Pagi tadi saya selesai membentangkan progres penulisan adaptasi novel Aci Patmabi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Projek ini untuk Bahagian Sastera, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Penulisannya sudah 60% siap dan tarikh penghantaranya pada hujung Oktober ini.
Novel karya Azmi Iskandar Merican ini tentang masalah sosial yang melanda masyarakat Melayu Jawi Peranakan di Pulau Pinang pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Minggu hadapan pula, saya akan memulakan satu lagi projek adapatasi novel bertajuk Kemboja Di Hati yang juga terbitan DBP. Novel ini untuk TV Al-Hijrah, setiap Selasa, jam 10 malam. Drama bersiri ini mengekalkan tajuk yang sama seperti novelnya. Novelisnya, Ramlah Rashid telah menghasilkan 12 buah novel setakat ini.
Drama ini akan menggunakan khidmat Shahrulezad Mohamaden sebagai pengarah dan penerbitnya, Ashraf Muslim. Syarikat produksi milik Ashraf ini, Al-Hidayah Production, telah memenangi drama terbaik Anugerah Skrin 2014 dan banyak lagi kategori melalui drama bertajuk Matahari Terbit Lagi.
Tuesday, August 25, 2015
Wednesday, August 19, 2015
MAHU JADI PENULIS? JANGAN! - BAHAGIAN 3
Kata lah anda meminati gaya penulisan seseorang. Dia menjadi idola kepada anda sejak sekian lama lagi. Anda teruja melihat dia dari jauh. Bagi anda, kejayaan dia cukup manis dan pencapaiannya cukup hebat. Anda terlalu ingin menjadi seperti dia. Seluruh usaha dihabiskan dengan cuba menulis seperti gaya penulisannya.
Hakikatnya, apabila kita mahu menjadi orang lain, di sini lah kegaagalan kita. Justeru, berhenti lah menulis dan cari lah kerja lain yang bersesuaian dengan jiwa anda jika anda mahu menulis seperti orang lain menulis (maksudnya gaya penulisan)
Satu perkara lagi, jika anda tidak terdesak mahu popular, tidak terdesak mahukan wang yang berkepul-kepul di dalam bank, tetapi ada sesuatu yang berkobar-kobar di dalam diri untuk dikeluarkan - malah sehingga tidak boleh tidur malam dibuatnya jika tidak dikeluarkan - sila lah men'jebak' kan diri ke dalam dunia penulisan kreatif.

Dunia ini tidak enak dan tidak selesa. Tetapi entah kenapa ramai juga yang "terjebak" ke dalamnya. Dan hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang tahu kenapa.
Bersambung...
Labels:
NASIB PENULIS SKRIP,
PENULIS,
PENULIS SKRIP
Saturday, August 15, 2015
MAHU JADI PENULIS? JANGAN! - BAHAGIAN 2
Baik lah, kamu jelas dengan impian kamu iaitu mahu menjadi penulis terkenal dan memandu BMW. Tetapi masalahnya, kamu sukar mencari idea-idea untuk penulisan. Lantaran itu, kamu sentiasa bertanya penulis-penulis yang sudah berjaya sampai ke tahap 'itu', bagaimana mereka mendapat idea untuk menulis sedangkan itu sesuatu yang sangat susah buat kamu.
Berikut ialah jawapan saya :
Bagi mereka yang berasa sukar mendapat ilham untuk menulis, baik jangan menulis terus. Kata lah kamu duduk di hadapan komputer sambil merenung skrin selama dua tiga hari sehingga sengal bahu, sakit belakang atau sakit satu badan dibuatnya. Atau merenung kertas kosong dengan pen di tangan selama berjam-jam tanpa mampu menulis satu perkataan pun. Jika kamu gigih berfikir sehingga keluar darah dari kepala sekalipun, kamu sebenarnya bukan seorang penulis. Jadi, lupakan sahaja niat murni untuk men'jebak'kan diri ke dalam bidang ini. Penulisan kreatif ternyata bukan untuk anda.
Seorang penulis tidak akan sedar dan tahu dari mana ilham itu datang. Ilham buat seorang penulis, muncul dengan tiba-tiba dan mengalir seperti air di sungai yang belum tercemar - yang biarpun disekat dengan apa cara sekali pun, ia tetap akan mengalir. Apabila seorang penulis itu duduk di hadapan komputer, dia biasanya tidak sedar dari mana idea itu datang dan bagaimana untuk menitipkannya. Situasinya sama seperti orang memandu kereta. Pemandu kereta yang berpengalaman, tidak sedar yang dia sedang menekan pedal minyak, brek ketika lampu merah, menukar gear, memberi isyarat dan sebagainya. Semua orang boleh memandu sambil memikirkan hal-hal lain, berbual, menikmati lagu di radio, sehingga lah tiba di destinasi dan mematikan enjin.
Sehubungan itu, jangan menulis jika ada rasa hendak mencari dan mencurahkan idea itu merupakan satu kerja yang sangat payah.

Monday, August 10, 2015
MAHU JADI PENULIS? JANGAN! - BAHAGIAN 1
Dunia penulisan kreatif memang menggoda sesetengah orang. Biasanya dianggap sebagai bidang yang 'popular'.
Hakikatnya, dunia penulisan ini tidak lah seindah yang disangka. Terlalu banyak ranjau yang tersembunyi di sepanjang perjalanannya. Banyak yang pahit kalau memilih untuk menjadi penulis kreatif sepenuh masa.
Seseorang tidak boleh menjadi penulis kreatif jika mahukan wang dan nama. Kamu tidak akan berjaya jika ini 'niat'nya. Memandangkan nama dan wang akan datang kemudian, ramai yang tersungkur di tengah jalan. Ramai yang berpatah balik sebelum tiba kepada perkara yang paling kemudian itu.
Jadi, jangan jadi penulis jika mahukan nama dan wang yang berkepuk-kepuk di dalam bank dalam sekelip mata. Ini tidak mungkin berlaku. Atas dasar itu lah saya tidak begitu senang apabila ada orang bertanya, "boleh kah pakai BMW dengan menjadi penulis skrip sepenuh masa?"
Jawapannya, boleh! Tetapi...
Bersambung....

(Nota : Artikel ini pernah tersiar di majalah Era Muslimah - kolum Maizura Menulis)
Labels:
NASIB PENULIS SKRIP,
PENULIS,
PENULIS SKRIP
Subscribe to:
Posts (Atom)