Tahun ini masuk tahun kedua pihak TV3 dan TV9 menganjurkan Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL). Seperti tahun lalu, penganjuran kali ini juga menampilkan acara seperti bengkel, filem pendek, uji bakat dan anugerah drama-drama popular di saluran berkenaan sepanjang tahun lalu.
Cinta Pandang Ke-2 (CPK2) terbitan ZK Creative Production Sdn Bhd (ZKCPRO) turut tercalon.
Skrip saya ini, merupakan inspirasi daripada novel bertajuk sama karya Laila Kamilia terbitan Grup Buku Karangkraf (GBK). Penulisannya dibantu oleh Zuli Ismail manakala Laila turut menyumbang sebahagian kecil daripada skrip.
Sekarang, CPK2 sedang diulang siaran di Slot Aurora TV9, setiap Khamis, jam 8.30 hingga 9.30 malam. Sebelum ini, CPK2 turut tercalon dalam lima teratas (TOP 5) kategori drama adaptasi pilihan pembaca Anugerah GBK.
Penyampaian anugerah akan berlangsung pada 15 Mac ini dengan kategori seperti drama pilihan, pelakon lelaki pilihan, pelakon wanita pilihan, pengarah pilihan dan penulis skrip pilihan.
Bagi yang ingin mengundi, sila ke link DFKL 2015 - undi
Sementara itu, beberapa karyawan akan berkongsi pengalaman melalui bengkel lakonan, arahan, animasi dan komedi. Mereka adalah pengarah terkenal, Datuk Yusuf Haslam, Mamat Khalid, Nik Amir Nik Mustafa, Jinggo, Khai Bahar, Nizam Razak, Faizu, Tariq Usamah Zaid, Shiela Rusly, Adi Putra, Remy Ishak, Ebi Yus, Didie Alias, Sharifah Shahira dan NorKhiriah.
Bengkel ini terbuka kepada orang ramai pada 14-15 Mac, dengan yuran RM100 seorang, di Balai Berita, The New Straits Time Press Berhad, Jalan Riong, Bangsar, Kuala Lumpur. (Harga pelajar RM60 seorang)
Bagi filem pendek pula, sila ke link ini untuk Undi Filem Pendek DFKL 2015
Semoga DFKL 2015 berjaya mencungkil bakat-bakat baharu dalam usaha mengembangkan lagi industri drama televisyen dan perfileman tempatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment