Pada
5 Julai lalu, idea yang layak ke saringan kedua
‘pitching TV3’ diberi masa
lima minit sahaja untuk dilontarkan di hadapan kira-kira
50 orang panel yang terdiri daripada bos-bos besar
Media Prima Berhad, bos-bos kecil dan para penaja dari luar. Sesi itu berlangsung di hotel
KL Hilton Sentral.Seperti mana tahun-tahun sebelumnya, saya sentiasa gagal membuatkan TV3 menerima idea yang dibawa oleh saya. Akur.
Apa pun, saya berpegang kepada rezeki di tangan Tuhan. Sebagai contoh, cadangan drama yang diambil inspirasi daripada kisah dalam al-Quran, tentang
nabi Yunus Alaihis Salam, telah tidak dipanggil ke saringan kedua di Hotel Carcosa Seri Negara, tahun lepas. Namun, pada tahun ini, tiba-tiba sahaja saya mendapat panggilan daripada penerbit, mengatakan cadangan itu lulus, tetapi hanya untuk
telefilem sepanjang 90 minit. [Cadangan asal untuk drama bersiri 26 episod x 1 jam siaran = 26 jam] Alhamdulillaaaaahhh…biarpun durasinya pendek, asalkan diterima, syukur....
Semoga berjaya kepada rakan penulis yang terpilih pada 5 Julai lalu…
5 comments:
50 ahli panel dlm masa 5 minit apalah sangat yang dapat dibentangkan? Nampaknya TV3 very selective...tapi masih byk program mereka yg hamprak keluar kat TV.
Saya pernah submit satu sitcom 2 tahun lalu melalui sdra Hafsyam yang amat suka pada konsep itu. Tapi setelah presentation...last approval drp No.1 man di Media Prima. Meskipun Hafsyam ada jumpa Datuk Johan Jaffar, namun kena tunggu final approval dari No.1 Man juga. Hingga kini No.1 Man sudah duduk di kerusi Putra Jaya...proposal itu tersadai gitu aje...!
congrats kak.
Abang Ruslie,
No 1 Man duduk di Putrajaya sementara saja. Dia masih tetap balik ke Media Prima. Pitching di KL Hilton tu dia ada lahhh..
Ada kawan kita pun masuk ikut Chairman, Johan Jaffar, tak lulus juga... hemmmmmm....
There are a lots of well thought out resources here. You most certainly know how to keep a reader amused. Many thanks for your assistance!
buy catia 6
Anon July 9 & Anon Oct 7,
Terima kasih.
Post a Comment