Alhamdulillah, filem Bisik Pada Langit (BPL) masih bertahan di pawagam pada minggu ke-empat. Sebanyak 50 pawagam masih menayangkannya pada minggu ini, hanya berkurangan 10 buah pawagam daripada minggu lepas. Bermakna, BPL masih kuat dan terus mendapat sambutan dari penonton yang sudah lama tidak menonton kisah keluarga di layar lebar.
Saya ada mendapat makluman tentang jualan tiket pada Ahad lepas. Tetapi belum boleh diumumkan lagi secara rasmi. Apa pun, kutipannya sangat memberangsangkan. Sesuatu yang tidak pernah diduga oleh filem yang pada asalnya dibuat untuk televisyen atau istilah yang tepat, Film Made for Television atau ringkasnya, FTV. Bagaimanapun, pengamal industri tempatan lebih selesa menggelarkannya Super Telemovie atau Super Tele.
BPL ditulis bersama oleh saya dan sahabat saya, Sofia J Rhyland. Idea asal oleh Saniboey Mohd Ismail. Naskah ini diangkat ke layar oleh pengarah tidak asing lagi, Kabir Bhatia. Pelakon-pelakonnya pula terdiri daripada Jalil Hamid, Beto Kusyairy, Umi Nazeera, Naim Daniel, Erwin Dawson, Datin Fadhilah Mansor dan beberapa lagi pelakon tambahan. Penerbitnya Ram Punjabi manajala penerbit eksekutif Dato Khairul Anwar Salleh dan Saniboey Mohd Ismail. Filem ini melibatkan kerjasama tiga syarikat iaitu Astro Shaw, Nusantara Seni Karya dan Filmscape Sdn Bhd.
Skrip filem ini juga telah diadaptasikan ke novel pada tahun lepas oleh novelis Siti Khadijah dan diterbitkan oleh Karya Seni Sdn Bhd.
Jom.... panggung!
Friday, October 13, 2017
Monday, May 15, 2017
KEMBALIKAN SYAWAL KU - MALAM RAYA JAM 9 MALAM (24 JUN 2017)
Nantikan skrip terbaharu saya, sebuah telemovie khas sempena hari raya di Astro Citra (131). Dijangka bersiaran pada malam raya ini, 24 Jun 2017 pada jam 9 malam.
Kembalikan Syawal Ku membariskan bintang-bintang ternama seperti Fauziah Nawi, Fatimah Abu Bakar, Sabri Yunus, Syafie Naswip, Sharifah Amani, Nisdawati dan ramai lagi. Ia sebuah kisah keluarga. Ia tentang perancangan dan harapan dalam kehidupan.
Maklumat lanjut dan gambar-gambar pengambaran di sekitar Batu Gajah, Perak, akan dikemaskinikan di blog ini dari masa ke semasa, ya.
Tungguuuu....

Thursday, May 4, 2017
BENGKEL TULIS PROPOSAL LAH PULAK.... JOM! JOM! 13-14 MEI INI (SABTU - AHAD)
Ya, tarikh bengkel sudah dianjak ke minggu hadapan berikutan pada 6 hingga 7 Mei (hujung minggu ini) masih berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC. Sila abaikan tarikh di poster, ya.
Proposal merupakan 'tool of the trade' bagi penulis skrip. Malahan, satu-satunya rahsia untuk mendapatkan 'job skrip' yang banyak ialah dengan menulis proposal banyak-banyak. Namun, menulis proposal bukan lah semudah menulis karangan SPM. Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk bergelumang dalam dunia penulisan skrip filem dan televisyen, jangan malu-malu, jangan segan-segan untuk mendaftar melalui nombor yang tertera di poster.
Bengkel ini sangat bermanafaat kepada mereka yang baharu hendak bertapak di arena penulisan skrip atau yang sudah lama bertapak tetapi susah mendapat job (proposal tidak diluluskan). Mereka yang sudah lama bertapak termasuk golongan penerbit drama dan penerbit novel juga dialu-alukan datang untuk sesi perkongsian pengalaman ini. Sebarkan juga maklumat ini kepada kawan-kawan, ya.
