Seorang penerbit eksekutif memberitahu bahawa
AC Neilson mencatatkan penurunan penonton drama Melayu.
TV3 yang dahulu mencapai tiga juta, kini sekitar dua juta. Ia turut berlaku kepada saluran lain.
Justeru, ke mana perginya penonton drama Melayu?
Bagaimanapun,
NUR KASIH bertahan dengan
2.4 juta penonton sejak awal. Namun, dari segi kedudukan, melonjak ke tangga
ke tujuh. Apa pun, angka tontonan
NUR KASIH melalui platform TV kabel
Astro memang tinggi iaitu
800,000. Drama Melayu popular di Astro biasanya sekitar
300,000-400,000 sahaja.
Hakikatnya, sejak dahulu lagi kebanyakan pelanggan Astro jarang menonton saluran berbahasa Melayu Astro, sebaliknya kerap memilih TV3 menggunakan platform Astro.
Sementara itu,
BIO-NIK naik ke tangga kedua selepas
BULETIN UTAMA apabila
KELIWON tamat siarannya beberapa minggu lalu. Namun, ia tidak lah mencecah tiga juta seperti sebelum ini. Manakala siri seram
TOWER 13 yang menggantikan
KELIWON gagal mendapat
rating yang baik.
No comments:
Post a Comment