Perhatikan "opening scene" dalam skrip final draft di bawah. Pembukaan ini tidak menyamai novel dan skrin TV. Ini bermakna pembukaan dalam novel adalah berlainan dengan pembukaan dalam skrip manakala pembukaan di kaca TV juga berlainan daripada skrip. Ini bermakna novel, skrip dan kaca TV masing-masing mempunyai babak pembukaan yang berlainan.
A. Pembukaan dalam novel :
Hujan malam tadi bersambung hingga ke pagi. Tapi turunnya tidak selebat semalam. Rintik-rintik menitik perlahan menyirami bumi ciptaan Tuhan. Airnya jatuh mengenai pohon-pohon kayu, dedaun, bunga-bungaan, atap-atap zink dan semua objek yang terdedah.
Amira menongkat dagu di tepi jendela. Pandangannya terarah ke jalan raya di hadapan rumah. Sekali-sekala dia memandang pula ke langit kelam yang mungkin tidak menjanjikan cuaca terang. Panjang saja lehernya terjengul ke depan, apabila sesekali terdengar bunyi motosikal. Posmenkah? Soalnya sendiri. Datang lah posmen, datang lah, pintanya berkali-kai dan berhari-hari. Dia tidak pernah jemu menunggu. Mudah-mudahan posmen datang membawakan khabar gembira. Surat tawaran kerja atau sekurang-kurangnya surat panggilan temuduga.
Begitu lah tabiatnya sejak empat bulan kebelakangan ini, sejak dia pulang ke kampung selepas tamat pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia.Sudah banyak borang permohonan kerja yang dihantar. Wangnya juga telah banyak terhambur membeli setem, sampul surat dan tambang pergi balik naik bas. Penat pula usahlah dikira. Ke pejabat buruh telah dia jejak, ke Jabatan Pendidikan Negeri telah dia pergi mendaftar kalau-kalau mereka berkehendakkan guru sementara. Pendek kata memang dia berusaha untuk mendapatkan kerja.
B. Pembukaan di dalam skrip :
TANGISAN BULAN MADU : EPISOD 1
1. EXT./KAWASAN PERKUBURAN/SIANG
CASTING : EXTRA
Estabslished kawasan perkuburan. Hujan renyai-renyai. Kereta mewah berderet. Orang berpayung menuju ke pusara. Sekujur mayat ada dalam liang lahad. Dari dalam liang lahad, tunjukkan orang di atas campak tanah ke arah kamera.
VO Bogatt
Jangan! Jangan!!!
CUT TO :
2.INT/BILIK BOGATT/AWAL PAGI
CASTING : BOGATT
Bogatt terjaga, muka berpeluh. Babak tadi adalah mimpi. Pandang jam. Pukul 5.45 pagi.
CUT TO :
3. INT./RUMAH AMIRA-BILIK/PAGI
CASTING : AMIRA & MAK BEDAH
VO azan subuh. Camera close on rumah Amira, sederhana besar, tepi pantai.
INTERCUT
3A. Dalam bilik, Amira buka telekung.
VO MAK BEDAH
Mira! Kejutkan adik-adik kamu bangun!!Dah pukul berapa ni...
Amira cepat-cepat lipat telekung.
CUT TO :
4. INT./RUMAH AMIRA-DAPUR/PAGI
CASTING : AMIRA, MAK BEDAH, SANI (10 tahun), UMAIRAH (14 tahun).
Di dapur, Mak Bedah packing kuih-muih dalam bekas. Amira BERBAJU KURUNG. Sani BERBAJU SEKOLAH RENDAH dan Umairah BERBAJU SEKOLAH MENENGAH.
MAK BEDAH
(SINIS) Sekolah tinggi-tinggi , sudahnya jadi jurujual.
AMIRA
Alhamdullilah mak. Lebih baik daripada tak kerja langsung.
MAK BEDAH
Itu kata kamu, kamu tak dengar orang-orang kampung mengata tentang kamu jadi jurujual. Malu, mak!
AMIRA
Biar saja mak. Mira bersyukur dengan apa yang Allah beri.
Lagipun mak...kerja ni sementara saja. Dapat kerja yang lebih baik, Mira berhentilah.
MAK BEDAH
Anak Makcik Leha, keluar universiti, terus dapat kerja gaji ribu-ribu.
AMIRA
Itu rezeki dia. Kebetulan jurusan yang dia ambik tu laku.
M
AK BEDAH
(SINDIR/KERAS) Hem, ekonomi meleset, jurusan ekonomi kamu pun meleset sama!
AMIRA
(CIUM TANGAN)Pergi dulu ya mak.
MAK BEDAH
Nah, ini bagi pada bos kamu Mira.
CUT TO :
5. EXT./MONTAGE/PAGI
CASTING : AMIRA
OPENING CREDIT TITLE & MONTAGE
5A. Bot penumpang hampiri jeti. Amira keluar dari bot, naik ke jeti. Muka RESAH, tengok jam.
5
B. Amira di RESTOREN, hantar KUIH.
5c. Amira berlari anak ke BUTIK MARINA.
CUT TO :
No comments:
Post a Comment