Hubungi saya melalui Whatsapp (012 314 2227), Facebook/Fan Page (Maizura Mohd Ederis), Twitter ( @Maizura_Ederis) atau Instagram ( maizura_ederis ).
Jumpa di sana!
Friday, March 10, 2017
Sunday, February 26, 2017
KALBU PUN BERZIKIR - MALAM INI DI ASTRO CITRA DAN ASTRO MUSTIKA HD (AHAD, 26 FEBRUARI)
Malam ini, ya... jam 10 malam di Astro Citra (131) dan Mustika HD (134). Sesiapa yang tidak melanggan saluran ini, jangan risau. Tidak lama lagi pasti akan ada siaran ulangan di saluran Prima, Oasis atau Ria, InsyaAllah.
Saya agak terlewat mewar-warkan karya saya kali ini. Mungkin kerana telefilem ini sudah lama dibikin, menyebabkan saya terlupa tentangnya. Kalbu Pun Berzikir ditujukan khas kepada kanak-kanak pengidap kanser yang telah pergi setelah melalui satu perjuangan yang panjang.
Skripnya hasil tulisan saya bersama pengarah, Prem Annad Pillai manakala konsep dan penyelidikan oleh Sofia Rhyland. Karya ini turut dipindahkan ke dalam bentuk novel oleh penerbitan Karya Seni Sdn Bhd. Kandungan novel juga berdasarkan jalan cerita dalam skrip telefilem manakala penulisannya ditukangi oleh novelis yang tidak asing lagi, Lily Haslina Nasir. Kebetulan saya dan Lily adalah kawan lama yang pernah bekerja satu bumbung 20 tahun lalu. Saya di akhbar Berita Harian, Lily di majalah Jelita. Prem pula pernah mengarahkan drama bersiri tulisan saya, Jalan Merdeka yang diterbitkan oleh Filmscape Sdn Bhd.
Ini kisah seorang budak yang gigih melawan penyakit kanser dan memanafaatkan setiap saat dalam hidupnya ke tahap yang maksimum. Anak ini mendapat sokongan penuh daripada ibunya yang hanya seorang penoreh getah miskin dan tidak berpelajaran tinggi. Anak ini juga ditinggalkan oleh ayah yang tidak bertanggungjawab - yang kerjanya keluar masuk pusat serenti. Anak dari Jitra, Kedah, ini akhirnya berjaya memberi inspirasi kepada semua orang di seluruh pelusuk negara kerana membuat keputusan untuk bergembira dengan keluarganya, di saat ajal semakin menghampiri. Impiannya untuk menjadi pelari pecut negara.
Telefilem terbitan Nusantara Seni Karya Sdn Bhd ini dibintangi oleh Fasha Sanda sebagai Norlia (ibu), Zara Sophia sebagai Fatin (anak) dan Pekin Ibrahim sebagai Ghafar (bapa). Jangan lupa malam ini. Semoga ia dapat membantu kita melihat dunia ini dari sisi yang berbeza, InsyaAllah.

Friday, February 10, 2017
SURGA YANG TAK DIRINDUKAN
Dalam kesibukan menulis skrip drama radio untuk Ikim.fm bulan lepas, sempat juga saya memenuhi undangan Astro Shaw ke pratonton filem Surga Yang Tak Dirindukan. Filem ini adalah filem yang paling laris di Indonesia pada tahun 2015. Saluran Astro First pernah menayangkan filem ini pada tahun lepas dan mendapat sambutan. Rentetan itu, Astro Shaw akan membawakan sekuelnya ke pawagam pada minggu hadapan.
Surga Yang Tak Dirindukan 2 akan menemui penonton mulai 16 Februari ini. Bagi yang telah menonton filem pertama, tentu tidak sabar-sabar hendak menontonnya, kan? Apatah lagi sekuel kedua ini diarahkan oleh sutradara tersohor Hanung Bramantyo manakala konfliknya dikatakan semakin meruncing dengan latar di negara Barat.
