Tuesday, July 9, 2013
DAHLIA TERUS BANGKIT PADA MINGGU KE-12
Kematian Razman tidak mematahkan semangat Dahlia. Wanita ini terus bangkit. Dia kuatkan hati membuat semakan di syarikat insurans tentang pampasan insurans nyawa Razman. Dia juga menyiasat melalui Hairi tentang samada Razman ada meninggalkan wasiat atau tidak. Jika ada, berapa kah bahagian untuk anak-anaknya? Jika tiada, dia akan menuntutnya berdasarkan Hukum Faraid. Semua ini dilakukan demi anak-anaknya, bukan untuk diri sendiri.
Bagaimana pula dengan Fuad? Selain rahsianya sebagai ahli korporat yang terbongkar beberapa minggu sebelum ini, tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan peribadi beliau. Adakah dia pernah beristeri dan mempunyai anak? Atau...confirm bachelor?
Apa pun, yang pasti, Haliza akan terus berdendam dengan Dahlia setelah Razman meninggalkannya seorang diri di majlis resepsi mereka.
Teruskan mengikut Dahlia yang kini sudah menghampiri penghujungnya. Astro Mustika HD, 134, ya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment