Friday, January 1, 2010

NASIB PENULIS SKRIP....PART 3

Nampaknya, tahun baru 2010 dibuka dengan luahan hati para penulis skrip. Berpunca dari seorang penulis skrip - yang ada di antara karyanya meletup dan beberapa kali tercalon untuk anugerah - telah menghantar mesej melalui Facebook kepada rakan-rakan penulis lain.
Dia memberi amaran agar berhati-hati dengan seorang penerbit kecil dan baru tetapi ‘besar kepala’. Sang penerbit bukan sahaja menganiaya dan menghina penulis itu. Malah mengugut mahu menyamannya tanpa asas yang kukuh.
Dalam luahan hatinya, nama penerbit itu disebut. Bukan untuk memburukkan tetapi untuk menyelamatkan kawan-kawan daripada turut menjadi mangsa.
Tidak sangka, ramai juga penulis lain memberi reaksi dan sokongan terhadapnya. Sehingga seorang penulis yang dikenali sebagai lantang bersuara, mencadangkan penubuhan sebuah persatuan untuk membela penulis skrip dalam hal yang sebegini.
Tidak sangka, dalam masa singkat, ramai yang ‘setuju’. Siap ada yang angkat dua kaki dan dua tangan supaya jumlah sokongan meningkat. Saya bertanya...
Bukan kah sudah ada beberapa persatuan untuk penulis skrip? Ada yang menjawab, persatuan tidak akan berbuat apa-apa kalau mengadu pun.
Mujur lah mesej itu dikongsi dengan sekelumpuk nama sahaja, bukan sebahagian besar penulis atau secara terbuka. Jika tidak, lagi lah hangat jadinya. Dan kepada bakal penulis skrip di luar sana, maaf sekiranya tulisan ini tidak memberi inspirasi kepada kalian. Apatah lagi jika ia melemahkan atau menakutkan untuk berkarya. Apa pun yang berlaku, hidup mesti diteruskan. Langkah mesti selalu ke hadapan, bukan ke belakang.
Selamat Tahun Baru Masehi 2010!

1 comment:

putra said...

puan,di harap penulis2 skrip kita akan lebih kreatif dlm penghasilan skrip utk drama tempatan..kerana byk sinetron indonesia di siarkan di kaca tv.Sy tak setuju dgn stesen tv skrg yg byk menyiarkan sinetron yg terlalu mengarut jalan ceritanya.