Sebuah lagi karya sastera, Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman [HHTSS] telah di angkat ke medium televisyen pada Jun ini di slot Tayangan Hebat Astro Box Office Movies - Saluran 952. Saluran yang juga dikenali sebagai ABO ini mengkhusus kepada telemovie berkualiti tinggi dengan bajet besar dan lebih artistik persembahannya berbanding drama telemovie atau drama bersiri yang biasa kita lihat di televisyen. Slot ini sering menampilkan tema berbentuk kemasyarakatan dan budaya. Dalam industri tempatan, karya jenis ini dirujuk sebagai Super Telemovie atau Super Tele. Bagaimanapun, istilah yang lebih tepat ialah "Made-for-tv Movie".
Berbalik kepada HHTSS, karya ini merupakan adaptasi daripada novel Sasterawan Negara yang ke-10, Datuk Dr Anwar Ridhwan. Novel terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka ini, pernah memenangi Peraduan Mengarang Novel anjuran Yayasan Sabah-Gapena pada 1979. Dan juga pernah diangkat ke teater pada 1984 oleh aktivis teater, Datuk Johan Jaafar sebagai penulis dan pengarah.
Kini, mulai 1 Jun 2013, ia kembali dalam bentuk layar televisyen pula. Kali ini dengan sentuhan daripada Sabri Yunus sebagai pengarah dan penulis skrip. Umum mengenali Sabri sebagai pelakon televisyen, pelakon teater dan pelawak yang berwibawa. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini Sabri mula menyerlah dalam bidang pengarahan. Telemovie arahannya, Sanggul Beracun pernah dinobatkan sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin 2011. Drama TV arahannya yang lain seperti Parut Asyikin dan Sebuah Piala Seekor Kambing.
HHTSS dibawakan oleh pelakon hebat, Wan Hanafi Su sebagai Pak Hassan dan akan menemui penonton di sepanjang bulan Jun ini.
Friday, May 31, 2013
HARI-HARI TERAKHIR SEORANG SENIMAN... SEPANJANG JUN INI DI ASTRO 952
Labels:
ASTRO.,
LAIN-LAIN ARTIKEL TENTANG ADAPTASI,
SASTERA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment