[Ini adalah ucapan kitar semula dari entri tahun 2009 - yang dipetik dari buku psikologi, Terapi Penyakit Hati karya ulama Ibnu Qayyim al-Jauziyah yang hidup pada abad ke-14]
Monday, February 6, 2012
CINTA SEMPURNA
Ada dua manusia yang memiliki cinta paling sempurna – samada cinta terhadap Allah atau cinta sesama manusia. Itu lah nabi Ibrahim dan nabi Muhammad. Cinta mereka dapat meringankan tugas yang berat, mengubah si kedekut jadi pemurah, si penakut jadi berani, si lembab jadi cerdas. Ia juga membersihkan jiwa yang kotor, meluruskan kehidupan, menghalang perbuatan terlarang.....
Thursday, February 2, 2012
DRAMA REMAJA BERKONSEPKAN "YFM" di TV9
Di awal kemunculannya lima tahun dahulu, saluran TV9 mengkhusus kepada isi kandungan yang bersifat ilmu pengetahuan dan keagamaan. Sasarannya ialah golongan dewasa yang matang dan berpemikiran. Bagaimanapun, setelah dua tahun sahaja bersiaran, saluran di bawah syarikat gergasi Media Prima Berhad itu mula beralih arah kepada golongan muda Melayu umum. Segmen pasaran yang digelar Young Fresh Malay Mass atau ringkasnya YFM. Berkemungkinan segmen pasaran ini lebih mudah menjana pendapatan iklan dan sumber tajaan untuk stesyen swasta itu. Sebagai contoh, Konsert GIG tentunya menarik tajaan syarikat telekomunikasi.
Justeru, kebanyakan programnya kini lebih berbentuk ringan, santai, humor dan segar. Dramanya juga disesuaikan dengan citarasa orang muda yang memaparkan jalan cerita pantas, mudah, montaj yang catchy dan lagu-lagu dari band Indie/Underground. Saluran ini juga terbuka kepada muka-muka baru dari segi pemilihan pelakon dan tenaga kerja utama iaitu pengarah dan PENULIS SKRIP. Ia tidak seperti saluran TV3 yang lebih mengutamakan nama-nama besar yang sudah lama berada di dalam industri. Genre yang popular untuk orang muda pastinya Komedi Romantik. Penceritaannya juga banyak melibatkan watak-watak menggunakan teknologi komunikasi moden yang sinonim dengan orang muda seperti Facebook dan Twitter. Semalam saya menonton telemovie bertajuk Aku, Dia dan FB. Sebelum ini, telemovie Si Tudung Tweet.Saya turut diberi peluang oleh TV9 untuk mengisi slot Aurora bagi penonton remaja. Lahir lah drama bersiri AISHITERU yang ditulis bersama penulis baharu, Haida Mazni Mohamed dan Keyrool Kiasan. Drama 13 episod ini sedang bersiaran sejak Disember lalu pada setiap Khamis, jam sembilan malam. Aishiteru merupakan istilah bahasa Jepun yang bermaksud "Saya cintakan awak". Istilah ini memang popular di kalangan remaja sekarang, termasuk di Indonesia. Drama arahan Aidil Ftiri Mohamed Yunus ini akan berakhir pada minggu pertama Mac 2012.
Pada tahun 2010, saya menghasilkan telemovie bertajuk Teh O Ais Limau yang juga berkonsepkan YFM dengan kerjasama penulis baharu, Khairul Aswad Ramli.Bagaimanapun, saluran ini tetap mempunyai slot drama Melayu untuk penonton dewasa dan matang iaitu slot Ratu yang bersiaran setiap Isnin dan Selasa, jam 9 malam. Genre yang popular untuk dewasa tentunya melodrama.
Selamat Menonton Aishiteru...
