"JALAN MERDEKA" bermaksud
'Road To Freedom'. Ini lah antara naskah yang sukar saya tangani dalam kerjaya sebagai penulis skrip. Ia mengambil masa tiga bulan untuk menyiapkan keseluruhan skrip yang durasinya sebanyak 13 episod x 45 minit. Dan memerlukan bantuan tiga penulis bersama iaitu
Sofia J Rhyland (Awan Dania),
Alfie Palermo (Tower 13),
Ayuni Zamani (Impian 2) dan
Khairul Aswad Ramli (Cicakman The Series).
Drama ini menjejaki perjalanan hidup tiga lelaki berbeza bangsa, berlatarkan pelbagai peristiwa penting negara (1955-2010) secara humor, ringan dan santai.
Agak menarik, ia diarahkan oleh bukan anak Malaysia iaitu
Kabir Bhatia (India) dan
Faisal Ishak (Singapura). Selain itu, kedua-dua eksekutif yang mewakili penerbit dan stesyen adalah juga warga asing. Anak tempatan yang turut membantu mengarahkannya ialah
Nor Hisyam Mohd (LABU) dan
Prem Annad Pillai.
JALAN MERDEKA tidak terkecuali melalui proses penapisan oleh pihak stesyen. Mana-mana isu yang dianggap sensitif pada kaca mata kerajaan, terlebih dahulu dicantas.
Harap-harap
JALAN MERDEKA tidak menerima nasib seperti
TUK KETUA terbitan
Adlin Aman Ramli, arahan
Sofi Jikan. Drama bersiri itu dianggap sebagai contoh negatif bagaimana eksekutif stesyen boleh 'terlepas pandang' akan isu-isu politik tanahair pada naskah itu.
JALAN MERDEKA dilakonkan oleh Sathiya sebagai Jegathesan, Mustafa Kamal sebagai Piramli dan Chen Kin Wah sebagai Chow Kit. Salleh Yaacob turut muncul sebagai bintang undangan, memegang watak Saidon Pisang a.k.a. Donny.
Drama 13 episod ini akan ditayangkan di saluran
Astro Warna (
Comedy Channel-Saluran 132) mulai
3 Spetember ini,
Khamis jam 9 malam.
Astro Warna adalah saluran baru yang diperkenalkan bersama
Astro Citra dan
B4U (Bollywood). Ketiga-tiga saluran ini berada di bawah
Pakej Mustika dengan harga RM12.00
Selamat Hari Merdeka dan selamat menonton Jalan Merdeka.
3 comments:
Anulus,
Ya..begitu lah caranya untuk elak kena cantas..
zosaw - u welcome..
bila la nak dapat tgk online episode ni...
tak sabar nih...
Post a Comment