Tuesday, January 5, 2010

NASIB PENULIS SKRIP....PART 4

Perbincangan sihat di kalangan sekelumpuk penulis skrip di satu thread tertutup facebook, rupanya membuahkan sesuatu.
Eizlan Yusof menawarkan diri untuk mengutarakan permasalahan yang dihadapi oleh para penulis kepada pihak berwajib yakni Screen Writers Association of Malaysia (SWAM). Eizlan meminta tempoh seminggu untuk tugas itu atas dasar Presiden SWAM, Ismail Ahmad, seorang yang boleh dibawa berbincang.
Sementara itu, Nor Faznita Md Nor mencadangkan perjumpaan di kalangan penulis skrip dibuat dalam masa terdekat ini.
Saya perhatikan kebanyakan nama di thread itu kurang 'otai'. Bagaimana dengan ‘otai’ seperti Mazelan Manan, Ustaz Zabidi, Cik Li, Martias Ali, Mufid Suhaimi dan lain-lain lagi? Apa pandangan mereka tentang nasib penulis skrip yang kurang mendapat pembelaan di dalam industri? Harapnya, para penulis skrip di luar sana, tidak kira baru atau lama, dapat memberi pandangan samada setuju atau tidak dengan cadangan Eizlan dan Nor Faznita ini. Banyak lagi yang dibincangkan di thread itu. Antaranya :
Adakah perlu penulis skrip mengikut jejak ahli persatuan sutradra Malaysia (FDAM) dan SENIMAN?
Sekadar makluman, baru-baru ini, pengarah tersohor, Mamat Khalid nekad mahu membawa perubahan di dalam FDAM dengan bertanding merebut jawatan presiden. Beliau kalah. Dan berjanji akan bertanding semula dua tahun lagi dengan manifesto yang sama.
Pada masa yang sama, usaha sekelumpuk pengarah menubuhkan persatuan baru tetap diteruskan. Manakala SENIMAN mendapat presiden baru, Harun Salim Bachik yang berjanji akan membawa perubahan pada persatuan itu.Pun begitu, pengambilalihan teraju kepimpinan itu tidak begitu disenangi orang-orang lama.
Akhir kata, sama-sama lah kita nantikan perkembangan terbaru ini samada di SWAM, FDAM atau SENIMAN.

27 comments:

mohad said...

minat menulis ya...

Anonymous said...

Nasib penulis skrip di tanah air kita ni bagaikan melukut di tepi gantang. Swam nampaknya tidak banyak bertindak membelanya. Seniman hanya tumpukan kpd artis2 aje...begitu juga dgn Karyawan.
Di mana artis, di mana pengarah dan di mana produser sekiranya tanpa penulis skrip?
Sedangkan nasib penulis skrip terumbang-ambing...byk skrip kena ciplak dan ganjaran yg tak setimpal.

Anonymous said...

jika bukan ahli persatuan, bagaimana suara anda mahu dibawa oleh persatuan. Walaupun bukan ahli, rajin-rajin lah bertanya pada mereka yang ada dipersatuan tersebut. Setidaknya mereka akan membantu anda, walaupun anda bukan ahli. Bukankah mereka juga manusia yang mempunyai manusiawinya.

Untuk menjadi 'lone wolf' adakah anda telah bersedia dari segi ilmu, kerana karya dan nama anda bergantung pada ilmu-ilmu yang anda miliki untuk menghadapinya. Adalah karya anda telah dapat membuktikan keberadaan anda didalam lapangan yang anda ceburi ini.

Ciplak, ini masalah yang sering 'diwar-warkan' hingga menjadi lazim. Bukankah masalah ini boleh diselesaikan dari diri penulis itu sendiri. Saya yakin, jika karya anda itu sudah 'siap dan lengkap untuk dihidangkan' nescaya tiada masalah ciplak. Tetapi bila sekadar rempas ratus dan bahan-bahan mentah, maka mudahlah diolah untuk menjadi rendang atau kari mengikut citarasa si tukang masak yang mendapat bahan dan rempah tersebut. Adakah hanya dengan sinopsis, kata bual yang banal, action dan re action pelakun, lokasi int-ext, malam atau siang boleh dikatakan sebuah skrip yang lengkap?

