Monday, June 22, 2009

KETANDUSAN PENULIS SKRIP...PART 2

Tidak sangka, selepas seminggu, kenyataan Presiden SWAM masih lagi meninggalkan kesan panas di kalangan beberapa penulis skrip, terutama penulis skrip bebas yang tidak menyertai SWAM. Apatah lagi apabila Pengarah/Penulis Skrip tersohor yang mengharumkan nama negara, Yasmin Ahmad turut memberi reaksi (komen) dalam blog Mohd Fairuz Padoli, yang memetik entri saya sebelum ini. Sebenarnya, saya terasa juga apabila ada orang membangkitkan isu format yang tidak betul. Terus terang, saya tidak pernah mengikut format penulisan skrip yang betul. Tetapi saya malu hendak memberitahu tentang ini secara terbuka. Hanya setelah membaca pendapat Kak Yasmin, baru lah saya berani menghebahkan kepada umum, bahawa saya tidak berpandukan format yang tepat. Di peringkat awal dahulu, saya pernah bertanya pelakon terkenal, Sidi Oraza (kini sudah bersara dari dunia filem dan drama) tentang format yang betul. Ini jawapannya :
Awak tulis macam mana pun, betul…”
Lokasi perbualan kami ialah di KRU Motion Pictures (KMP) yang waktu itu baru berusia setahun jagung...baru hendak bertatih dan berjalan jatuh. Saya merupakan antara penulis awal yang menawarkan skrip kepada KMP dengan format yang tunggang langgang. Saya sekadar berpandukan buku orang putih bertajuk :
"The Complete Idiot's Guide to Creative Writing
yang saya beli menggunakan kad kredit kerana poket benar-benar kering. Akibat tiada kerja tetap semasa Krisis Kewangan Asia 1997-2000. Dalam kesempitan wang, saya menulis. Waktu itu, ramai yang menyuruh saya menyertai SWAM. Tetapi yuran RM150 itu, lebih baik saya gunakan untuk belanja keperluan rumahtangga, membantu meringankan beban suami. Manakala buku 'idiot' itu cuma RM37.10. Lalu skrip itu tersiar di NTV7 pada hari Raya Pertama, jam 2.00 petang. Harga skrip sangat rendah kerana KMP juga bermasalah kewangan waktu itu.
Sekarang KMP sudah besar dan gah dengan Cicak Man dan studio sendiri. Saya juga tidak perlu lagi menggunakan kad kredit.
Jadi, kesempitan wang membuatkan saya menangguhkan hasrat menyertai SWAM. Tangguh punya tangguh, itu lah puncanya saya tidak menyertai SWAM sampai sekarang.
Baca reaksi Fairuz dan Kak Yasmin dalam blog http://jangantegur.com/2009/06/swam-apa-tu/#comments/
Yang lebih jitu masuk ke dalam hati, ialah tulisan yang benar-benar datang dari hati. Maka hati pula lah yang akan menerimanya. Ada pun tulisan yang hanya dari hujung jari,perginya ke pelupuk mata si pembaca untuk menidurkannya” - Hamka dalam buku “FALSAFAH HIDUP”.

6 comments:

Lyn said...

Betul tu Kak Mai, kalau tulis ikut format yang 'betul' tapi cerita macam sampah pun nak buat apa kan? Saya suka sikap rendah diri Kak Mai, walau apa sekalipun, penulisan yang datang dari hati lagi mendalam maksudnya :)

Maizura Mohd Ederis said...

Miss Brat,

Masa mula-mula Fairuz (Jangan Tegur) hantar skrip via e-mel, saya tak boleh bukak sbb tak ada software Final Draft. Terus telefon dia suruh convert ke Microsoft Word, lepas tu e-mel balik.

Apa-apa pun format dan software adalah sebahagian daripada "tool of the trade". Bagus kalau kita buat format yang betul, apatah lagi ada software...( tak kisah lah kalau pirate pun...ha..ha...)

Lyn said...

Pirate pun pirate lah kak mai hehe..nowadays pakai celtx..celtx pun bagus jugak :)

Bukan Sepet said...

Ha,

Ni komen orang yang bukan penulis skrip. Orang yang bukan dalam bidang seni. Orang 'kosong' takder aper aper hanya mata dan hati dalam melihat dan menghayati.

My 1st response was: "Go to hell."

Cerita adalah cerita. Skrip adalah pernyataan cerita. sebahagian pengisian cerita.

Soalan saya:
"Siapa nak tengok cerita?"

Jawapannya: Saya. (Betul tak?)

Jadi SWAM ke, swim ke, swimming sekali pun, saya peduli apa.
Saya nak lihat cerita yang berkesan di hati saya. dekat di hati saya. lekat di memori saya.

Yang di perbincangkan adalah format, harga, business killing factor... In a way (pada saya yg bengong ni lah...) they are right. Harga rendah, kill the business. Non conforming format or standard memang an issue by itself.

Tapi idea and creativity, x perlu terbatas pada format. Kalaulah dgn format tu akhirnya menyekat idea anda... then "Go to hell lah!"

Saya suka relate hal ini pada teknologi IT. Ada ke sapa sapa set format utk blog? set format utk website? At 1 time semua mainnn tabuurr aja... lama lama kelamaan yg main tabur inilah akhirnya menjadi format... dgn sendirinya.

Siapa pulak yg set kena ada 1 format? Apa salahnya kalau ada 2, 3, 20?

Pendek kata (panjang tak kata) Just keep on writing.. dari hati bak kat kak long ku sayang...

Dari hati...

x.x.x said...

saya berminat sangat untuk hantar dan wat penulisan skrip, masalahnya. saya tak tahu kemana saya nk hantar setiap hasil saya boleh tolong tak??

Maizura Mohd Ederis said...

x.x.x.,

boleh hubungi saya di e-mail :

comm_21@yahoo.com