Hud, seorang
wartawan. Tiara pula aktivis alam sekitar. Mereka bertemu pada sambutan Hari
Bumi di Kuala Lumpur. Bercinta.
Kemudiannya, berkahwin secara 'wali hakim' di Florence, Itali.
Belum sempat
berbulan madu, Hud terpaksa pulang ke Malaysia untuk menyelamatkan Cameron
Highland yang sedang 'nazak'. Ekoran tanah runtuh dan mendapan daripada pembukaan
tanah oleh syarikat milik kroni pak menteri.
Malang sekali, kapalterbang
yang dinaiki Hud telah terhempas di Lautan Mediteranean.
Seminggu
kemudian...
Kelihatan
sekeping objek terapung di Lautan Mediteranean. Sayap kapalterbang!
Hud
tertiarap di atasnya – dengan memakai
jaket keselamatan – tangan berpaut erat pada kepingan itu. Masih hidup.
Siang
berganti malam. Hud kesejukan.
Malam
berganti siang. Hud kepanasan.
Hud
tidak makan dan tidak minum.
Hud
tidak tahu sudah berapa hari dia terdampar di dada laut.
Hud
hanya tahu menyebut nama ALLAH.
Apa
yang harus dilakukan oleh Hud untuk kembali kepada isterinya dalam keadaan masih bernyawa?
Dan
selama mana harapan boleh disandarkan?