Saya sebenarnya terlepas pandang akan filem ini lantaran tidak begitu mengikuti perkembangan filem Indonesia dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. Jadi, sebaik membaca sinopsis yang dikirimkan melalui emel undangan, bagi saya, ianya sangat-sangat klise. Kisah seorang suami yang terjebak dalam kancah poligami semata-mata kerana hendak menolong seorang perempuan. Klise! Dan sebaik melihat wajah Fedi Nuril pada poster, terus teringat Ayat-Ayat Cinta (AAC) walaupun saya hanya mengingati nama
nya sebagai Fahri (nama watak) dan bukan sebagai Fedi. Bezanya, Fedi nampak lebih matang kali ini (setelah hampir 10 tahun)
Sangkaan saya tersasar sebaik sahaja menonton babak pembukaannya. Seterusnya saya dibawa menyelami babak demi babak sehingga lah ke kredit penutup. Perkembangan watak dan jalan ceritanya hampir sempurna. Paling dipuji ialah bagaimana penulis skrip dan pengarah menangani isu poligami dengan cermat dan berhemah. Memandangkan poligami masih menjadi subjek yang sensitif kepada wanita Islam di rantau ini walaupun ia dibenarkan oleh agama.
Selepas pratonton, saya diwawancara oleh wakil Astro Shaw tentang isu poligami di dalam filem ini untuk tujuan promosi di media sosial. Komen saya, keputusan hero untuk berpoligami adalah logik berdasarkan perwatakannya dan insiden-insiden yang dibina dengan kemas oleh penulis skrip lalu divisualkan dengan baik juga oleh pengarah, bermula dari babak pertama lagi. Kalau ada kelemahan pun, mungkin dari segi kurang penekanan kepada unsur 'urgency' - watak dipaksa membuat keputusan dengan cepat tanpa ada ruang dan kesempatan untuk berfikir lebih panjang. Mungkin kelemahan ini lebih ditujukan kepada pengarah dari segi keupayaan mem'visual'kan apa yang tertulis di atas skrip.
Filem ini berjaya mengalirkan air mata anak saya yang masih di darjah enam. Pada mulanya saya menyangka dia menangis kerana kasihankan watak budak yang menjadi anak kepada pasangan hero dan heroin. Tetapi tidak. Dia menangis kerana terkesan dengan keseluruhan jalan ceritanya. Padahal filem ini mengungkap hati dan perasaan orang dewasa. Filem ini juga diselar sebagai 'jahat' oleh seorang lelaki kerana berjaya menitiskan air mata jantannya!
Pada dasarnya, filem ini (atau novelnya) seolah meminjam atau 'mencuri' template Ayat-Ayat Cinta tetapi telah berjaya memusing, memulas dan mengubahsuaikannya menjadi satu penceritaan yang berbeza daya tarikannya.
Karya ini juga sarat dengan pengisian agama yang dilontarkan secara langsung dan terang-terangan. Dikhuatiri akan dilihat seperti 'memaksa', terlalu 'direct' (straightfoward) atau religious overtone oleh penonton Malaysia. Rasanya penonton Malaysia lebih menggemari filem agama yang tidak nampak terlalu agama dan penyampaian mesej agama yang tersirat berbanding tersurat. Karya ini juga tidak boleh dianggap sebagai karya dakwah kerana ia tidak patuh syariah. Selain banyak babak bersentuhan dan berpelukan antara pelakon lelaki dan pelakon wanita yang bukan muhrim, pakaian pelakon wanita juga tidak menutup aurat mengikut syariat Islam sebenar. Senang cerita, dakwah tidak menghalalkan cara.
Surga Yang Tak Dirindukan diangkat daripada novel bertajuk sama karya Asma Nadia. Karyawan filem terdiri daripada Kunt Agus sebagai pengarah, Laudia Cynthia Bella sebagai pelakon utama disamping Fedi dan Raline Shah, Kris Dayanti sebagai penyanyi lagu tema serta Hanung sebagai penerbit bersama. Penerbitnya, Manoj Punjabi dari syarikat MD Entertaintment yang juga menghasilkan Ayat-Ayat Cinta, pelbagai filem dan banyak sekali sinetron.
