Saturday, January 21, 2012
Tuesday, December 27, 2011
ASSALAMUALAIKUM..LAMA TAK JUMPA...
Salam kepada pengunjung blog ini. Maaf kerana kesibukan menjaga anak yang cedera ketika bermain futsal, menjadikan kerja mengemaskini blog memang mustahil dalam masa dua bulan ini.
Banyak perkara hendak dikongsi sejak entri terakhir. Pertama, kematian sahabat penulis, Allahyarham Ruslie Sophian. Banyak kenangan bersama Allahyarham. Kini, hanya tinggal bacaan al-Fatihah. Dan ucapan semoga tabah kepada isterinya, Kak Intan.Kedua, kontroversi Festival Filem Malaysia ke-24. Saya hanya sempat bercakap sepintas lalu dengan tuan punya badan yang mencetuskan kontroversi ini , penerbit Raja Azmi. Kami bertembung di lobi Hospital Gleneagles Kuala Lumpur ketika anak saya dirawat di situ. Kak Raja Azmi pula mahu menziarahi seorang kawan. Kemudian, sempat ber-BBM dengan aktres Sofea Jane ketika dia bertanya khabar. Pada saya, "ini lah Malaysia..."
Ketiga, kontroversi filem Ombak Rindu. Saya memang ada bercakap panjang dengan tuan punya badan, novelis Fauziah Ashari yang menelefon dari Johor.Secara tersurat, Fauziah memang tiada hak mempertikaikan bayaran kecil untuk adaptasi novelnya ke filem. Memandangkan beliau telah menandatangani perjanjian menyerahkan semua hak berkaitan perpindahan novel ke medium lain kepada penerbit novelnya.
Bagaimanapun, secara tersirat, semoga kontroversi ini membuka mata para penerbit buku di Malaysia. Elok kiranya penerbit buku tidak lagi memegang kesemua hak perpindahan medium untuk sesebuah buku yang mereka terbitkan. Biar lah penerbit buku membeli hak untuk menerbitkan karya itu dalam bentuk buku sahaja. Manakala hak untuk memindahkan karya itu ke medium lain - samada ke filem, televisyen, teater dan sebagainya – biar lah kekal di tangan pencipta karya asal yakni penulisnya.Di barat, mereka yang mencipta ISI KANDUNGAN dianggap sebagai RAJA dan menjadi KAYA jika isi kandungannya itu mendapat sambutan daripada khalayak. Atas dasar itu lah wujud ungkapan CONTENT IS KING di sana, tetapi di sini….. jauh panggang dari api. Di sini, pencipta isi kandungan lah orang yang paling miskin.
Mengenai kontroversi adegan ranjang dalam filem itu pula, pada saya, elok lah ditiadakan kerana kita orang Melayu dan orang Islam.Sekian dahulu, jumpa lagi di entri akan datang...
Thursday, November 3, 2011
NORA ELENA KE ANUGERAH SKRIN 2011
Esok, Jumaat 4 November 2011 akan berlangsung Anugerah Skrin untuk tahun ini, di Pusat Dagangan Dunia Putra. Dan Nora Elena telah tercalon ke pusingan awal dalam kategori Drama Rantaian. Pada peringkat ini, sebanyak 10 drama telah terpilih seperti :
Juvana [skrip Alfie Palermo]; Syurga-Mu Ramadan [skrip Azlina Pa'Wan & Shahrulezad Mohamaden]; Aki Nabalu [skrip Mira Mustaffa]; Asmara 2 [skrip Sharifah Abu Salem]; Lagenda Budak Setan [skrip Ahadiat Akasyah]; Trilogi Cinta [skrip Sharifah Abu Salem]; Tanah Kubur, Roda-Roda KL dan Dia Bukan Maryam. [Maaf, tidak pasti siapa penulis skrip untuk tiga drama yang terakhir]Drama manakah yang akan melepasi pusingan akhir TOP 5 dan seterusnya dinobatkan sebagai pemenang? Berdasarkan ramalan, mungkin JUVANA atas dasar kelainannya. Ditambah pula dengan kehadiran pengarahnya, Faisal Ishak ke studio Malaysia Hari Ini, pada pagi tadi untuk wawancara.
Sama-sama lah kita nantikan keputusannya malam esok.
