Wednesday, December 23, 2009

MENGIMBAS DETIK MANIS 17 TAHUN LALU

Pelancaran karya terbaru slot SUATU KETIKA semalam disempurnakan dalam suasana sederhana lantaran ketiadaan seorang pun para pelakonnya. Memandangkan tarikh tayangannya makin hampir, pelakon terpaksa meneruskan pengambaran di Batu Pahat, Johor di bawah arahan pengarah kedua, James Lee. Malah sidang telefon (tele-conference) yang pada awalnya dirancangkan untuk para pelakon dari set pengambaran juga tidak dapat diadakan.
Apa pun, majlis diserikan dengan kehadiran wira badminton negara, JALANI SIDEK dan FOO KOK KEONG. Biarpun 17 tahun sudah berlalu selepas kejayaan Thomas Cup 1992, mereka nampaknya tidak banyak berubah dari segi fizikal. Hanya berat badan yang kelihatan sedikit bertambah.
Majlis berkenaan mempersembahkan tayangan ekslusif dua karya yang akan mengisi slot SUATU KETIKA pada Januari ini.
Dokumentari THOMAS CUP 1992 akan bersiaran pada 3 Januari 2010, jam 6 petang di saluran Astro Prima (105).
Manakala drama siri mini (8 episod) berlatarkan era badminton negara, BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA, mulai 6 Januari, setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam di saluran Astro Citra (131).
Slot SUATU KETIKA diperkenalkan mulai Jun tahun ini untuk mengimbas detik bersejarah negara samada gembira mahu pun duka dalam bentuk fiksyen dan bukan-fiksyen. Sebelum ini, telah bersiaran drama dan dokumentari tentang perjuangan nasionalis Sarawak, Rosli Dhobi ; krisis rasuah dalam liga bolasepak semi-pro ; tragedi tanah runtuh Pos Dipang ; dan kegigihan skuad polis hutan orang asli, Senoi Praaq menentang gerila komunis.

5 comments:

Anonymous said...

Bosan la citer ni,tak mcm Rosli Dhobi,Lembing dan Layang dan Korban 44.Minta maaf ye..kelakar sgt..macam tak cukup budget.

Maizura said...

Anonymous,

Ye ke tak best? Alamak, sedihnya saya...hu..hu.. Tak apa lah saya terima komen saudara seadanya. Apa-apa pun saya setuju sangat dengan kenyataan saudara "macam tak cukup budget". Rosli Dhobi, Lembing dan Layang, Korban 44 saya tengok. Memang nampak budgetnya besar dan gempak. Apa-apa pun, terima kasih kerana memberi komen.

Maizura Mohd Ederis said...

Anonymous,

Ye ke tak best? Alamak, sedihnya saya...hu..hu.. Tak apa lah saya terima komen saudara seadanya. Apa-apa pun saya setuju sangat dengan kenyataan saudara "macam tak cukup budget". Rosli Dhobi, Lembing dan Layang, Korban 44 saya tengok. Memang nampak budgetnya besar dan gempak. Apa-apa pun, terima kasih kerana memberi komen.

Anonymous said...

sy mengikuti drama ni..tp agak menghampakan.Sy setuju dgn kenyataan saudara...mcm tak cukup budget.Seharusnya harus dibuat dgn teliti pembikinannya.Harap puan tak bersedih,bukan jalan ceritanya tp visual yg ditunjukkan tak berapa gah.Hrp pihak produksi lebih berhati2..sbb ini satu sejarah bukan khayalan.Sy amat berbangga pada hasil Rosli Dhobi dan Lembing dan layang.

Maizura Mohd Ederis said...

Anonymous,

Tks ats maklum balas ini. Ia sangat berguna.