saya masih ingat kata-kata semangat darinya :
“I’m proud of you”.Kata-kata ini dilontarkannya setelah saya menulis :
laporan penyiasatan secara bersiri tentang penyelewengan dalam kumpulan al-Arqam pada 1994. Setelah tamat laporan bersiri itu, pihak berkuasa kemudiannya mencekup Abuya Ashaari di Bangkok, Thailand.Beberapa tahun kemudian, masing-masing membawa haluan. Tidak sangka, beliau akhirnya menjadi bos besar RTM. Manakala saya menulis skrip untuk RTM. Setakat ini, saya menulis dalam kuantiti melebihi 100 jam untuk RTM. Hampir semuanya drama bersiri 20, 26 dan 30 episod. Dan saya terus menulis rencana untuk beberapa majalah. Saya tidak pernah bertemu Datuk Tiger sejak meninggalkan Balai Berita pada 1997. Lantas, kepada bekas bos saya itu, saya ingin memberitahu :
"Datuk, saya sekarang penulis skrip tetapi saya masih wartawan. Benar lah kata orang, once a reporter, always a reporter."
Friday, March 6, 2009
CINTA YANG SEMPURNA
Dalam banyak-banyak cinta, ada satu cinta yang tidak pernah dipandang buruk. Sebaliknya dipandang tinggi. Ini lah cinta kepada Nabi Muhammad. Pun begitu, tahap kecintaan ini berbeza-beza di kalangan manusia. Sementara itu, ada dua manusia yang memiliki cinta paling sempurna – samada cinta terhadap Allah atau cinta sesama manusia. Itu lah nabi Ibrahim dan nabi Muhammad – dua insan yang kita doakan setiap kali bersembahyang. Cinta mereka dapat meringankan tugas yang berat, mengubah si kedekut jadi pemurah, si penakut jadi berani, si lembab jadi cerdas. Ia juga membersihkan jiwa yang kotor, meluruskan kehidupan, menghalang perbuatan terlarang. Cinta seperti ini, rahsianya akan terbongkar pada hari pertemuan dengan Allah kelak.
Selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran nabi Muhamad Sallallahu alaihi wa sallam.Isnin 9 Mac 2009/12 Rabiulawal 1430H
Monday, December 29, 2008
SELAMAT TAHUN BARU 1430H
Salam Maal Hijrah. Hari ini tahun baru. Dari segi peribadi, saya berazam untuk lebih menjaga kesihatan dan mengawal perbelanjaan harian. Dari segi kerjaya, saya mahu melupakan kekecewaan terhadap karya-karya yang ditolak, tidak diteruskan lagi atau masih tertangguh tayangannya. Saya mahu memandang ke hadapan iaitu terhadap karya-karya baru yang sedang diusahakan untuk tahun 2009. Tentang TBM 2, kertas cadangannya sudah pun berada di meja pegawai RTM sejak November lalu. Namun, sehingga kini belum ada sebarang keputusan. Dan cuti yang banyak di hujung tahun menyukarkan Suryati, penerbit eksekutif, membuat susulan kepada pegawai yang berkenaan. Justeru, sama-sama lah kita nantikan keputusannya kelak. Mudah-mudahan tahun ini kita mendapat berita gembira, InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
