Tuesday, May 20, 2008

TANGISAN BULAN MADU 'THE SERIES' MALAM INI

Akhirnya Tangisan Bulan Madu 'The Series' muncul di kaca TV malam ini. Berakhir lah penantian saya, Samsiah dan para peminat semua. Bagaimanapun, suka diingatkan bahawa enam episod yang pertama diadaptasi daripada Tangisan Bulan Madu (TBM) 1. Ada banyak masalah semasa kami melakukan adaptasi TBM 1. Ia berkaitan dengan hak penerbitan. Hak itu sebenarnya masih dipegang oleh penerbit asal. Pengarangnya hanya memegang hakcipta semata-mata. Jadi, sebarang perpindahan medium perlu melalui penerbit TBM 1. Bagi TBM 2,3, dan 4 tidak menjadi masalah kerana hakcipta dan hak penerbitan adalah milik pengarangnya. Namun, siri televisyen ini pasti cacat sekiranya kami mengabaikan TBM1 dari proses adaptasi. Mengenangkan ini, kami gagahi jua berdepan dengan cabaran untuk mendapatkan hak ke atas TBM1. Berdasarkan rundingan akhir, penerbit hanya memberi kebenaran untuk menggunakan tajuk asal dan beberapa petikan daripada TBM1. Atas dasar itu lah kami terpaksa melakukan begitu banyak penyesuaian, rombakan dan perubahan ke atas TBM1. Ini untuk mengelak berlakunya 'pelanggaran hak'. Realiti di Malaysia, kebanyakan penerbit memegang hak penerbitan dan berkuasa penuh ke atas sebarang perpindahan medium (atau sekiranya ingin bertukar penerbit). Sementara pengarang hanya mendapat hak cipta dan sedikit royalti. Apa pun, kita bersyukur kerana masih mampu berkarya di saat terpaksa berdepan dengan pelbagai bentuk halangan, kekangan, tekanan, ketidakadilan, ketidakjujuran dan sebagainya. Alhamdulillah...

8 comments:

Damya Hanna~ said...

tahniah atas kejayaan. semoga drama adaptasi mendapat sambutan hangat ;)

Anonymous said...

Tahniah buat Samsiah, Maizura dan krew2 yg telah bertungkus lumus menghasilkan novel ini ke kaca TV. Saya antara ribuan peminat TBM dan telah menyimpan ke-empat2 koleksi ini sejak zaman sekolah lagi. Saya akan pastikan saya tidak akan ketinggalan menonton siri ini bermula tadi. Tahniah sekali lagi.

cikgula2 said...

Tahniah buat semua yang terlibat dalam pembikinan drama "Tangisan Bulan Madu"...Pemilihan pelakon yang sesuai dengan watak terutama Rita Rudaini...Saya akan pastikan sy tidak ketinggalan untuk meneruskan menonton episod ini hingga akhir..Semoga mendapat sambutan hangat nanti..dan sy harap banyak lagi drama2 di diterbitkan drpd adaptasi novel...

exora82 said...

malam tadi dah tengok cerita ni. first episod yg sgt menarik.tak sabar nak tunggu mlm ni. lagipun saya memang suka dgn pelakon rita rudaini & zaryn min. sure diorg boleh bawakan watak ni dgn baik. insyaallah akan tgk drama ni sampai habis. btw, well done !!

Anonymous said...

kak maizura... very good, even tak sempat tgk lagi sebab sgt bz lately... apepon, tahniah... also utk cerita kt astro tu

Unknown said...

Assalamualaikum...
Tahniah kepada semua pihak. Saya peminat Sindora. Belum sempat baca TBM apatah lagi menontonnya (kekurangan menetap di luar negara). Semoga drama TBM akan mendapat sambutan sehangat novelnya.

Anonymous said...

salam
alhamdulillah, saya juga mengimpikan novel ini di adaptasikan. Akhirnya....rs terharu sgt. Saya memg minat sangat ngan TBM ni, dan berangan2 dpt jadi Amira. Kesemua 4 siri tu saya dan khatam. Maaf andai saya tersilap, TBM memg menjadi angan2 dan igauan saya sejak remaja lagi. Saya baca buku ni semasa di awal sekolah menengah lagi. inilah antara buku yg menarik minat saya utk membaca. sentiasa membayangkan watak amira dan bogatt di tv di lakonkan oleh mereka yg macho dan berkarisma, hensem, romantik funny ckit, macam hans, fahrin, ako @ Sidi Oraza( dia yg saya angankan utk menjadi bogatt sejak awal)......(huhu tak kesampaian, kurang macho la)

aizufiszian said...

macam mimpi jek..bila TBM di skrinkan..he..hee! aper2 pn tahniah buat penulis kerana novel ini di skrinkn di tv..novel ni baca zaman sek men dulu..huhuh mmg tak lupa karektor Bogatt n Amira yg lemah lembut..he..hee

saya berharap sangat..supaya karya penulis lain pun dapat di skrinkn..huhuh..terutama karya "Damya Hanna..Bicara Hati".....pasti mndapat sambutan..