Diam tidak diam, kita sudah tiba di suku terakhir tahun 2015. Kurang dari empat bulan lagi tirai 2015 akan dilabuhkan. Biasanya, September merupakan bulan untuk kita berhenti sejenak dan menilai sejauh mana kita sudah berlari dalam 'tiga suku' (tiga per empat) tahun ini? Apa yang sudah dicapai dan apa yang belum dicapai. Ini lah masanya untuk kita membuat pengubahsuaian sekiranya perlaksanaan tidak seperti yang dirancangkan.
Saya sendiri gagal melaksanakan apa yang dirancang. Tahun ini sepatutnya tahun 'berehat' dan mengurangkan aktiviti penulisan. Pada awalnya ingin menumpukan kepada hal-hal peribadi seperti pelajaran anak-anak, bersantai dengan kawan-kawan, melebihkan Tuhan dan kesihatan. Perancangan ini ke 'laut' akhirnya!
Rehat memang baik. Tetapi bagi mereka yang tidak berapa nak kaya macam saya, kalau berehat lama, bermakna akaun bank juga berehat! Ini pun satu masalah. Atas dasar itu, memasuki suku terakhir 2015 ini, mungkin ada yang terpaksa berlari jika banyak lagi yang belum tercapai. Mungkin ada yang mula memperlahankan langkah setelah sebahagian besar perancangan menjadi kenyataan.
Apa pun, samada berlari atau berjalan, kita sebaiknya berlumba lah dengan diri sendiri, bukan berlumba dengan orang lain. Dan apa pun tujuannya, biar lah untuk mendapatkan pengiktirafan Tuhan, bukan manusia.
Sekian dahulu, salam September!
(Nota : Entri ini mungkin ala-ala kerohanian sedikit di hujungnya kerana penulisnya sedang meningkat tua pada bulan ini!)
Monday, September 7, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment