Monday, September 7, 2009

AFDLIN SHAUKI DAN TANGGUNGJAWABNYA

Spontan, sebuah rancangan lawak baru di Astro Warna (Saluran 132). Ia diterbitkan oleh Afdlin Shauki.
Baru tadi saya menontonnya dan mendapati pelawak terkenal seperti Din Beramboi, Sathiya, Douglas Lim dan sebagainya menyanyikan lagu kelakar tentang cukai pendapatan. Rupanya, dalam melawak, Afdlin sempat membuktikan tanggungjawabnya pada negara.
Ini bukan lah sesuatu yang menghairankan. Pada Mac lalu saya ke Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN) untuk tugas menulis skrip video korporat LHDN. Pegawainya telah menunjukkan iklan LHDN yang diarahkan dan dilakonkan oleh Afdlin Shauki.
Ia sudah tersiar di televisyen kalau tak salah sekitar April. Tentu kita masih ingat kisah seorang lelaki (Afdlin Shauki) membawa isterinya (Vanidah Imran) yang hendak bersalin ke hospital.
Kata pegawai itu, Afdlin tidak mengenakan bayaran ke atas lakonannya atas dasar mahu memberi sumbangan kepada negara. Pegawai itu cukup tersentuh dengan pendirian Afdlin. Malah katanya, dalam perbincangan mereka, semangat patriotik Afdlin membara dan dapat dilihat dengan meremangnya bulu roma Afdlin. Begitu lah karyawan bernama Afdlin Shauki ini.
Berbalik kepada Spontan, ia turut menyentuh kewajipan agama Islam apabila Douglas Lim menyanyikan lirik yang lebih kurang begini bunyinya,"aku orang Cina tapi aku pun bayar zakat juga."
Akhir kata, tahniah Afdlin di atas kemenangan besar filem PAPADOM di Festival Filem Malaysia ke-22 baru-baru ini.
Dan salam Nuzul Quran kepada pembaca yang beragama Islam.

1 comment:

Bukan Sepet said...

Iyaaa! sudah lama aku mengkagumi chief kodok aku itu!

pernah satu ketika saya lontarkan ke forum - Afdlin Shauki adalah P Ramlee generasi baru. Pelawak, Pencipta lagu, penyanyi, pelakon, pengarah ... Malangnya ramai yang skeptikal.

Tapi saya tahu lambat laun orang akan nampak juga. Jangan jadi mcm Yasmin Ahmad sudah!

Hore chief!