Bagi yang belum menonton sekuel pertama, kalian sangat-sangat digalakkan menontonnya terlebih dahulu di beberapa saluran Astro sebelum ke pawagam pada minggu hadapan. Saksikan di Astro Ria, esok (11 Februari) jam 4.30 petang, Astro Prima dan Maya HD jam 11 malam manakala di Astro Oasis pada hari Isnin (13 Februari) jam 10 malam.
Selamat menonton!
Surga Yang Tak Dirindukan 2 akan menemui penonton mulai 16 Februari ini. Bagi yang telah menonton filem pertama, tentu tidak sabar-sabar hendak menontonnya, kan? Apatah lagi sekuel kedua ini diarahkan oleh sutradara tersohor Hanung Bramantyo manakala konfliknya dikatakan semakin meruncing dengan latar di negara Barat.
Saya sebenarnya terlepas pandang akan filem ini lantaran tidak begitu mengikuti perkembangan filem Indonesia dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. Jadi, sebaik membaca sinopsis yang dikirimkan melalui emel undangan, bagi saya, ianya sangat-sangat klise. Kisah seorang suami yang terjebak dalam kancah poligami semata-mata kerana hendak menolong seorang perempuan. Klise! Dan sebaik melihat wajah Fedi Nuril pada poster, terus teringat Ayat-Ayat Cinta (AAC) walaupun saya hanya mengingati nama
nya sebagai Fahri (nama watak) dan bukan sebagai Fedi. Bezanya, Fedi nampak lebih matang kali ini (setelah hampir 10 tahun)
Sangkaan saya tersasar sebaik sahaja menonton babak pembukaannya. Seterusnya saya dibawa menyelami babak demi babak sehingga lah ke kredit penutup. Perkembangan watak dan jalan ceritanya hampir sempurna. Paling dipuji ialah bagaimana penulis skrip dan pengarah menangani isu poligami dengan cermat dan berhemah. Memandangkan poligami masih menjadi subjek yang sensitif kepada wanita Islam di rantau ini walaupun ia dibenarkan oleh agama.
Selepas pratonton, saya diwawancara oleh wakil Astro Shaw tentang isu poligami di dalam filem ini untuk tujuan promosi di media sosial. Komen saya, keputusan hero untuk berpoligami adalah logik berdasarkan perwatakannya dan insiden-insiden yang dibina dengan kemas oleh penulis skrip lalu divisualkan dengan baik juga oleh pengarah, bermula dari babak pertama lagi. Kalau ada kelemahan pun, mungkin dari segi kurang penekanan kepada unsur 'urgency' - watak dipaksa membuat keputusan dengan cepat tanpa ada ruang dan kesempatan untuk berfikir lebih panjang. Mungkin kelemahan ini lebih ditujukan kepada pengarah dari segi keupayaan mem'visual'kan apa yang tertulis di atas skrip.
Filem ini berjaya mengalirkan air mata anak saya yang masih di darjah enam. Pada mulanya saya menyangka dia menangis kerana kasihankan watak budak yang menjadi anak kepada pasangan hero dan heroin. Tetapi tidak. Dia menangis kerana terkesan dengan keseluruhan jalan ceritanya. Padahal filem ini mengungkap hati dan perasaan orang dewasa. Filem ini juga diselar sebagai 'jahat' oleh seorang lelaki kerana berjaya menitiskan air mata jantannya!
Pada dasarnya, filem ini (atau novelnya) seolah meminjam atau 'mencuri' template Ayat-Ayat Cinta tetapi telah berjaya memusing, memulas dan mengubahsuaikannya menjadi satu penceritaan yang berbeza daya tarikannya.
