skip to main |
skip to sidebar
SIBUK BERCERAMAH & TWITTER
Masa untuk menulis di blog ini semakin berkurangan
nampaknya. Lantaran sibuk dengan pelbagai tugas. Sejak awal tahun ini, saya semakin aktif sebagai penceramah dalam bidang
penulisan skrin. Februari lalu mengendalikan bengkel Adapasti Novel ke Filem
dan Televisyen anjuran Grup Buku Karangkraf; menjadi penceramah undangan untuk
Bengkel Pemurnian Skrip Adaptasi Karya Sastera anjuran Dewan Bahasa dan
Pustaka; serta ceramah pendek tentang Penyediaan Proposal Untuk Pogram
Televisyen kepada penulis-penulis baru
yang dikumpulkan melalui Facebook.
Esok, InsyaAllah akan ke Institut
Pendidikan Guru Tuanku Bainun, Pulau Pinang, sebagai ahli panel forum bertajuk
“Filem dan Drama Televisyen : Idealisme melawan Komersialisme”. Saya sedang membuat persediaan untuk ini,
berkemungkinan akan berkongsi tentangnya dalam entri akan datang.
Menyedari medium blog semakin menurun popularitinya, saya
kini berjinak-jinak dengan Twitter.
Sesiapa yang sudi, “follow” lah,
mudah-mudahan laman yang baharu dapat memberikan sesuatu yang bermanafaat.
3 comments:
Untunglah kalo dpt mengahdirkan diri dalam bengkel penulisan tak kiralah untuk novel ke, skrip drama tv ke..
Tieah Madian,
Bengkel Penulisan Skrip anjuran saya akan diadakan pada 7 Oktober 2012, Ahad, di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur, 9pg-5 ptg.
Tieah Madian,
Bengkel Penulisan Skrip anjuran saya akan diadakan pada 7 Oktober 2012, Ahad, di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur, 9pg-5 ptg.
Post a Comment