Alhamdulillah, saya kini melangkah ke genre baharu iaitu skrip drama radio. Ini sesuatu yang sangat menarik kerana ia mengasah kemahiran berdialog dengan mantap dan menerangkan sesuatu yang penonton tidak akan nampak, tetapi hanya boleh mendengar. Satu kemahiran yang cukup luar biasa. Saya tabik kepada rakan-rakan yang sudah lama menguasai kraf (craftmanship) ini. Bukan senang sebenarnya.
Pembabitan saya dalam dunia radio nyaris bermula pada Ramadan tahun lepas apabila tiba-tiba sahaja dihubungi oleh penerbit merangkap DJ Radio IKIM, Nik Hasnah. Bagaimanapun, komitmen dengan TV Al Hijrah ketika itu telah membantutkan hasrat kami untuk bekerjasama. Apa pun, saya tetap mampu menyumbang satu skrip untuk siaran drama khas sempena hari raya haji bertajuk Kasih Firdausi.
Kini, saya melangkah setapak lagi dengan menghasilkan 21 episod untuk siaran drama khas sempena bulan Ramadan yang akan datang tidak lama lagi. Tajuknya Seteguh Kasih Ramadan. Drama ini ditaja oleh Islamic Relief Malaysia.
Tunggu...
Wednesday, May 11, 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)