Monday, October 19, 2009

NASIB PENULIS SKRIP

Semalam, seorang penulis skrip menelefon saya untuk mengucapkan tahniah ke atas Nur Kasih. Pada pendapatnya, Nur Kasih agak sempurna dari segala segi. Beliau lebih banyak memuji Kabir Bhatia dan Mira Mustaffa yang merupakan tonggak kekuatan drama ini. Saya mengucapkan tahniah kembali kepada beliau di atas kejayaan dua telemovie beliau yang mendapat pencalonan di Anugerah Skrin 2009.
Seterusnya, kami berbual tentang beberapa skrip kami yang pernah tersiar di televisyen. Lebih banyak berbincang tentang skrip-skrip yang hancur akibat pembikinannya yang tidak seberapa. Ada yang hancur kerana persembahan pengarah atau penyampaian pelakonnya yang tidak tepat seperti yang dikehendaki oleh skrip.
Banyak yang dibualkan. Terutama hal-hal yang 'tidak seronok' (down side) menjadi penulis skrip. Turut disentuh ialah kelemahan sebuah persatuan dalam menjaga kebajikan penulis skrip.
Sebelum beliau, seorang lagi rakan penulis skrip ada memberitahu melalui telefon bahawa dia menangis menonton dramanya pada bulan Ramadan lalu.
"Bukan menangis sebab ceritanya sedih, kak. Tapi sebab 'the making' (pembikinan) yang teruk."
Mujur seorang blogger pengkritik filem telah menonton drama itu lalu membuat ulasan melalui blognya bahawa skrip berkenaan bagus. Apa yang tidak bagus adalah beberapa aspek pembikinannya. Penulis skrip itu kemudiannya menerangkan punca-punca kelemahan itu melalui blognya. Mujur ada blog, boleh lah dia meluahkan perasaan kecewa...
Sementara itu, saya pernah tidak berpuas hati dengan cara seorang pengarah mempersembahkan skrip saya ke kaca TV. Selepas ia tersiar, saya terus menghantar SMS kepada penerbit eksekutif (EP) untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap beberapa kelemahannya. EP itu tidak menjawab. Hanya selepas bertemu muka, baru lah dia berkata bahawa dia terlampau kecewa dengan persembahan (presentation) pengarah dan penyampaian (delivery) pelakon yang telah merosakkan skrip itu. Hinggakan jarinya tidak terdaya hendak membalas SMS. Setelah berbincang secara berhadapan, kami sependapat bahawa drama itu pasti kelihatan bagus sekiranya pengarah bijak mempersembahkannya. Manakala pelakon tidak pandai-pandai sendiri mentafsirkan perwatakan yang dibawanya - yang jauh lari daripada skrip. Ini tidak termasuk keghairahannya untuk menuturkan dialog sendiri (adlip) yang tentunya tidak tepat dengan perwatakannya mahupun jalan cerita.
Berbalik kepada penulis skrip yang pertama tadi, sebelum menamatkan perbualan, dia sempat membuat rumusan seperti berikut :
"Jika sesebuah drama itu hancur, orang akan mengutuk penulis skrip tanpa meneliti aspek manakah yang menghancurkannya. Tetapi jika drama itu berjaya, tiada siapa pun yang akan menghargai penulis skrip."
Saya terus bersetuju dengan rumusannya itu.

11 comments:

Bukan Sepet said...

itu kata penulis skrip.

Apa pula kata audio man? Pemegang lampu? Juru kamera? Tukang cari lokasi? Penyedia pakaian? Bhg suntingan?

Ibarat main bola, bila gol, penjaring di puja. bila kalah, 1 pasukan teruk!

Adat dunia sebenarnya tu.. So, jgn lah sedih. Kita dapat apa yg PERLU kita dapat. Kita tak dapat, apa yang TAK PERLU kita dapat...

Tak gitu?

Ajami Hashim said...

ahahaha! saya seorang optimis!

..sebab tu saya 'ketawa' kat kotak komen dulu puas-puas!

boleh mai?

Maizura Mohd Ederis said...

Ajami, saya pun optimis. Kalau tak dah lama 'angkat kaki' dari industri. Apa-apa pun, ramai yg dah lama dalam industri masih anggap kerja ni satu persinggahan saja (refer blog Raja Mukhlis - DOP). Kalau semua org anggap persinggahan, mcm mana pulak tu? Apa pun, saya tunggu Tunjang Saadah...

Bukan Sepet, adat dunia..betul.

Setuju dgn Zabidi...kalau berjaya pelakon dan pengarah dipuja. Tapi itu bukan alasan untuk berhenti menulis skrip walaupun ada juga penulis yg bagus quit dari industri atas alasan 'berasa diri tak dihargai'. Memang ada...

