Monday, March 28, 2011

ADAPTASI "KASIH YANG SUCI"… PRA-AMARAN!

Proses adaptasi novel terlaris, KASIH YANG SUCI [KYS] karya Meen Zulaikha, terbitan Alaf 21 Sdn Bhd, masih berjalan sebagaimana jadualnya. Namun, bagi peminat novelnya, mereka sudah tidak sabar menantinya di layar kaca, berkemungkinan Mei ini.
Sebagaimana novel terlaris lain, KYS juga bersifat SELLING DREAMS, ROMANCE, FANTASY & ESCAPISM. Khusus buat perempuan muda [termasuk yang tak berapa muda]. Wanita memang perlukan waktu untuk duduk sendirian [private time] bagi melarikan diri [escape] dari realiti hidup yang lazimnya dipenuhi lelaki sebenar yang ‘KONTRADIK’ dengan gambaran lelaki dalam novel.
Penawaran impian dan pelarian ini cukup berjaya jika dilihat dari segi naratif, jumlah jualan dan obsesi peminat terhadapnya.
Namun, membaca komen peminat yang obses dan fanatik, agak mencemaskan karyawan yang terlibat dalam kerja adaptasi ini. Memandangkan adaptasi ini melibatkan tafsiran dan penyesuaian berdasarkan medium yang berbeza serta pandangan peribadi tenaga produksi terhadap naratifnya.
Selain itu, skrip TV berbeza dengan novel kerana mengambil kira latarbelakang penonton yang pelbagai - dari segi peringkat umur, pendidikan, jantina, pekerjaan, pemikiran dan pengaruh persekitaran.
Justeru, sebagai pra-amaran, pembaca yang telah membeli impian dan khayalan dalam novel ini, sangat digalakkan untuk membuat persediaan mental terlebih awal [sebaiknya mulakan dari sekarang] bagi menonton siri adaptasinya ke televisyen kelak.
Manakala karyawan yang terlibat, boleh lah bersiap-sedia untuk lari ke dalam gua – yang tiada akses internet – sekiranya tidak sanggup menghadapi kutukan peminat yang obses terhadap novel ini.

8 comments:

Faznita said...

hehe..u lari ke gua ke?

Maizura Mohd Ederis said...

Faz, ada cadangan gua mana...?


Satu lagi, apasal blog You ada virus? Tak boleh baca artikel kontroversi tu. Ada sesiapa sabotaj ke, atau kebetulan?

bass's mistress said...

Salam kak Maizura. Terima kasih sudi singgah ke blog saya =) harap pandangan saya tidak buat akak lari ke gua. hehe. kidding. i'm a big fan of yours already after the very 1st episode! i just risau Aaron Aziz yg lari masuk gua lepas baca entry saya (if he really did read it ):P

"Namun, membaca komen peminat yang obses dan fanatik, agak mencemaskan karyawan yang terlibat dalam kerja adaptasi ini. Memandangkan adaptasi ini melibatkan tafsiran dan penyesuaian berdasarkan medium yang berbeza serta pandangan peribadi tenaga produksi terhadap naratifnya."

saya adalah peminat novel2 cinta melayu dan english fictions... saya sangat minat pada novel KYS, boleh dikira tahap obses la jugak. but memandangkan dah banyak tonton drama and movie adaptation, so expectation saya pada Nora Elena untuk ianya sama 100% tak tinggi. it's impossible to make it the same. it's just i think most of us, avid readers of KYS harap personality character Seth and Elena still dikekalkan... but saya rasa penonton pasti faham yang dalam drama ia perlu sesuai dengan keadaan realiti sebenar masyarakat kita. tak boleh la 100% macam dlm novel tu... so akak, don't worry, no need to lari masuk gua coz what you and your team already did is awesome! thanks for making our dream to see Seth and Elena in real life comes true!
-Leanne-

Maizura Mohd Ederis said...

Leanne,

Terima kasih, sudi singgah. InsyaAllah tak lari...he..he...he...

Dalam novel, Seth Tan tak ada kena mengena dengan Shaiful Idham/Eid. Walaupun dia bos, mereka di pejabat berbeza, berjauhan.

Lantas semua "inciting incident " dalam novel tertumpu kepada pertemuan Seth dan Elena. Watak lain? Pasif. Mereka kurang aktif. Ini tidak salah untuk novel atas dasar tumpuan pembaca hanya untuk melihat hero dan heroin bertemu sekerap mungkin.

Bagaimanapun, untuk TV, kita terpaksa aktifkan semua watak. Dan setiap babak mesti ada konflik.Sebab drama adalah konflik.
Untuk itu, kita mesti rapatkan Seth dengan watak-watak lain juga. Bukan semata-mata dengan Nora Elena - hantar dan jemput dengan Merc setiap hari, manakala teman serumah asyik mengintai dari tingkap.

