Setelah berjaya dengan Nur Kasih, penulis berwibawa,
Mira Mustaffa tampil dengan karya terbaru,
Gemilang, mulai esok,
Isnin, 24 Januari, jam 9 malam di
TV3.
Tulisannya ini memang 'menyengat’. Sungguh mencabar ketika diminta membantunya dalam satu episod. Nampak mudah bila membacanya, tetapi susah bila menulisnya.
Gemilang mengisahkan perjuangan guru dalam bidang pendidikan swasta – yang bertujuan untuk memberi peluang kedua kepada pelajar yang gagal dalam SPM. Latar masanya lewat 70-an iaitu era yang releven dengan perkembangan pendidikan negara.
Drama ini arahan
Kabir Bhatia, Faisal Ishak dan
Joeza Rasidi. Penulis
Nik Naemah turut membantu Mira menulis beberapa episod. Pelakonnya terdiri daripada
Shah Jaszle, Tiz Zaqyah, Kamal Adli dan
Tasha Shilla serta dibantu oleh
Dato’ Jalaludin Hassan.
No comments:
Post a Comment