Friday, August 28, 2009

NUR KASIH...SIARAN ULANGAN DAN TAYANGAN SINGAPURA

Ramai juga yang merungut kerana Nur Kasih bersiaran serentak dengan solat Terawikh di bulan Ramadhan ini. Biarpun boleh menontonnya melalui catch-up shows di laman web TV3, ramai yang lebih selesa menonton melalui televisyen. Apatah lagi di kalangan 'kakak-kakak' dan 'makcik-makcik' yang tidak terdedah kepada internet.
Namun kini, tidak perlu merungut lagi kerana sudah ada siaran ulangannya di TV3 yang bermula setiap Khamis, Jumaat dan Sabtu jam 5.00 pagi.
Dalam perkembangan lain, saya terlupa memaklumkan bahawa Nur Kasih turut ditayangkan serentak di Singapura, bermula 29 Mei lalu. Bagaimanapun, tayangan di negara jiran itu bermula lewat sejam setengah iaitu pada 10.30 malam setiap Jumaat. Memandangkan ia disiarkan melalui saluran televisyen berbayar, TV SENSASI, siaran ulangannya diadakan dua kali pada keesokan hari, Sabtu, jam 10.30 pagi dan 5.30 petang. Pada mulanya, saya hairan bagaimana drama yang sedang bersiaran di sesebuah stesyen boleh ditayangkan serentak di stesyen lain. Bagaimanapun, penerbit memberitahu :
Hal ini boleh terjadi jika melibatkan negara berlainan. Akan tetapi tidak akan berlaku di dalam negara yang sama. Ia tertakluk kepada perundingan antara penerbit dan stesyen semasa menjual hak tayangan.
Berdasarkan amalan biasa, kebanyakan drama Malaysia memasuki Singapura setelah setahun atau lebih ia ditayangan di negara ini. Setakat ini, Singapura mempunyai dua saluran berbahasa Melayu sepenuhnya iaitu TV SENSASI dan TV SURIA. Drama Tangisan Bulan Madu yang skripnya turut ditulis oleh saya, kini sedang bersiaran di TV Suria setiap Sabtu dan Ahad, jam 9.30 malam.

5 comments:

Ani said...

Salam Puan Maizura,

Saya salah seorang daripada penonton setia Nur Kasih.. love the series..but there is something that really bothers me whenever i watch Nur Kasih... cuba teka apa?.....

Tuduuunnngggg...awning tudung tu...ada tanda lipat di tengah-tengah awning tudung Nur Amina dan adiknya (lupa pulak nama)...sebab kalau orang yang memang pakai tudung, mereka akan pastikan yang awning tu akan terbentuk bulat/bujur dengan elok (tanpa tanda2 lipat atau kedut), bukan terjongket macam bumbung segitiga...

Siapa yang jaga wardrobe ye...? in my opinion, drama Nur Kasih needs a tudung consultant,especially when almost the female casts pakai tudung..seriously..kadang2 tudung Nur Amina pun tak kemas...rimas saya tengok..

Ianya mengganggu konsentrasi saya apabila menonton drama ini sebenarnya...sebagaimana terganggunya konsentrasi saya semasa melihat bulu mata palsu Eja/Siti Shahrizah in her death bed sewaktu menonton Seputeh Kasih Ramadhan beberapa tahun yang lalu..

Selamat Berpuasa.

Wassalam

Maizura Mohd Ederis said...

Ani,

Berbanyak terima kasih atas teguran. InsyaAllah akan dipertimbangkan dalam projek akan datang.

Anonymous said...

episode 18... lepas malam aidil ngan nur amina tu.. diorang solat subuh kan.. kenapa baju yang sama diorang pakai.. nak kata solat isyak dulu.. scene tunjuk mcm dah pagi.. harap lebih peka.. but nur kasih memang great lah...

Anonymous said...

tengok Drama ulangan Nur Kasih kat http://watchnurkasih.blogspot.com/ semua episod ada...enjoy

Anonymous said...

Dapatkan set DVD 'Nur Kasih' melalui pembelian secara online dan nikmati diskaun20% dari harga asal RM99, sebanyak RM79.20 (tidak termasuk kospenghantaran).

Layari http://www.tv3.com.my/nurkasih sekarang!!