Soal gaanjaran, bayaran, harga skrip dari awal lagi sudah dinyatakan dan akad antara sipenulis dan empunya wang. Jika sipenulis tidak bersetuju dengan harga yang ditawarkan, undur diri.

Saya amat memahami masalah
'survival' ini. Kerana saya juga adalah penulis 'sepenuh masa, siang dan malam'. tetapi saya akan berundur diri dan tidak pernah merasa kecil hati jika harga yang ditawarkan itu rendah dari apa yang saya mahukan. Kerana saya yakin, ada producer yang memahaminya. Alhamdulillah, saya berjumpa dan dapat apa yang saya kehendaki, setelah saya keluar untuk mencari.

Menubuhkan persatuan baru tidak menjanjikan masalah akan selesai dan pastinya akan menambahkan masalah yang lain.

ikhlas,

Penchinta Ruang Gelap.

PS-BERSATU TANPA PERSATUAN, BERSEKUTU TANPA PERSEKUTUAN, BERPADU DENGAN PERPADUAN.

Zaini Kosnin said...

Salam... maaf kak mai, tumpang lalu...

Ni apa komen guna Anonymous ni? berani tunjukkan identiti la... baru kita boleh terima pandangan anda tu... Sy langsung x blh terima pandangan org yg bertopeng! Sorry....

Sofia Rhyland said...

1. SWAM memang tidur dan tak berfungsi seperti mana sepatutnya. Bukan taknak jadi ahli, tapi pejabat pun takde, call pun beratus kali tak dijawab dan borang permohonan yang dapat di FINAS masih ada tersimpan elok lagi kat dalam drawer.
2. Ahli persatuan SWAM? Siapa? Awak ke Encik/Cik Anonymous yang juga penulis sepenuh masa? Nama dan identity awak pun kita tak kenal inikan pulak ahli SWAM yang lain..kenapa? sila rujuk pada para 1.
3. Siapa pun awak, mungkin sekarang nasib awak lebih baik sebab mungkin sebab karya awak tak pernah "diciplak" atau "dilacurkan" oleh produser.. syukurlah.. tapi tak perlu merendahkan penulis skrip yang lain dengan ayat-ayat yang sinis. hari ni hari orang..besok-besok entah-entah hari awak pulak..
4. Setakat ni, dalam discussion tertutup kami, perbincangannya adalah mengenai kertas proposal yang dihantar dan dilacurkan oleh producer bukan sahaja dari segi isi kandungan tapi juga beberapa perkara yang lain..belum sampai peringkat penulis skrip pun. faham.. jadi, SIAPA YANG BOLEH BELA NASIB PENULIS SEPERTI KITA BILA PERKARA MACAM NI TERJADI? SEDANGKAN ASAS SEBUAH PROGRAM ADALAH IDEA.. Cuba jawab. Dan saya rasa lebih baik kalau awak pakai identiti sebenar.
4. Kalau sesebuah persatuan tu dah memang tidur, memang saya sokong 10000000% kalau ada persatuan baru yang boleh bela kebajikan penulis skrip dari semua aspek TERUTAMANYA DARI SEGI HAKCIPTA IDEA INTELEK DSB.TAKDE IDEA DARI PENULIS SKRIP, TAKDELAH SKRIP DRAMA, FILEM, MAGAZINE, DOKUMENTARI DAN APA JUGAK PROGRAM YANG MELIBATKAN KATA BUAL, REACTION, INT-LOCATION..BLA..BLA..BLA..

Maizura Mohd Ederis said...

Anonymous nombor 2 a.k.a. pencinta ruang gelap,

Gara-gara komen saudara, berdering-dering telefon saya hari ini, oleh mereka yang tak puas hati terhadap komen saudara. Jadi, baca balik komen itu dan cari ayat mana yang menusuk/menikam jauh ke dalam kalbu mereka yang berkenaan.

Ada yang enggan berdebat di sini dengan alasan, "tak mahu bergaduh dalam blog orang".

