Tahun baru datang lagi. Bagi sesetengah orang, hari ini mungkin sama seperti hari-hari sebelumnya. Bagi sesetengah orang pula, ia hari untuk perubahan. Namun, perubahan tidak hanya pada tahun baru. Sesetengah orang menjadikan setiap hari sebagai hari untuk berubah.
Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.
Secara peribadi, saya takut dengan tahun ini kerana ini lah tahunnya saya akan melangkah ke angka 40. Dan anak sulung saya yang dilahirkan sebagai
‘disleksia’ (Dyslexia) nekad untuk menduduki peperiksaan UPSR dalam tahun ini setelah menangguhkannya selama setahun.
Bagi warga kerja produksi pula, tentu sekali semua tertunggu-tunggu keputusan ‘pitching’ RTM pada bulan puasa lepas (Ogos-September). Atau adakah sudah keluar, saya yang tidak tahu? Apa pun, saya tidak begitu mengharap kerana takut kecewa.
Akhir kata, selamat tahun baru 1431 Hijrah kepada semua.
3 comments:
puan, sepatutnya KPM membenarkan "accomodation" dlm peperiksaan untuk pelajar2 yg mengalami dislexia. seperti pembaca utk membacakan soalan untuknya. tapi cuma skrg mereka diberikan lebih masa oleh Lembaga Peperiksaan. lebih 30 minit bagi setiap 1 jam peperiksaan.
-atenah
40? ya ke?
eh cun lagi kak long ni. Masih cute dan comel cam dulu. Cuma saiz tapak kaki jer la lain sikit kan.. (saya ingat tu)
Ok apa. *twink*
Selamat Tahun Baru Kak Long.
Semoga anak berjaya UPSR jugalah.
Atenah, setuju dgn cadangan. Tapi apa nak buat, kemudahan utk kanak2 begini memang kurang di negara kita banding di negara maju.
Ayie, ingat saiz kasut saya he..he..
Post a Comment