Thursday, October 13, 2011
BAWAKU KE SYURGA, SABTU INI [15 OKTOBER] DI SLOT CEREKARAMA TV3
Setelah sekian lama menyepi diri dari arena telefilem, saya kini beransur-ansur kembali kepada kategori ini. Memang tidak dinafikan fokus yang berlebihan kepada drama rantaian, tanpa disedari telah mengabaikan genre yang tidak kurang menarik ini. Minat terhadap telefilem semakin membara selepas mengikuti dua kursus Master Class di Finas. Mengaplikasikan kedua-dua teori oleh kedua-dua guru kelas berkenaan, Yasu Tanaka [Hollywood] dan Joko Anwar [Indonesia], lahir lah Bawaku Ke Syurga.Telefilem ini arahan Raja Ahmad Alauddin, terbitan Zeel Production. Ia akan bersiaran pada Sabtu ini, 15 Oktober ini di slot Cerekarama TV3, jam 10 malam. Pelakonnya terdiri daripada Fasha Sanda, Fiza Elite, Eizlan Yusuf, Hamidah Wahab dan Maimon Talib.
Idea asal Bawaku Ke Syurga datang dari seorang rakan, Che Aida Dollah. Ia mengisahkan dua banduan wanita yang sedang menanti hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh. Bagaimanapun sebahagian besar skrip terpaksa dirombak atas nasihat pihak penjara. Alasannya, kisah Banduan Akhir tidak sesuai dipaparkan buat masa ini. Memandangkan pihak Majlis Peguam dan parti pembangkang telah mencadangkan agar hukuman mati dimansuhkan. Bagaimanapun pihak penjara [yang mewakili kerajaan] sedang menilai cadangan ini dan belum memberi sebarang jawapan - samada bersetuju dengannya atau tidak. [Wajarkah hukuman mati dimansuh atau diteruskan? Apa pendapat anda pula?]Bagi menjaga sensitiviti yang berkaitan isu semasa, pihak penjara bertegas agar kisah Banduan Akhir di tukar kepada kisah Banduan Seumur Hayat. Arahan ini sedikit melemahkan semangat semua pihak yang terlibat, terutama penulis dan penerbit. [Tidak pasti apa reaksi pihak stesyen tentang perubahan di saat akhir ini]
Kisah Banduan Akhir yang mempunyai tempoh dua minggu sahaja untuk hidup [setelah semua ruang untuk rayuan tertutup] memberi impak suspen dan permainan emosi yang kuat. Apabila ia berubah kepada kisah Banduan Seumur Hayat, suspen dan emosi itu ternyata menurun.Apa pun ceritanya, tema telefilem ini adalah "DOA IBU". Ia menceritakan bagaimana seseorang itu boleh terselamat hanya dengan doa ibu dan seorang lagi mendapat nasib buruk, juga dengan kata-kata negatif si ibu - yang pada pandangan Islam, kata-kata juga dianggap sebagai doa. Telefilem ini mungkin boleh menyedarkan para ibu supaya menjaga lidah masing-masing apabila berkata-kata dengan si anak.
Jangan lupa.... Sabtu ini....10 malam.... di TV3.
Wednesday, September 28, 2011
Tuesday, September 27, 2011
PRESIDEN SWAM DIGANTUNG..!!
Sebelum Ramadan lepas, tercetus konflik di dalam Persatuan Penulis Skrin Malaysia yang dikenali sebagai SWAM [Screen Writers Guild of Malaysia]. Berpunca daripada tuduhan pecah amanah ke atas Presidennya, Ismail Ahmad dan Timbalannya, Wazata Zain. Bagaimanapun, krisis itu berakhir dengan Mesyuarat Agung Khas pada Sabtu lepas, 24 September 2011. Mesyuarat yang dihadiri 46 ahli itu memutuskan bahawa Presiden dan Timbalannya telah bersalah. Dan hukumannya adalah menggantung keahlian mereka sehingga ke Mesyuarat Agung yang akan datang - dijadualkan pada awal tahun 2013.Berikutan itu, kedua tokoh ini tidak layak lagi memegang jawatan tertinggi, lalu digantikan oleh saudara Jamil Mutalib dan Martias Mohd Ali. Selain itu, Setiausaha Kehormat, Dato' Seri Zaienal Abidin Omar dan Penolongnya, Mokhzan Ali, turut meletak jawatan secara sukarela. Kekosongan ini diisi oleh Shaari Wahab dan Asiah Mion.
Justeru, kepada barisan kepimpinan SWAM, sila perhatikan perkataan GUILD pada nama SWAM dan kembalikan peranannya sebagaimana namanya itu.Semoga SWAM pada hari ini, tidak lagi menjadi 'SUAM-SUAM KUKU' seperti sebelum ini.
Labels:
NASIB PENULIS SKRIP,
PENULIS SKRIP,
SWAM
Subscribe to:
Posts (Atom)