Apa pun, terima kasih kerana membuatkan saya terasa seperti Yang Berhormat sepanjang hari ini - melayan aduan mereka yang teraniaya. Alhamdulilllah dapat macam2 cerita yang seakan sama. Semua panggilan telefon itu membuatkan saya terasa tidak keseorangan di dalam industri ini dan insyaAllah satu pertemuan antara para penulis sedang diusahakan.

Dan ramai yang mahu tahu identiti saudara, track record saudara dlm industri, apa hubungan saudara dgn presiden SWAM, etc.

Mohon supaya semua orang berbincang menggunakan identiti sebenar, lebih elok.

Dan saya lebih suka penulis skrip berbincang secara sihat di ruang ini, bukan melalui telefon kerana telefon tidak dapat dikongsi ramai-ramai. Tetapi kepada sesiapa yang telah menelefon, terima kasih saya ucapkan. Jangan serik nak telefon. Dan saya akan cuba sesuaikan diri dengan sitausi terbaru ini.

Maizura Mohd Ederis said...

Kepada pencinta ruang gelap, ini balasan saya :

1. Suatu ketika dulu, saya dianiaya. Dan salah seorang team penulis saya adalah penolong setiausaha SWAM. Sy bkn ahli SWAM, jadi dia lah yg buat kerja bagi pihak saya. Apa yg dia mampu buat hanya lah hantar surat pada penerbit dengan tandatangan setiausaha swam, minta penerbit bayar penulis. Surat itu tak dilayan. Rupanya letter head swam dan tandatangan setiausaha swam tak laku pun. Tak boleh pakai. Tak boleh buat penerbit gerun. Frust dgn apa yg terjadi, si penolong setiausaha itu pun berhenti jadi penulis skrip, buat kerja lain. Apa jadi pada saya? terus menulis skrip dan berusaha tuntut hak pada penerbit tanpa jemu. Telefon, pergi serang di pejabat, serang di lokasi, sampai pernah nak angkat kerusi baling pada mereka yang berkenaan. 18 bulan kemudian, baru lah saya dapat semua duit saya. Perkara pertama saya buat ialah mencari si bekas penolong setiausaha tadi. Utk bayar bahagian skrip yang ditulisnya. Mujur lah terjumpa. Apa kerjanya waktu itu? Wartawan sebuah akhbar baru. Dia gembira dapat duit itu yg sblm ini disangka tak akan dapat. Skrg, mamat itu lenyap terus industri. Malah, akhbar yg disertainya itu pun sekarang sudah tutup. Entah apa kerjanya sekarang. Ini lah bukti, AJK swam pun tak dapat membela diri sendiri.
Malah sy yg bukan ahli swam berjaya dapatkan semua duit yg tertunggak itu utknya dlm tempoh 18 bulan iaitu menyamai tempoh pengambaran filem lord of the ring.

Anonymous said...

Maaf buat Puan Mai kerana 'menjarah' ruang ini.

Maaf juga kerana saya tidak berupaya menjawab 'persoalan' pada yang sudah punya jawapan.

saya telah mengalami apa yang mereka alami dan pengalaman2 tersebut mematangkan saya, menyebab saya tahu dan kenal bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut sebelum ianya hadir.

Dalam hidup ini, jika saya ditimpa masalah yang sama dan berulang, adalah salah saya dan saya tidak akan mengkhilafkan orang lain.

ikhlas,

Penchinta Ruang Gelap.

PS-teruskan menulis dan menulis. Jika sudara2 taat dan yakin, rezeki dan jalan sudara2 dipermudahkan olehNya.

Maizura Mohd Ederis said...

Pencinta Ruang Gelap,

Saya dah tahu identiti awak. Tapi pembaca blog ini, belum. Jadi, mohon jasa baik kenalkan diri dan karya anda di ruang ini supaya awak lebih dilayani dan diterima. Dan setiap kata-kata awak ada kewibawaannya. Ramai yang mengelak memberi komen di sini kerana tidak mahu bergaduh. Jadi, matlamat untuk berbincang secara sihat gagal di ruang ini.

