Setelah tamat bersiaran melalui TV terestrial, TV3, pada
27 November lalu, Nur Kasih kini dalam bentuk
"DVD Box Set". Ia dijual pada harga
RM99.00. Manakala diskaun 20 peratus
(RM 79.20 ) untuk tempahan secara atas talian melalui
laman web TV3.
Menurut Penerbit Eksekutifnya, Mohd Frank Lewis, ini merupakan DVD rasmi (official) yang mengandungi beberapa ciri tambahan seperti 'Unseen scenes', "Director's Interview", "Cast Interview", Behind the Scenes Materials, dan sebagainya.
Bagaimanapun, terdapat juga DVD tidak rasmi dengan kebenaran penerbitnya,
Filmscape Sdn Bhd, di Singapura. Menurut seorang peminat melalui emel, dia menemui koleksi DVD Nur Kasih secara berperingkat sejak
Oktober lalu iaitu
Vol 1 (episod 1-7). Seterusnya
vol 2 (episod 8-14) pada
November. Ia terdapat di :
Muzika Record Joo Chiat Complex dengan harga S$24.90, di Haig Road dengan harga S$25.90 dan di City Plaza dengan harga S$20.90.
Sambutan di negara seberang tambak itu nampaknya lebih hangat. Dalam satu wawancara dengan akhbar di negara itu, pelakon utama,
Remy Ishak (Adam) menggelar peminat di sana sebagai 'lebih gila' dan 'lebih fanatik'. Sementara itu,
Mira Mustaffa sebagai pencipta
(creator) merangkap ketua panel skrip
(Head Writer) serta saya sebagai penulis bersama
(co-writer) turut diwawancara oleh akhbar
Berita Minggu Singapura .
Akhir kata, terima kasih 'daun keladi' kepada semua yang menyokong drama rantaian ini. Dan terima kasih yang istimewa kepada Mira Mustaffa kerana memberi peluang kepada saya untuk membantu beliau dalam penghasilan skripnya.
Untuk tempahan, sila klik alamat di bawah :
http://www.tv3.com.my/nurkasih/dvdbox/index.asp
7 comments:
kalau set DVD official nih ada dijual kat kedai2 yg just VCD or DVD lagi senang....
Salam
Saudari Maizura,
Semoga sentiasa dalam iman dan taqwa kepada Allah SWT.
Saya Dr. Harlina Halizah Siraj, Ketua Wanita JIM Pusat, ingin mengucapkan syabas di atas kejayaan drama Nur Kasih meraih populariti yang di luar jangkaan.
Sekalipun ianya dikatakan bukan drama dakwah, namun mesej dakwah Islam tetap ada. Saya mulai mengikutinya semenjak episod ke10, kebetulan saya amat tertarik dengan sinematografi kawasan sawah bendang di Tg Karang, yang mengingatkan nostalgia zaman kanak-kanak saya di Sg Besar Selangor.
Saya kira kekuatan Nur Kasih terletak pada keindahan kasih sayang yang HALAL dijalin dalam akad nikah yang sah, kasih sayang ibu bapa, ketaatan anak dan persaudaraan antara saudara lelaki yang amat jarang diolah sebegitu emosional dalam genre drama Melayu selama ini. Syabas sekali lagi.
Banyak mesej tersembunyi mengenai konflik dan permasalahan ummah masakini yang diselitkan - konflik antara golongan kitab kuning dgn graduan muda Azhar yang brtembung di masjid, konsep wanita boleh meminang lelaki, isu poligami, isu didikan anak-anak ( no size fits all), isu pencuaian tgjwab lelaki, hakikat jika berubah kepada menjadi baik dan bertaubat, bukannya mesti sentiasa tinggal dalam masjid, istiqamah bersolat dan bertayammum walau apapun suasana dan banyak lagi. Saudari dan rakan-rakan sudah berjaya menggunakan satu wahana media yang amat popular hari ini utk. menjadi wasilah tarbiah.
