Pada usia 35
tahun, Dahlia telah memiliki segalanya - suami yang baik, sepasang anak lelaki dan perempuan yang comel serta syarikat yang menguntungkan. Ini semua hasil penat
lelahnya sejak 10 tahun lalu bersama suami tercinta, Razman, 35.
Bagaimanapun, Dahlia sering menganggap dirinya tidak
cukup sempurna sebagai ibu dan isteri. Dek kerana terlalu fokus kepada
syarikat.
Menjelang ulangtahun perkahwinannya yang ke-10, Dahlia
berazam mahu meluangkan lebih masa
bersama suami dan anak-anak. Dan menghargai mereka yang selama ini menjadi
sumber kekuatan buat dirinya.
Dahlia pun merancang satu kejutan. Senyap-senyap dia
membeli sebuah rumah rehat di tepi pantai. Rumah ini bakal menjadi lambang
cinta kasihnya kepada suami dan anak-anak ...untuk selamanya...
Selamat menonton episod 4 hingga 6 pada minggu hadapan....
Selamat menonton episod 4 hingga 6 pada minggu hadapan....
No comments:
Post a Comment