Dan sila perhatikan tonasi yang awak gunakan. Jangan lah tonasi itu memperlihatkan awak terlalu bangga dengan prinsip awak sehingga memperlekeh, memperkecilkan dan menghina orang lain. Seolah kami ini tidak ada prinsip. Biar bagaimana hebat orang itu, tetap tidak kelihatan hebat kerana orang menilai dari cara percakapan (manner of speaking. Manner of speaking itu lah yang buat orang hormat kita, bukan lah sangat pada isi kandungan percakapan itu/content).

Kalau dah ramai sangat yang terasa, it must be something wrong with you. (eh, apasal tetiba aku cakap omputih ni?)

Maizura Mohd Ederis said...

Pencita Ruang Gelap,

Angkat lah semula kewibawaan awak dengan memperkenalkan diri dan menjaga adab percakapan. Awak boleh hebahkan prinsip awak itu ke seluruh dunia tetapi bukan dengan nada yang terlalu mendabik dada dan sinis terhadap apa saja yang orang lain katakan.

Maizura Mohd Ederis said...

Pencinta ruang gelap,

Belajar lah untuk memahami situasi orang lain dalam mengutarakan pandangan atau berkongsi pengalaman, baru lah layak dikatakan "mahu bersatu". Jika tidak, orang mungkin anggap "you are not one of us".

mufid said...

salam mai
baru terbaca ur post hmm... satu post yang menarik tetapi bahannya mungkin sudah bersifat stereotype terutama kepada Otai-otai kot. manalah agaknya penulis skrip yang "bertuah" tidak melalui pengalaman yang sebegitu. dah otai ni pun sesekali terkena juga. sekarang memang kena berhati-hati sangat, penat... buat kerja tapi yang mengaut keuntungan pihak tertentu. dapat nama gah bukan main kerana drama cukup baik.. tapi biasalah penulis skrip bagaikan melukut di tepi gantang. nekad akhirnya nak cari makan. nak berpersatuan tak tahulah kalau ia dah jadi terlalu telus seperti yang didakwa oleh anonymous pencinta ruang gelap (namanya pun dah tak telus). anyway cakap lebih pun tak guna. pernah juga mendekatkan diri dengan persatuan tapi tampak seperti tiada apa yang bergerak... mungkin sekarang dah fobia nak berpersatuan kalau persatuan sekadar bergosip macam Kak Kiah dengan mak Esah kat dewan orang ramai atau sekadar menyalak macam anjing tetapi tiada apa kesudahannya. kepada penulis yang terkena tu, kuatkan aje semangat... kalau kita bagus rezeki takkan putus. seeloknya memang berbincang macam yang disuarakan faznita, tetapi tetapkanlah arah tujuan. ibaratnya dari seorang lebih baik beramai. tapi kalau ramai semua pakat tidoq baik duduk seorang. hmm... lastnya komen saya yang dah jadi karangan. sori Mai... mungkin teremosi sikit. saya menyambut dengan tangan terbuka usaha perjumpaan itu anyway. syabas Mai for ur Biar putih tulang...

Ajami Hashim said...

Salaam all,

isu ni kalau buat filim best nih! boleh buat ala2 Kembara Seniman Jalanan punya style? huhu!

apa2 pun..yg paling penting utk semua penulis skrip baru ialah:

1. NETWORKING! usaha cari sendiri sampai dapat yg betul2 boleh dipercayai & kenal giler2!

2. tulis cerita yg BEST!

good luck all! muahhh!

Maizura Mohd Ederis said...

Ajami,

Kalau nak buat skrip filem mesti ala-ala Layar Lara Suhaimi Baba. Kalau Layar Lara cerita pasal crew dan pelakon tanpa babitkan penulis skrip, filem ni fokus more on penulis skrip saja. Ada sesiapa nak bagi tajuk filemnya? Dan siapa pulak penulis skripnya? Pengarahnya?