Maizura, begitu ramai ummat yang jahil dari mengenal apatah lagi mencintai agamanya, Tuhannya dan Rasulnya. Saya merayu agar lebih banyak usaha mendidik masyarakat secara bersahaja melalui drama seperti Nur Kasih. Kalaulah saya dan rakan-rakan dalam JIM boleh membantu, please let us know. Sebagai satu NGO Islam yang bergiat aktif menyantuni masyarakat, begitu banyak pengalaman dan pengajaran yang boleh dikongsikan. Cumanya kami belum diketemukan Allah golongan karyawan yang boleh berkarya dan membawa mesej dakwah ini ke tengah umum melalui media elektronik.
Allah telah menganugerahkan bakat yang besar kepada saudari dan rakan-rakan saudari, semoga terus dapat dimanfaatkan demi meraih keredhaan-Nya. Golongan pasangan suami isteri muda tiada mempunyai role-model utk. mendidik mereka mengatasi masalah biasa rumahtangga. Akhirnya, perceraian jadi jalan penyelesaian paling mudah. Apakah boleh kiranya, watak suami isteri Adam dan Nur dkembangkan mengikut pengalaman kita semasa baru-baru belajar hidup bersama, berhdapan dgn masalah kewangan, kehamilan dan kelahiran anak, penjagaan anak, krisis kepercayaan terhdap suami isteri dll, agar masyarakat kita boleh belajar kemahiran bersuami isteri serentak dgn tontonan dramanya setiap minggu?
Maaf kerana mengganggu dgn email yang panjang ini. BTW, saya gemar membaca tulisan saudari dalam Millenia Muslim dan blog anti-feminism saudari. Banyak yang boleh kita bincangkan kalau dapat terus berhubungan dan membina ukhuwah. InsyaAllah.
Ukhwah fillah,
Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj, Ketua Wanita Pusat
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
pstt.. pssst.
Dpt royalti ke kak long? McD kita!
Salam Dr Har!
Tak sangka orang macam Dr boleh tengok NK. Maklum lah Dr sentiasa sibuk dengan tugas sebagai isteri,ibu, doktor pakar, pendakwah, aktivis, kolumnis, personaliti TV/radio dan pelbagai tanggungjawab lain. Dan sudi pulak beri komen dalam blog yang tidak sepertinya ini. Terima kasih banyak-banyak Dr.
Di pihak produksi NK, kami sedar kami bukan lah pendakwah, tapi pengkarya semata-mata. Apa yang kami lakukan sekadar menyampaikan cerita. Dan kredit harus diberikan kepada Mira Mustaffa, isteri Kabir Bhatia yang juga penerbit/penulis cerita asal/ketua panel skrip NK. Beliau bijak mengolah isu-isu agama agar ia kelihatan ‘under-tone’, bukan ‘over-tone’.
Tentang kerjasama dengan pihak Dr, saya cukup mengalu-alukan jika ada ruang dan peluang di masa akan datang, InsyaAllah. Apatah lagi, selama ini pun, saya banyak mendapat inspirasi dari ceramah-ceramah Dr yang saya ikuti dalam pelbagai medium samada di majlis ilmu, akhbar, radio, TV atau majalah. Malah ada isu dalam blog Anti-Feminism dan Milenia Muslim, saya garapkan hasil menelaah pendapat dan pemikiran Dr.
Terima kasih sekali lagi.
Bukan Sepet @ Ayie,
FYI, penulis skrip x dapat royalti mcm penulis novel. Sebab tu lah saya selalu kata pada kawan-kawan, kalau tahu tulis novel, baik tulis novel, lagi kaya.
salam.
saudari maizura,
saya amat meminati drama yang ditulis oleh saudari. saya tahu blog ini pun melalui drama tangisan bulan madu. boleh saya tahu dimana lokasi sebenar pengambaran nurkasih ni, terutamanya rumah adam dan nur yang dikelilingi ngan kaw sawah. antara sebab saya menonton nurkasih adalah jln citenya serta disebabkan sinematografinya sgt menarik.
terima kasih.
as salam saudari maizura….sy hendak bertanya masih ada lagi tak DVD Drama Nur Kasih di Jual…klu ada boleh beritahu tak dimana sy boleh order….terima kasih...
Post a Comment