Suspen tak tajuk ni?
Sebenarnya tak ada apa-apa pun.
Tajuk ini sekadar merujuk kepada watak lakonan Faizal Hussein dalam drama Dahlia yang sudah memasuki episod ke 28 [minggu ke-10] pada malam ini.
Watak Fuad Sidek lakonan beliau, sebelum ini dilihat sebagai pemandu lori. Kemudian, didedahkan bahawa beliau seorang ahli korporat dalam bidang Teknologi Maklumat tetapi sudah bersara dari bidang ini. Bagaimanapun, beliau mengekalkan saham beliau dalam syarikat milik sahabatnya, Halim, lakonan Rashidi Ishak.
Mulai minggu ini, Dahlia mula mengetahui siapa Fuad yang sebenarnya. Penonton juga akan dikejutkan oleh beberapa rahsia peribadi Fuad yang belum diketahui sebelum ini. Manakala watak Razman lakonan Hans Isaac juga akan mengalami "twist" yang mungkin tidak dijangka oleh penonton.
Teruskan setia bersama saluran Astro Mustika HD - 134 yang kini bersiaran selama satu jam, setiap Isnin hingga Rabu, 10 hingga 11 malam.
Monday, June 24, 2013
Saturday, June 22, 2013
ADAPTASI KARYA SASTERA KE FILEM & TV
Bengkel yang bermula pada 27 hingga 29 Jun ini turut menampilkan dua tokoh sebagai tetamu iaitu Sabri Yunus dan Encik Kamarudin Ambak daripada Unit Drama RTM. Kedua tokoh ini diberi satu slot sebagai pembuka dan penutup bengkel ini.
Sabri Yunus merupakan karyawan yang telah mengangkat novel sastera, Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman karya Sasterawan Negara, Dato' Anwar Ridhuan ke telemovie untuk slot Tayangan Hebat, Astro Box Office saluran 952 yang bersiaran di sepanjang Jun ini.
Kamarudin Ambak pula terlibat dalam pelbagai program adaptasi karya sastera ke televisyen yakni saluran TV1, antaranya seperti Sangheeta karya Allahyarham Azizi Haji Abdullah.
Seramai 30 peserta dijangka hadir dalam bengkel selama tiga hari ini, di Hotel Star Point, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Ini merupakan kali ketiga saya diundang sebagai pembimbing skrip oleh pihak DBP. Manakala pentauliahan sebagai 'Munsyi Dewan' diberikan pada April lalu.
Kepada mereka yang terpilih menyertai bengkel ini, jumpa di sana untuk berkongsi ilmu.
Semoga bermanafaat!
Monday, June 17, 2013
Dahlia...Faizal Hussein semakin menyerlah
Drama Dahlia memasuki minggu ke-9 malam ini dengan episod 25 yang banyak menampilkan lokasi di rumah percutian milik Dahlia di tepi pantai. Bermula dari episod ini, watak Fuad Sidek yang dilakonkan oleh pelakon 'otai', Faizal Hussien semakin menyerlah dan berkembang.
Minggu ini menyaksikan kebangkitan Dahlia untuk menyara hidup sendiri sebagai ibu tunggal. Razman pula
memberi kebenaran kepada anak-anak mereka untuk tinggal bersama Dahlia di 'beach house' itu kerana
waktu ini adalah waktu cuti persekolahan yang panjang di hujung tahun.
Dahlia semakin banyak mendapat tawaran kerja sebagai
'freelance' di syarikat perisian komputer.
Lantas sering terserempak dengan Fuad, jiran tepi pantai itu, di sebuah gerai kecil yang berdekatan.
Seterusnya, terjalin perkenalan yang lebih erat antara
mereka - yang sebelum ini sekadar bersua dan bertegur sapa sepintas lalu. Fuad
juga semakin mesra dengan emak dan anak-anak Dahlia.
Jangan lupa malam ini, jam 10 di Astro Mustika HD [Saluran
134]
Labels:
ASTRO,
DAHLIA,
KARYA MAIZURA MOHD EDERIS
Saturday, June 15, 2013
BUAL BICARA FILEM "KIL"
Esok, Ahad, 16 Jun akan diadakan sesi bual bicara filem KIL,
bermula jam 12 tengahari hingga dua petang di Annexe Gallery, Central Market, Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang bertemu dan berdiskusi dengan karyawan filem yang semakin diperkatakan
ini. Antaranya pengarah merangkap penulis skrip, Nik Amir
Nik Mustafa, Rewan Ishak dan pelakonnya, Redza Minhat.
Acara ini merupakan sebahagian daripada Arts for Grabs & 6th
KLAB [KL Alternative Book Fest] yang berlangsung selama dua hari - hari ini dan esok - yang ditaja oleh penerbit buku, FIXI.
Terbuka kepada orang awam. Masuk adalah percuma.
Monday, June 10, 2013
Monday, June 3, 2013
SINOPSIS DRAMA DAHLIA MINGGU KE-7
Diam tak diam, drama bersiri Dahlia sudah masuk minggu ke-7.
Mulai minggu ini, Dahlia mengambil keputusan untuk keluar dari rumah sementara di Kuala Lumpur kerana rumah itu milik Encik Halim. Dahllia enggan difitnah lagi kononnya dia ada hubungan sulit dengan Encik Halim. Ini tentu akan menyukarkan usaha mendapatkan hak penjagaan anak-anak di mahkamah syariah.
Dahlia pergi ke rumah percutian tepi pantai yang dibelinya secara tunai dengan wang simpanan hasil bekerja selama 10 tahun, pada ulangtahun perkahwinanya yang ke-10 bersama Razman, beberapa bulan lalu. Rumah yang kononnya hendak dihadiahkan kepada suami dan anak-anak itu - yang dianggap lambang cinta kasih mereka sekeluarga - kini menjadi tempatnya berteduh.
Tanpa anak-anak, Dahlia membawa diri ke tepi pantai itu bersama emaknya. Rumah itu lah satu-satu 'harta' yang ada padanya. Namun baginya, apa guna harta itu jika anak-anak tiada bersamanya. Atas dasar itu, Dahlia nekad mahu terus berjuang mendapatkan hak penjagaan anak-anak dengan bantuan kawannya, Adilah, seorang peguam syariah.
Pada masa yang sama, Fuad yang tinggal di rumah berdekatan, sering mengambil berat terhadap Dahlia. Fuad bekerja sebagai pemandu lori, tetapi mempunyai banyak masa lapang untuk membantu Dahlia.
Teruskan mengikuti kesudahan kisah ini....

Subscribe to:
Posts (Atom)