Showing posts with label KURSUS PENULISAN SKRIP. Show all posts
Showing posts with label KURSUS PENULISAN SKRIP. Show all posts
Tuesday, August 23, 2016
Wednesday, January 23, 2013
PANDUAN MENULIS SKRIP DRAMA BERSIRI...27 JANUARI 2013, KOMPLEKS ISLAM, BANGI.
Saya akan mengendalikan satu perkongsian pengalaman, bertajuk "Penulisan Skrip Drama Bersiri" pada 27 Januari ini, di Kompleks Pendidikan Islam, Bangi, Selangor Darul Ehsan. Ia bernula pada jam 9 pagi sehingga 4 petang. Sesi ini berbentuk perkongsian pengalaman bersama mereka yang hendak "menerjun"kan diri dalam dunia penulisan skrip drama bersiri televisyen. Ia lahir atas hasrat beberapa penulis baharu dari grup Facebook, yang bersemangat hendak menambah pengalaman menulis.
Seorang lagi rakan penulis merangkap penerbit, Zaini Kosnin dari ZK Creative Production Sdn Bhd, turut berbesar hati menerima undangan ini. Semoga usaha ini memberi manafaat. Kepada yang berminat hendak menyertai tetapi belum mendaftarkan nama, sila in-box saya di FB. Kepada mereka yang sudah mendaftar, jumpa di sana Ahad ini, ya!
Monday, March 21, 2011
MASTER CLASS SCREEN WRITING...MULAI 28 MAC
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia [FINAS] sekali lagi menganjurkan kursus MASTER CLASS SCREEN WRITING mulai 28 Mac hingga 1 April ini. Kursus selama lima hari itu akan dikendalikan oleh karyawan dari Indonesia, Encik Joko Anwar.
Kursus ini terhad kepada 20 peserta sahaja. Syarat kemasukannya bergantung kepada proses penilaian oleh Panel Penilai FINAS. Yurannya sebanyak RM300. Bagaimanapun, ahli SWAM diberi diskaun sebanyak RM100.Joko pernah menulis ARISAN! yang berjaya dari segi komersial dan kritikan, termasuk memenangi pelbagai anugerah seperti Filem Terbaik di Festival Filem Indonesia [2005] dan MTV Movie Indonesia [2004].
Beliau juga melahirkan JANJI JONI yang diiktiraf sebagai penceritaan [storytelling] yang inovatif.KALA [2007], filemnya dalam genre Noir [bunyi sebutannya no-ah], yang bermaksud filem 'gelap',telah mendapat tempat di kalangan pengkritik. Filem ini memenangi Anugerah Khas Juri di Festival Filem Asian New York. Ia juga dirujuk sebagai 'a sophisticated noir whodunit in homage to Fritz Lang's "M"'
Terbaru, PINTU TERLARANG [2009] dalam genre psychological thriller dianggap sebagai tiket untuk beliau melangkah ke Hollywood.Mereka yang berminat, sila dapatkan borang permohonan melalui Bahagian Latihan Finas di nombor 03-4104 1375/1373.
Subscribe to:
Posts (Atom)


