Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan membuka sekali lagi sesi
pitching atau
idea pitch (lontaran idea). Kali ini tawaran untuk slot drama Melayu lebih banyak. Ia tidak seperti pada Februari lalu yang hanya slot telemovie dan
mini-series untuk sambutan hari tertentu. Bermakna, sesiapa yang berhajat menulis drama rantaian 13 atau 26 episod, sila lah mencuba kali ini.
Tidak terkecuali untuk slot telenovela CINDAI yang mengkhusus kepada drama adaptasi daripada novel-novel tempatan masakini. Slot berkenaan menawarkan drama rantaian 40 episod dengan durasi satu jam setiap episod
Bagi drama rantaian (biasanya disebut drama bersiri), RTM lazimnya meminta penulis skrip mengemukakan sinopsis untuk setiap episod
(episodic synopsis). Bagaimanapun, untuk
pitching kali ini, tidak perlu lagi. Cukup sekadar menghantar sinopsis keseluruhan yang tidak melebihi
tiga mukasurat. Peraturan ini pastinya lebih 'mesra alam' kepada golongan penulis skrip yang biasanya kesuntukan masa untuk menulis.
RTM juga membuka tawaran kepada program lain seperti Dokumentari, Majalah dan Muzik.
Taklimat mengenainya diadakan pagi tadi, jam 9.30 untuk para penerbit. Tarikh tutup permohonan adalah pada
15 Ogos ini. Seterusnya, RTM akan memanggil penerbit dan penulis skrip mulai
17 Ogos hingga 11 September. Kepada semua penerbit dan penulis skrip, pada bulan puasa nanti, mari lah sama-sama kita 'berkampung' di Bukit Angkasa, ya.
Best of luck!!
p.s. - sesiapa yang ingin membaca pengalaman pitching saya pada Februari lalu, boleh lah klik tajuk RTM pada ruangan 'LABELS' di sebelah kiri blog ini.
6 comments:
Aku ingat nyanyi aja ada pitching... skrip drama pun ada ek?
hmmmh....
Ayie,
Kalau nak tahu lebih pasal pitching, pergi ke labels blog ni, klik tajuk RTM. (entri lepas-lepas pasal pengalaman pitching)
Wokay. Baca dah..
Crazy world! Semuanya "dipolitikkan"... Kak Long aktif politik ajalah kak long.. tak pun mintak bg midon jadi YB. Senang sikit job nak meluru masuk...
"If you cannot beat them, join them.. ahak!"
hari ni aku geledah blog kau, mai...
dah agak, ptching ni susah juga... hehehe
tambah2 aku ni cuba2 naseb jerr
kalau berjaya kira mcm menang lotery la...
hmmm heheheh
kak maizura ape yang perlu kite sediakan semasa sesi pictching...biasanya ape yang disoal oleh panel penilai sesebuah cerita...adakah sekadar kita menerangkan idea kita konsep atau tarikan dan cadangan berlakon saja
saya yang ingin tahu
KKK,
konsep 3 mukasurat dan terangkan dalam masa 10 minit.
Post a Comment