Wednesday, December 16, 2009

GABUNGAN “J” UNTUK “SUATU KETIKA”

Kini saya sedang mengerjakan skrip terbaru, BIAR PUTIH TULANG, JANGAN PUTIH MATA. Drama bersiri mini (mini-series) lapan episod ini merupakan drama berbajet tinggi bagi mengisi slot SUATU KETIKA di ASTRO CITRA (SALURAN 131). Slot ini baru diperkenalkan pada Ogos lalu yang bertemakan kisah benar, saat bersejarah, tragedi atau ikon negara.
Memandangkan tajuknya panjang, saya selesa merujuknya dengan tajuk asal (working title) iaitu Match Point (Mata Akhir). Ia sebuah fiksyen yang berlatarkan zaman gemilang sukan badminton negara pada era 80-an dan awal 90-an.
Tenaga kerja penting dalam produksi ini merupakan mereka yang namanya bermula dengan huruf J.
Idea asal datangnya dari J.S. Foo, pemilik rumah produksi Asia Media Content Sdn Bhd (AMC). Pengarahnya, Jocye Lee yang sebelum ini mengarahkan drama slot sama, “10” dan “Ghost”(8TV). James Lee (Filem Histeria) pula membantu Joyce sebagai pengarah bersama. Manakala Julian Cheah merupakan penerbit eksekutif bagi pihak stesyen. Dan saya sebagai penulis skrip telah dibantu oleh penulis bersama (co-writer) Mohd Rohizan Ramli (telemovie Aku Jebat) yang digelar “Jai” .
Dari segi pencapaian pula, tenaga kerjanya seperti :
Jurukamera, Asrar, yang baru-baru ini menang kategori Videografi Terbaik di ASK 09 melalui telemovie Tersasar Di Jalan-Mu. Zahiril sebagai watak utama menang kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia 2008 melalui filem Kami The Movie. Zamarul Hisham sebagai bintang undangan pula menang Pelakon Lelaki Terbaik ASK 08 melalui telemovie Ihsan. Sementara James Lee menang anugerah peringkat Asia dan antarabangsa melalui filem indienya, The Beautiful Washing Machine. Dan AMC sendiri dua kali menang kategori Drama Rantaian Terbaik di ASK 06 dan Drama Komedi Terbaik di ASK 09.
Adakah gabungan “J” dan para pemenang anugerah ini mampu memberikan yang terbaik buat drama ini? Sama-sama lah kita saksikan Januari ini, insyaAllah.
Nota : Astro Citra termasuk dalam Pakej Mustika yang baru diperkenalkan dengan harga tambahan RM12.00. Selain Astro Citra, pakej ini turut menawarkan Astro Warna (komedi) dan B4U (Bollywood).

4 comments:

Bukan Sepet said...

Skrip di tulis oleh:

'J'aizurah Ederis.
Jay tau. Bukan gay.

Baru feel.

Anonymous said...

Puan,apa yg tertulis di dalam blog ini nampak sungguh besar pembikinannya,tetapi apa yg mengecewakan pihak produksinya tidak bersikap profesional.Adakah patut memerah tenaga org kampung batu pahat dgn membayar 5rm utk watak2 tambahan?Adakah ini wajar?Sy amat berdukacita dgn pihak produksi yg menipu penduduk batu pahat.Tolonglah jgn ambil kesempatan.

Maizura Mohd Ederis said...

Salam Anonymous,

Terima kasih atas maklumat sdr. Ya, memang benar pembikinannya besar mengikut kehendak pihak stesyen. Akan tetapi saya hanya penulis skrip dan tidak terlibat dalam sebarang kerja atau keputusan tentang pengambarannya di Batu Pahat. Jika benar produksi membayar murah kepada penduduk Batu Pahat, perkara ini amat lah dikesalkan.

Anonymous said...

Indah kabar dr rupa..kalau betul apa penduduk batu pahat kata,buat apa kita nak tengok drama tu.Buat apa kita nak langgan pakej mustika tu.Yg kaya dah tentu dorang yg pandai menipu masyarakat.Hal2 sedemikian harus di adukan pada pihak tertentu supaya masyarakat bt pahat tak di tipu lg.