Saturday, January 21, 2012
BFF..SETIAP AHAD, 9 MALAM, DI TV3
BFF, Teman Tapi Mesra merupakan drama bersiri mini yang disiarkan bagi mengisi kekosongan slot di TV3 pada hari Ahad, jam 9 malam. Kebiasaannya slot berkenaan adalah untuk program berbentuk hiburan dan muzika seperti Mentor, Vokal Bukan Sekadar Rupa, Anugerah Juara Lagu, Konsert Sure Heboh dan yang sewaktu dengannya. Bagaimanapun, sementara menunggu Mentor musim ke-6 yang belum bermula, disajikan dahulu sebuah drama.
Mereka yang terlibat dalam produksi ini terdiri daripada Jalena Rejab sebagai Penerbit Eksekutif; saya sebagai Penulis Skrip; Farah Bani Ali [Idea Asal & Penulis Bersama]; dan Amy Maziah [Pengarah]. Pelakonnya pula terdiri daripada Sari Yanti, Muniff Isa dan Irfan Roslan.Drama terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd ini mengisahkan tentang persahabatan, pelajaran, kerjaya dan percintaan. Siarannya bermula pada 15 Januari 2012 untuk lapan minggu [8 Episod] sahaja.
Jangan lupa, Ahad, 9 malam....
Tuesday, December 27, 2011
ASSALAMUALAIKUM..LAMA TAK JUMPA...
Salam kepada pengunjung blog ini. Maaf kerana kesibukan menjaga anak yang cedera ketika bermain futsal, menjadikan kerja mengemaskini blog memang mustahil dalam masa dua bulan ini.
Banyak perkara hendak dikongsi sejak entri terakhir. Pertama, kematian sahabat penulis, Allahyarham Ruslie Sophian. Banyak kenangan bersama Allahyarham. Kini, hanya tinggal bacaan al-Fatihah. Dan ucapan semoga tabah kepada isterinya, Kak Intan.Kedua, kontroversi Festival Filem Malaysia ke-24. Saya hanya sempat bercakap sepintas lalu dengan tuan punya badan yang mencetuskan kontroversi ini , penerbit Raja Azmi. Kami bertembung di lobi Hospital Gleneagles Kuala Lumpur ketika anak saya dirawat di situ. Kak Raja Azmi pula mahu menziarahi seorang kawan. Kemudian, sempat ber-BBM dengan aktres Sofea Jane ketika dia bertanya khabar. Pada saya, "ini lah Malaysia..."
Ketiga, kontroversi filem Ombak Rindu. Saya memang ada bercakap panjang dengan tuan punya badan, novelis Fauziah Ashari yang menelefon dari Johor.Secara tersurat, Fauziah memang tiada hak mempertikaikan bayaran kecil untuk adaptasi novelnya ke filem. Memandangkan beliau telah menandatangani perjanjian menyerahkan semua hak berkaitan perpindahan novel ke medium lain kepada penerbit novelnya.
Bagaimanapun, secara tersirat, semoga kontroversi ini membuka mata para penerbit buku di Malaysia. Elok kiranya penerbit buku tidak lagi memegang kesemua hak perpindahan medium untuk sesebuah buku yang mereka terbitkan. Biar lah penerbit buku membeli hak untuk menerbitkan karya itu dalam bentuk buku sahaja. Manakala hak untuk memindahkan karya itu ke medium lain - samada ke filem, televisyen, teater dan sebagainya – biar lah kekal di tangan pencipta karya asal yakni penulisnya.Di barat, mereka yang mencipta ISI KANDUNGAN dianggap sebagai RAJA dan menjadi KAYA jika isi kandungannya itu mendapat sambutan daripada khalayak. Atas dasar itu lah wujud ungkapan CONTENT IS KING di sana, tetapi di sini….. jauh panggang dari api. Di sini, pencipta isi kandungan lah orang yang paling miskin.
Mengenai kontroversi adegan ranjang dalam filem itu pula, pada saya, elok lah ditiadakan kerana kita orang Melayu dan orang Islam.Sekian dahulu, jumpa lagi di entri akan datang...
Subscribe to:
Posts (Atom)
