Thursday, January 29, 2009

PRA-AMARAN....INI BUKAN DRAMA DAKWAH!

Sekarang saya sedang menulis skrip baru untuk TV3. Tajuknya, biar lah rahsia dahulu. Dan peranan saya hanya lah membantu seorang penulis skrip tersohor. Tidak banyak yang boleh saya katakan tentang ‘job’ ini. Sekadar mengingatkan bahawa ia bukan drama dakwah. Sekalipun, watak perempuannya bertudung manakala lelakinya lulusan agama Universiti al-Azhar, Mesir. Ia tentang cinta dan kekeluargaan. Satu tema biasa untuk drama Melayu di TV kita. Sesetengah orang mungkin ‘mual’ disogokkan oleh tema yang cliché seperti ini. Tetapi sebahagian besar penonton tidak mual. Majoriti besar ini lah yang disebut sebagai ‘pasaran’ (market) untuk industri televisyen tempatan. Nanti, jangan pula ada yang mengomen, bahawa dakwah dalam drama ini “tidak sampai” atau apa-apa komen yang sewaktu dengannya. Jangan lah kerana ada watak utama bertudung atau ada ijazah agama, kita mengecop ia sebuah drama dakwah. Kenapa kita sering menganggap begini? Sedangkan dalam kehidupan sebenar, ramai perempuan bertudung tidak berdakwah walau satu ayat. Sementara lulusan al-Azhar, pun bukan semuanya ustaz. Ini satu realiti.

4 comments:

KurangBaik said...

Salam Kak Samsiah. Pendapat saya, walaupun orang2 yang bertudung itu tidak berdakwah secara lisan, tetapi mereka berdakwah secara perbuatan...membawa syiar agama kemana sahaja mereka pergi. Namun begitu, ada juga golongan2 bertudung yang menyebarkan kekeliruan tentang agama. Bertudung, tapi berpakainan ketat, kain terbelah, baju berlengan pendek atau pun tudung dan pakaian berkain nipis. Sekian

Maizura Mohd Ederis said...

Salam Adeep.

Tks ats komen anda. Tp ada sedikit pembetulan, ya. Sy bukan Samsiah, ttp Maizura Mohd Ederis, penulis skrip siri TV TBM. Samsiah Mohd Nor adalah pengarang novel TBM.

Sy setuju dgn pandangan tntg wanita bertudung di Malaysia. Berdasarkan pengamatan sy, , tudung sudah diterima sbg fesyen atau dress code perempuan Melayu. Ramai bertudung atas dasar adat dan kelaziman sbg perempuan Melayu, bkn ats dasar agama. Jadi, timbul lah kain ketat, terbelah, lengan pendek, etc.

azlinah said...

pendapat saya..tidak perlu ada pra -amaran dll tentang drama ini drama dakwah atau pun bukan.

seolah2 menjadi taboo atau alergetik jika memegang/dapat title drama dakwah..

orang tahu menilai kebaikan dan keburukan sesebuah drama.

satu bonus jika org iktiraf drama ini drama dakwah..

{Hanya disisi Allah sebaik2 pembalasan & pengiktirafan}

TERUSKAN berkarya.

Maizura Mohd Ederis said...

Salam Azlinah,

Terima kasih atas maklumbalas dan sokongan anda.

Drama dakwah mempunyai kriteria yang ditetapkan dan harus dipatuhi.

NK dibuat dengan tidak mematuhi kriteria dakwah yang sebenar dari perspektif Islam. Dan ia dibuat bukan dengan niat untuk berdakwah, tetapi untuk menghiburkan penonton semata-mata.

Justeru, dalam masyarakat Islam zaman sekarang yang sangat-sangat mementingkan 'label', saya rasa perlu untuk meletak label buat NK iaitu "BUKAN DRAMA DAKWAH".

Bagaimanapun, penonton bebas meletak label masing-masing berdasarkan pengetahuan, pemikiran dan persepsi mereka tentang agama dan paparan dalam NK.

Sesetengah pihak telah melabelkan NK sebagai dakwah 'Islam Liberal'. Manakala sesetengah pihak menggelarnya sebagai karya pengkarya yang 'jahil'. Sesetengah mengiktirafnya sebagai drama dakwah Islamiah. Sesetengahnya mengiktirafnya sebagai drama berunsur Islami.

Di pihak pengarah, beliau berkata di dalam sidang akhbar bahawa NK adalah drama cinta dan keluarga yang berlatarkan Islam. "Menggunakan Islam sebagai latar dalam karya" adalah sesuatu yang berbeza dengan "menyebarkan dakwah Islamiah melalui karya". Tetapi ada juga wartawan yang telah menulis kenyataan berbunyi "sentuhan Islamik". Wartawan yang hadir ke sidang akhbar itu berhak menulis pendapatnya yang tersendiri.

Jadi, terpulang kepada semua pihak untuk memberi label masing-masing terhadap NK.