Jadi, kita terpaksa pinda - jadikan hubungan Seth dan Eid ibarat mentor-protegee. Konflik lebih mudah dibina kalau kita sediakan pre-set up ini. Dan pre set up mesti ada "ironi” nya iaitu :

"Seorang lelaki yang sanggup membujang selama 10 tahun, berusaha mencari satu-satunya wanita yang dicintai dalam diam semasa di kampung, tiba-tiba menjumpai wanita itu di bandar, malangnya mendapati wanita itu sudah pun bertunang. Dan tunang wanita itu adalah staffnya sendiri - staff yang paling disayangi dan diharapkan...."

Bila kita ’create’ pre set up yang ada ironi ini, kita mula menyusun inciting incident dan plot point yang baharu - yang berlainan daripada novel - supaya lebih dramatik.

Maizura Mohd Ederis said...

Kesimpulannya,

Novel - Seth Tan menggoda Elena dengan begitu bergaya sekali.

TV- Seth Tan bersalah kepada Elena, mahu tebus kesalahan, tetapi tidak tahu bagaimana hendak membuka 'aib' diri. Dahulu, cintanya kerana nafsu. Sekarang, menyesal, ingin melindungi dan menjaga Elena. Ya, masih cinta tapi cinta yang suci, bukan lagi nafsu. Sayangnya cinta yang tidak boleh meluahkan secara terang, kerana Eid orang harapannya. Seth lebih dilema dalam TV. Ada debate dalam dirinya untuk setiap langkah...”to be..? or not be?” Tanpa “debate”, drama TV jadi mendatar.

”Enjoy both medium." Ini sahaja yang kami harapkan dari pembaca setia KYS.

Teruskan menonton.

bass's mistress said...

about having to make every character as active as possible, i second that!setuju sangat2. drama sangat dekat dengan real life... so in real life, we live with lots of people around us. i love the idea that your version of Seth terpaksa berperang dengan perasaan sendiri bukan hanya utk pikat Nora semula mcm dlm novel... Seth in the novel is very self-centered... but since dia sgt 'menggoda', so we fans can't help it but to fall for his character... :P but in real life, i will tumbuk laju2 lelaki perangai mcm novel's Seth :P

The drama Seth pula, cuba tebus kesilapan lama, pada masa sama cuba utk tak kecewakan org2 yg penting dlm hidup dia.. from the very 1st episode i know Eid is someone he trusted the most. mula2 i rasa skeptical with Aaron bawa watak Seth seperti sangat timid, berhati2 depan Nora Elena.. seems a bit inferior... unlike the overconfident Seth in the novel... tapi lama2 i faham sendiri yg Seth in drama version adalah Seth yg cinta, rasa bersalah, inginkan kemaafan bukan saja daripada Nora Elena, tapi orang sekeliling Nora juga yg pasti terluka bila dia buka pekung di dada, bila dia rampas Nora from his own protege...

i did enjoy both medium right now... the drama is really entertaining. (i love watak Dila dan Malik the most!) masa baca novel, i tak perasan pun watak2 sampingan tu hahaha! :P if not selain kerana request dari seorang teman, i will not write about the drama se-excited ini... since i'm actually not a big fan of malay drama... boleh di bilang dengan jari drama melayu yg i dah tonton habis... and usually i only watch drama melayu yang kawan2 or family suggest je...

i always get excited over adaptation of reading materials sebab i nak tengok sejauh mana cerita tu boleh diolah ke kehidupan sebenar... and jika tidak dapat ambil 100% isi novel tu, i suka nak tengok mcm mana writer tu make the drama/ movie jadi lagi better :)

anyway, thanks for the explanation, i hope more fans will understand the concept of adapting novel to drama :)

and oh, my family and i (kawan2 juga) is big fan of Nur Kasih! tak pernah miss satu episode pon dulu :D but i never bother to get to know the writer of it... last time Mr. Azril told me Malaysian writers are not well known, so i feel a bit of regret and terasa sendiri. sebab as a korean drama addict, my friends and i biasa hunt over certain writer's work before tengok siapa pelakon drama tersebut...

dah jadi budaya k-drama fans untuk kaji segala pihak yg terlibat dalam drama yg kami suka so lain kali kalau ada drama baru mereka, kami tak ketinggalan. biasanya kami dapat maklumat melalui forum2 yang recaps drama2...

recapping drama adalah kerja biasa peminat2 korean drama... atas sebab kekangan bahasa, tak siar dalam tv, hanya ada di internet, sebaik drama ditayangkan, sementara tunggu subtitle inggeris keluar, peminat suka nak baca dulu recaps...peminat k-drama biasanya tak kisah dapat spoiler awal. jika reviewer/ recapper cerita dlm review dan recaps mereka yg drama tu hebat, best, seronok, biasanya peminat akan lebih terpengaruh nak tonton... melalui forum2 tersebut, fans berbincang, luah perasaan dan share maklumat pasal drama kesukaan mereka... sebab tu lah k-drama diminati satu dunia sekarang ni... cara publisiti k-drama tersangat berbeza dengan kat Malaysia ni...

err.. panjang pulak komen i ni :D anyway, good luck for your future work! i will try my best to promote my recent favorite drama ni. :)

bass's mistress said...
This comment has been removed by the author.
Maizura Mohd Ederis said...

Leanne,

Tak apa...saya pun suka komen panjang-panjang dalam blog orang atau blog sendiri..he..he....