Mufid, awak betul. Otai mungkin anggap ini cerita 'basi'. Mungkin entri ini lebih sesuai utk mereka yang 'semi-otai' dan budak-budak baru. Saya ada menghubungi adik-adik yang baru 2-3 tahun jagung menulis skrip, Alhamdulillah mereka berminat untuk beramai-ramai datang ke perjumpaan (kalau jadi lah)

Bagi Otai, setakat ini Ustaz Zabidi memberi respon (lihat shout box di sebelah kanan blog ini) dgn berjanji akan masuk SWAM pada 2010 untuk bela nasib penulis.

Saya update sikit perkembangan terbaru dari thread asal isu ni tercetus : khabarnya Eizlan Yusof sudah berjumpa Pak Mail, presiden SWAM. Jadi, sama-sama lah kita tunggu update dari dia, ok.

Maizura Mohd Ederis said...

Catatan dibawah adalah pengalaman saya sendiri yg pada mulanya saya letak di thread asal isu ini di facebook :

Untuk makluman, saya pernah menulis dua tele dalam bentuk part 1 & 2 untuk seorang pengarah yang mengaku sebagai penerbit. Saya terlalu "excited" dapat job sehingga lupa menyiasat latarbelakangnya. Siap tele itu, baru sedar yang dia baru terkial-kial nak cari financier, syarikat pun belum tubuh lagi. Padahal sebelum tu dia kata stesyen sudah luluskan proposal tu dan syarikatnya pun sudah ditubuhkan. Dan janji nak bayar RM5,000 untuk satu tele, dua maknanya RM10,000.

Bila disiasat di stesyen rupanya stesyen tak lulus! Saya marah jugak tapi dalam marah itu saya tetap beri peluang dia jual skrip itu pada stesyen lain.

Setahun kemudian, saya tuntut hak saya. Baru dia cakap stesyen lain dah lulus dan dah shoot, tunggu masa tayangan saja. Dan dia akan bayar saya saguhati RM500 saja sbb skrip saya "reject" . Dia terpaksa upah penulis lain utk menulis semula beradasarkan sinopsis. (Skrip ini idea asal dari dia, saya hanya menulis skrip). Dan dia mintak saya sms nombor akaun. Saya tak mahu beri no akaun sebelum saya tengok skrip dulu. Sebanyak mana perbezaan antara skrip saya dengan skrip penulis lain itu?

Apa reaksinya? Dia terus marah-marah dan kata saya ini :

"Scriptwriter berlagak. Siapa You dalam industri? Stesyen kenal you? Apa skrip you yang meletup yang orang kenal?"

Saya balas balik melalui SMS :

Nur Kasih dan Datin Wan Abe tu skrip saya. Eksekutif stsyen yg kenal saya hanya tiga orang lah saja - Brijesh Tanna, Siti Nur baya dan Julian Cheah.

Dia tersentap agaknya dengar nama Nur Kasih lalu dia kata :

"oh...i terlalu sibuk dengan kerja i sampai tak ada masa nak tengok TV".

Lepas tu saya cari siapa penulis skrip baru yang dia upah tu. Alhamdulillah, penulis baru itu mahu bekerjasama dengan saya dengan menghantar skrip penuh tulisannya melalui e-mail. Penulis itu faham kes begini biasa terjadi dan dia pun cemas jugak. Setelah baca, ia tidak sama. Penulis itu pun lega.

Ya, walaupun sinopsis sama, tapi garapan dan olahan setiap penulis berbeza kerana Allah menjadikan bakat setiap manusia berbeza dan unik. Sebab itu lah tidak ada karya yang sama walaupun idea sama melainkan karya ciplakan/plagiat.

Skrip tele dua bahagian itu digabungkan menjadi satu saja (90 minit) dan penerbit membayar penulis itu RM4,000 manakala pengarah itu mengambil RM2,000 dari penulis sebagai ganjaran untuk idea dan usaha dia mendapatkan job ini. Jadi, penulis baru itu hanya mendapat RM2,000 dan saya, RM500.