Karya ini juga sarat dengan pengisian agama yang dilontarkan secara langsung dan terang-terangan. Dikhuatiri akan dilihat seperti 'memaksa', terlalu 'direct' (straightfoward) atau religious overtone oleh penonton Malaysia. Rasanya penonton Malaysia lebih menggemari filem agama yang tidak nampak terlalu agama dan penyampaian mesej agama yang tersirat berbanding tersurat. Karya ini juga tidak boleh dianggap sebagai karya dakwah kerana ia tidak patuh syariah. Selain banyak babak bersentuhan dan berpelukan antara pelakon lelaki dan pelakon wanita yang bukan muhrim, pakaian pelakon wanita juga tidak menutup aurat mengikut syariat Islam sebenar. Senang cerita, dakwah tidak menghalalkan cara.
Kulit depan novel |
Bagi yang belum menonton sekuel pertama, kalian sangat-sangat digalakkan menontonnya terlebih dahulu di beberapa saluran Astro sebelum ke pawagam pada minggu hadapan. Saksikan di Astro Ria, esok (11 Februari) jam 4.30 petang, Astro Prima dan Maya HD jam 11 malam manakala di Astro Oasis pada hari Isnin (13 Februari) jam 10 malam.
Selamat menonton!
Sunday, January 22, 2017
ISTIRAHATLAH KATA-KATA
Sudah enam bulan saya tidak aktif 'bertuwit' (twitter). Hanya beberapa hari lepas saya terpanggil untuk kembali menjengah ke laman sosial itu. Lantas mendapati pengarah-pengarah filem berwibawa Indonesia beriya-iya mempromosi sebuah filem baharu yang sedang ditayangkan di pawagam negara mereka pada bulan ini.
Istirahatlah Kata-Kata. Ini judulnya. Lantaran yang mempromosi itu semuanya karyawan hebat seperti Garin Nugroho, Joko Anwar, Riri Reza, Hanung Bramantyo, Salman Aristo dan ramai lagi, saya jadi hairan pula, filem karya siapakah ini? Sehingga nama-nama besar itu menghebahkannya di laman twitter masing-masing?
Setelah menghubungi 'pakcik google', baharu lah saya tahu, filem ini bukan sebarang filem. Ia berdasarkan kisah seorang penyair yang juga aktivis hak asasi manusia, Wiji Thukul. Tokoh berbangsa Indonesia ini pernah terlibat di dalam perjuangan menentang penindasan rejim oder baru Presiden Suharto pada tahun 1998 melalui puisi dan demonstrasi. Wiji kemudiannya 'hilang' dan tidak ditemui sehingga ke hari ini. Beliau dipercayai diculik oleh tentera pemerintah tanpa diketahui samada masih hidup atau sudah meninggal dunia.
Istirahatlah Kata-Kata diarahkan oleh penggiat filem muda Indonesia, Yosep Anggi Noen, 33, yang berkelulusan Komunikasi dari Universitas Gajah Mada. Beliau memulakan kerjaya dengan menghasilkan filem-filem pendek yang layak ke festival antarabangsa. Beliau juga pernah mengarahkan filem cereka dengan dana daripada Asian Cinema Fund.
Pada saya yang belum menonton ini, selain subject matter yang kuat, filem ini juga dianggap sebagai berjaya menarik perhatian para karyawan filem Indonesia untuk meraikan filem baik yang diterbitkan di tanahair mereka.
Persoalannya, akan adakah karyawan di tanahair kita nanti yang 'bisa' menghasilkan filem seperti ini?
Istirahatlah Kata-Kata. Ini judulnya. Lantaran yang mempromosi itu semuanya karyawan hebat seperti Garin Nugroho, Joko Anwar, Riri Reza, Hanung Bramantyo, Salman Aristo dan ramai lagi, saya jadi hairan pula, filem karya siapakah ini? Sehingga nama-nama besar itu menghebahkannya di laman twitter masing-masing?
Poster rasmi filem |
Mas Anggi ketika meraih anugerah filem pendek di Jepun. |
Pada saya yang belum menonton ini, selain subject matter yang kuat, filem ini juga dianggap sebagai berjaya menarik perhatian para karyawan filem Indonesia untuk meraikan filem baik yang diterbitkan di tanahair mereka.
Persoalannya, akan adakah karyawan di tanahair kita nanti yang 'bisa' menghasilkan filem seperti ini?
Subscribe to:
Posts (Atom)