Semasa bercuti di Phuket, malang lagi menimpa Dahlia. Kedua anaknya telah diculik dan
dibawa lari ke Malaysia.
Rupanya Haliza adalah dalang kepada penculikan ini. Tujuannya untuk memerangkap Dahlia di Mahkamah Syariah dengan alasan Dahlia cuai dan tidak layak menjadi ibu kepada anak-anaknya.
Haliza juga memerangkap Dahlia dengan gambar-gambar bersama lelaki dan arak di kelab malam. Dia merancang semua ini ketika mereka bersahabat dahulu - sewaktu mula menubuhkan syarikat usahasama HD Solutions Sdn Bhd - yang tiada kaitan dengan Razman. Waktu itu, Razman sibuk dengan syarikatnya bersama Dahlia, Tera-Scan Sdn Bhd.
Akhirnya, mahkamah memberikan hak jagaan sementara kepada Razman.
1 comment:
Great bllog you have here
Post a Comment