Hafiz Beckham said...

sebelum ini saya tidak pernah menonton drama atau filem melayu sehingga keluar drama Nur Kasih. tahu melalui buah mulut kawan2 kata cerita ini menarik dan patut ditonton. jadi hari ni saya peminat no. 1 Nur Kasih. 3 faktor penyebab utama saya berminat dgn Nur Kasih sehingga saya tak sabar2 nk tunggu episod 21 nih! 1. jalan cerita lain dari lain, 2. pencahayaan dan gerak gambar yg hebat, dan 3. dialog / skrip yg mantap (tahniah utk penulis2 skrip Nur Kasih - anda telah lakukan kerja yg paling hebat pernah berlaku dlm sejarah drama melayu)

isuzu_aizu said...

Jangan bersedih hati para penulis skrip :) Masih ada orang2 yang menonton dan tertarik dengan sesuatu drama kerana skripnya yang menarik dan mantap. Pengalaman saya dan seorang kawan yang selalu menonton drama melayu secara online selalu saja cepat menangkap skrip yang berkesan, dan jika tertarik dengan skrip drama tertentu, sudah pasti kami akan berkali2 menontonnya sehingga terhafal baris2 skrip tersebut :D Antara drama yang kami minati kerana skripnya adalah cerekarama kalis cinta & nur kasih dll.

Memang diakui, terdapat juga jalan cerita yang menarik, setting yang mantap, pelakon yang hebat, tetapi hancur kerana skrip yang tidak berkesan dan lemah selain daripada terlebih merapu.

kepada yang lain2 pun, spt crew2 yg terlibat di lokasi secara langsung dan tak langsung, mungkin sumbangan anda tidak lah begitu dipuja2, tapi masih ada yang memuji kebijaksanaan kalian dalam melaksanakan tugasan. siapa yang tidak terasa tukang cari lokasi/penyedia lokasi itu kreatif dan bagus apabila menonton drama seperti telemovie SARA, saya sendiri begitu terpegun dengan pemilihan lokasi yang indah dan prop yang berkesan.

Dan buat para penulis skrip, berbuatlah sehabis baik dan bermanfaat untuk para penonton, mungkin ada yang meminati, mungkin ada yang tidak, tapi ingatlah skrip yang berkesan tentu akan menyentuh hati, barangkali boleh mendatangkan keinsafan dan kebaikan di hati2 penonton, besar pahalanya tu, boleh jadi amanah saham di penghujung hari nanti :)

P/s maaf ye kak, panjang pulak saya mengomen, cuma tertarik membaca blog ni melalui link blog sorg kawan :D

Maizura Mohd Ederis said...

terima kasih Hafiz & Isuzu.

Hafiz Beckham said...

sama-sama. =D

Min said...

penulisan buat saya berfikir . sehingga bila perjuangan ini bakal didengari...

mufid said...

memang tidak dapat dinafikan kekadang penulis skrip langsung tidak dipedulikan, kadang-kadang langsung tidak diberikan peluang menterjemah apa isi hatinya dalam berkarya. jadi intepretasi sesuatu situasi watak atau keadaan hanya bergantung kepada pelakon atau pengarah.. terjemahan orang lain mungkin menjadi lebih baik atau keadaan malang menghancurkan (arap-arap jangan!!!). namun inilah industri produksi negara so kadangkala kita mengambil langkah mudah... nak cari makan. buat beriya-iya pun penghasilannya kita hanya mampu berastaghfar. anyway bukan semua masih ada producer atau pengarah yang begitu menghargai karya penulis dan memang cukup bangga kita menjadi seorang penulis. just to be fair to everybody dalam sesuatu produksi janganlah menuding jari ke arah penulis jika sesuatu produksi gagal dan kembang kempis hidung sendirian apabila dipuji
and biasalah penulis skrip tidak ada tanya pun... so memang nasib penulis skrip. macamana pun maizurah kerana cinta kita, sayang kita kepada industri kita terima ajelah. pahit manisnya mematangkan kita agaknya. lagipun kita nak pergi sejauh manapun nak seberang pun payah. cari makan ajelah... anyway tahniah sekali lagi 4 nurkasih... drama yang kembali mengangkat martabat drama melayu.

fadz said...

tapi filem Akulah Jebat tu mmg satu contoh jelas, skripnya sangat baik tetapi "eksekusi"nya lompang. Jgn khuatirlah wahai penulis skrip, penonton dan pengkritik (lagi2 saya, hahaha) boleh mengenalpasti mutiaranya pada dasar yg betul. Aku sedar tu. Maka mmg elok kalau kita "remake" beberapa telefilem yg bagus skripnya ke filem.. hoho..

Maizura Mohd Ederis said...

Fadz,

skrip yg saya maksudkan dlm entri sebelum ini..'konsep gempak bajet ciput' pun ada yg suruh filemkan.

Pelakon dan Kru yang baca cukup suka. Masa sedang pre-production, mrk kata ada peluang menang anugerah...(tapi hampeh akhirnya!) Dan salah seorang pelakon beriya-iya suruh saya filemkan. "you should...you should..." katanya berulang kali yang sayangkan cerita ini. Manakala ada sorang pengarah 'otai' sanggup nak beli skrip ni masa 'team bermasalah' itu tengah shooting. tapi mana boleh jual kat orang lain macam tu saja sbb dah sign kontrak.

Ini lah secebis kisah sebuah konsep dan skrip yang baik, hancur begitu saja.