ADAPTASI novel tempatan ke filem masih kurang rancak berbanding novel ke drama televisyen. Biarpun begitu, sejak akhir-akhir ini penerbit filem mula terbuka kepada adaptasi novel, tetapi lebih kepada novel pop. Faktor pasaran tersedia untuknya [
ready-made market] di kalangan pembaca tegar dan nilai komersil novel genre itu telah membuka hati penerbit. Contohnya
Lagenda Budak Setan [Ahadiat Aksyah],
Ombak Rindu [Fauziah Shaari] dan beberapa tajuk lagi yang sedang dalam perancangan.
Bagi novel sastera, kebanyakan penerbit filem masih keberatan untuk melabur lantaran kurangnya nilai komersil yang mungkin mengurangkan jualan tiket di pawagam. Namun, atas dasar tanggungjawab sosial, seseorang atau sekumpulan karyawan atau mana-mana organisasi PERLU menggalas tugas ini, tanpa memikirkan sangat pulangannya dari segi kewangan.
Menyedari amanah dalam mengangkat pemikiran bangsa melalui filem, baru-baru ini, tiga pihak bekerjasama menganjurkan
Pertandingan Menulis Skrip Adaptasi Novel ke Filem. Novel-novel yang terpilih itu merupakan novel sastera terbitan Dewan Bahasa & Pustaka [DBP] :
Sandera, karya Arenawati, Interlok (Abdullah Hussein), Empangan (Zakaria Ali), Pemberontakan (Chian Jong Lai) dan Bedar Sukma Bisu (Faisal Tehrani).
Skrip yang menang akan difilemkan dengan dana daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional [FINAS].
Pertandingan ini anjuran bersama Finas, DBP dan Persatuan Pengarah-Pengarah Filem Malaysia [FDAM]. Tarikh tutup pada 31 Disember 2011 dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat.
Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada :
Urus Setia, Pertandingan Menulis Skrip Adaptasi Novel Ke Filem, Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 25, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460Kuala Lumpur -
A. Wahab Hamzah (03-21482348),
Roslinda Mustapha (03-21482924) atau
Nurul Aina Borhan (03-21482914).
Semoga Berhasil!
3 comments:
dan malangnya sehingga komen ditulis, ada novel novel yang sudah tidak dijual di kedai buku DBP. dan DBP tidak upaya mencetak semula kerana masalah dengan DAWAMA.
Penchinta Ruang Gelap.
pegi tingkat 25 menara DBP. Ada salinan fotokopi buku-buku tsb.
Terima kasih Anuar atas maklumat.
Post a Comment