Stesyen televisyen untuk pasaran massa
[mass market] yang paling ditontoni kerana '
jenama'nya, membuka sesi lontaran idea [
Idea Pitch atau
disebut juga
pitching] mulai hujung bulan ini hingga awal bulan hadapan.
Ini lah stesyen yang paling banyak menolak idea saya atas alasan "tidak sesuai untuk pasaran massa." Saya akur.
Bagi memenuhi kehendak massa, TV3 menyasarkan
60 peratus penonton wanita dengan menumpukan kepada yang di luar bandar. Maknanya, segmen pasaran yang terdiri daripada
kakak-kakak dan
makcik-makcik di kampung. Sebahagian lagi pasaran ditumpukan kepada
golongan pekerja pinggir bandar, tetapi masih kepada gender perempuan.
[sub-urban working class girl].
Semoga berjaya kepada rakan-rakan penulis dan penerbit yang terbabit dalam sesi ini.
9 comments:
So, kak long tak masuk ke?
Kalau masuk, good luck. :)
Kalau tak masuk, naper?
Rasanya belum ada lagi drama dengan idea facebook. Cinta facebook ka, bisnis facebook ka, or even blog, twitter etc... Why not start one? Cerita sindiket sol-jah pun boleh di dramakan... Audience Makcik2? emmm... tu mungkin problem. TV3 kena bukak matalah. Bukan semua audience luar bandar tak tahu menilai mutu cerita. kan?
1000 kali cubaan diperlukan untuk menyalakan sebiji mentol, kan?
Bukan Sepet,
Saya masuk satu proposal saja sebab sibuk layan kerja yang bertimbun dan bertindihan.
Drama pasal Blog sudah ada, BLOGGER BOY di 8TV yang sukses dari segi rating, berlangsung selama dua musim. Persembahannya cool, selamba, bersahaja, sesuai untuk urban crwod 8TV. Ia bukan typical Malay drama untuk makcik-makcik.
Idea facebook/twitter sudah dilontarkan oleh seorang penulis/pengarah muda yang berbakat. Namanya tak boleh sebut lagi di sini. Sebab saya tak pasti dia dah dapat jual atau tidak idea itu. Katanya, untuk filem. Tapi bila mendengar opening imej dan kenyataan temanya, saya sangat berharap beliau dapat menvisualkan idea itu kepada kita semua, secepat mungkin. Menarik!
Untuk makluman, Media Prima Berhad telah bahagikan segmen pasaran yang berbeza untuk saluran di bawahnya supaya anak-anak syarikat yang SATU BAPA ini tidak bersaing sesama sendiri merebut pasaran :
TV3 - massa dewasa/adult mass market a.k.a. makcik-makcik. Bahasa Melayu sepenuhnya.
NTV7 - golongan profesional, intelektual. Bahasa bercampur Melayu, Inggeris, Cina. Drama Melayu sangat kurang di saluran ini.
8TV - urban crowd, multi-racial, young, hip-hop, trendy.
TV9 - massa muda/young mass market a.k.a. remaja, muda-mudi Melayu, di pinggir bandar atau kampung.
Jadi, penulis skrip harus kenali segmen pasaran sebelum menjual konsep idea masing-masing.
Ralat :
Sasaran TV9 adalah YOUNG MALAY MASS MARKET, bukan YOUNG MASS MARKET.
Ralat 2 :
Sasaran TV3 adalah ADULT MALAY MASS MARKET, bukan ADULT MASS MARKET.
salam,
ini kali pertama saya mahu cuba idea pitch. Bilakah tarikhnya dan bentuk idea pitch ini macam mana ya?
Terima kasih atas perhatian.
Thanks for the reply.
BLOGGER boy! Oh ya. Tapi kalau tanya saya, langsung tak macam cerita blogger pun! Real blogger life, mungkin kena tanya pipiyapong, red mummy or hanis zalikha! (Che det dan raja petra pun boleh.. tapi high profile lah pulak...)
Terima kasih atas penjelasan sasaran penonton mengikut saluran TV. (Saya suka cerita crossing. NTV7 kan? )
Semoga berjaya dengan proposal tunggal!
salam Puan,
saya baru pertama kali mahu menyertai idea pitch ini. Boleh bagi saya gambaran tentang idea pitch ini dan tarikh bila idea pitch ini akan diadakan?
Terima kasih.
Bukan Sepet,
Ya, Blogger Boy tak menggambarkan real life blogger. Tapi dapat sambutan dan ramai yang suka cerita tu.
Yes...Crossing NTV7, nukilan skrip Alfie Palermo, rakan penulis yang agak rapat dengan saya. Link ke blog beliau di ruangan kanan blog ini bawah tajuk Komuniti Filem dan Drama. Skrip terbaru beliau, JUVANA, sedang bersiaran di TV3, setiap Isnin, 9 malam.
Hadi Az dan Anon,
Pitching ini "by invitation" oleh penerbit yang tertentu sahaja, yang ada 'track record' dengan TV3. Sekiranya anda berdua sudah dijemput oleh penerbit, penerbit yang berkenaan akan menerangkannya. Tarikh juga akan dimaklumkan oleh penerbit yang menghubungi anda itu.
salam kak maizura sudar lama tak singgah ke blog ney..waaa makin rancak menulis..dr kisah "Tangisan Bulan Madu" kemudian berkembang ke kisah2 yg lebey serius mengenai penulisan..cabaranya..dalam membentuk industri 'entertaiment' yang lebey berkualiti..kalo akak perasan sy penah gak komen sikit kat beberapa entry akak..hee
agaknya pihak stesen perlu terbuka..dalam memilih cerita/skrip untuk ditygkan..sbb masyarakat kita sudah cerdik..skarang ney..cuba bygkan stesen tyg sebuah drama hasil dr penulis-penulis kreatif..masyarakat tak der pilihan n tgk citer tur..di situ kita lihat kualiti sebuah cerita tersebut..samader impak nyer hebat ataupun tidak..bila disasarkan golongan tertentu..jadi citer x berkembang r..cmner kita nak smpaikan pengajaran kpd semua golongan..dr para akdemik,sastera..dan masyarakat uumum..mm tp nak wat cmner mrk(stesen) takut ngn iklan..jd mrk pun susah berjuang untuk produksi..heee
sekadar pendapat..salam
Post a Comment