Beberapa tahun dahulu saya ada menulis senaskah skrip yang dianggap sebagai ‘mala petaka’. Ia tentang
sekumpulan ahli arkeologi yang menemui ‘mumia’ seorang puteri kerajaan purba – sebuah kerajaan yang sudah lenyap 1,000 tahun lalu dari rantau nusantara ini (The lost civillazation).
Lokasi utamanya di
Kampung Batu Puteh, Kinabatangan, Sabah. Di situ memang terdapat kubur purba di dalam gua. Dan menjadi tumpuan para pengkaji purba. Lokasi lain di
England iaitu tempat heroin dan si jahat (antagonis) menuntut ilmu arkeologi di sebuah unversiti. Ia juga lokasi untuk watak jahat - seorang pencuri artifek - menjual pelbagai khazanah berharga warisan negara di pasaran gelap.
Kurator Muzium Negara, Encik Yusuf yang merupakan anak jati Kampung Batu Puteh sendiri, sudi menjadi pakar rujuk untuk drama ini. Manakala konsepnya hasil idea seorang rakan wartawan, Azman Mohd Nawi.
Namun, semuanya ‘hampeh’ apabila ‘budget’ yang dikeluarkan oleh produksi itu tersangat kecil. Di tambah pula dengan masalah seperti penyelewengan wang pengambaran, kekurangan ilmu pengetahuan, pengalaman,kemahiran serta bakat , kelemahan pengurusan, ketiadaan budaya
‘research’ dan sikap sambil lewa, mahu
enjoy serta mengambil kesempatan ketika bekerja.
Drama ini siap dalam tempoh 18 bulan iaitu menyamai tempoh pengambaran filem Lord of The Ring. Ia membabitkan beberapa kali rombakan skrip, pertukaran lokasi, pelakon (cast) dan tenaga kerja (kru). Tidak terkecuali 'drama dalam drama' seperti pergaduhan sesama kru-cast-penerbit, missing in action, laporan polis dan sebagainya.
Memandangkan kualitinya teramat buruk, RTM menayangkannya pada pukul 12.00 tengah malam!
7 comments:
Salaam maizura,
blog anda di-hilite kat sini: ajamihashim
:-)
tks ajami!
X plain ckit.
http://www.scribd.com/doc/20226334/Nur-Kasih-Full-Version-by-OhArtis-Dot-Com
Bkn Sepet,
NK full version...hemmm... no comment....no comment... (nada ala-ala Siti Nur Haliza...he..he...)
Kak Mai,
Anggaplah sebagai cooooooooobaaan. Bilalah agaknya fenomena "drama dalam drama" dalam masyarakat kita akan berkurangan.
alahaiii..
jam 12tengahmalam tu tetiap ari apa ek?? takde plak abg man r0ger2 uhuuhuu...
kak
citer renjis takde sambongan kah?
Terima kasih, Rozais.
Nina, drama tu dah tayang tahun 2003 dulu..masa tu awak tak kenal Azman lagi agaknya.
Renjis pulak bos (penerbit) dah berhentikan show tu sebab kos tinggi ...hu.hu..sedihnya....
Post a Comment