Redha skrip saya "reject", saya pun setuju terima RM500 itu tetapi bukan untuk diri saya. Saya niatkan utk sedekah pada anak-anak yatim Islam yang tertindas di Mindanao. Projek Act Malaysia namanya. Saya suruh dia masukkan terus dalam akaun anak2 yatim.
Manakala sebahagiannya untuk co-writer yang bantu saya buat skrip part 2, seorang pelajar IPT dalam bidang skrip juga. Dia janji akan masukkan. Dan sampai sekarang duit itu belum masuk pada akaun co-writer saya atau anak2 yatim.

Begitu lah ceritanya....

rusliesophian said...

Salam Mai,
Melihat tajuk entry 'Nasib Penulis Skrip...' di blog Mai ini menguatkan semangat saya untuk membacanya. Maklumlah dah hampir 20 tahun menjadi penulis skrip, nasib saya sama seperti Anonymous-1.

Betul juga seperti kata saudara Mufid. Saya juga pernah cuba mendekatkan diri dgn persatuan, tapi kalau di waktu pejabat pun pintu pejabat persatuan berkunci dgn mangga besar, ke mana arah tuju kita?

Apapun saya bangga pada Anonymous-2 yang nampaknya langsung tidak menghadapi apa-apa masalah. Syabas 'Penchinta (bukan pencinta) Ruang Gelap. Anda mungkin salah seorang drp sejuta manusia di dunia ini yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. dgn keajaiban yg unik.

Namun nasihat saya tak perlulah mendadik dada! Angkuh, riak dan bongkak itu akan membawa kepada kejatuhan seseorang. Bila dah jatuh macam 'nangka busuk' baru anda tahu langit itu tinggi rendah.

Maafkan saya kalau sedikit terkasar bahasa. Kritik saya berdasarkan pengalaman sendiri. Berdasarkan hukum 'karma', kita tipu orang, orang lain pula akan tipu kita dan begitulah seterusnya dan seterusnya.....

Apa yang saya tahu sekarang ini tidak ada stesyen TV yang hendak skrip lengkap sebelum proposal kita diluluskan mereka. Pitching kat RTM pun tidak sorang pun penulis skrip yang hantar skrip lengkap. Tak tahulah saya kalau Anonymous-2 aka Penchinta Ruang Gelap hantar skrip lengkap.

Begitupun pernah terjadi pada saya, proposal yang diluluskan oleh stesyen TV dan produser juga sudah bayar penuh harga skrip itu, tetapi bila keluar kat TV nama penulis lain pula tertera di skrin TV. Terasa juga sakit hati sebab nama kita tak termasuk dalam credit title.

Itu baru satu! Kalau saya nak bongkarkan, memang terlalu banyak. Proposal saya diciplak sehingga menjadi siri bermusim-musim, produser bayar dgn cek dan saya terkinja-kinja pergi ke bank kerana perlukan duit, alih-alih cek tendang. Drama dah berbulan-bulan keluar kat TV tapi produser pula menghilangkan diri.

Kalau nak cerita, memang terlalu banyak yang dah saya alami. Ini semua menguji kesabaran kita. Tapi ada ketika membuatkan kita berkasar dan dituduh pula kita ni kurang ajar.

Kepada Mai dan lain-lain penulis skrip, sekiranya ada apa-apa perjumpaan dan perbincangan berkaitan nasib penulis skrip, sila hubungi saya. Saya tidak keberatan untuk bersatu tenaga dengan anda kalian. Wa'alaikumusalam.

mufid said...

ketika sedang melakar skrip terbaru terasa buntu.. layan kejap blog mai... wah semakin ramai memberikan komen bernas mereka (mengikut pandangan masing-masing) lalu kita mengambilnya dengan hati yang terbuka, be positif tajuknya... nasib penulis skrip memang hampir sama, pencinta ruang gelap mungkin satu antara sejuta. tuah badan kata orang. saya melalui liku-liku nasib yang agak buruk, ngeri pun ada mengingatkannya. kekuatannya mungkin ada pada semangat yang dibakar dari dalam diri sendiri. mengingat peristiwa persatuan kita yang suam-suam kuku kira-kira 5 tahun lalu... ada yang datang kepada saya menawarkan jawatan tertentu dalam persatuan suam-suam kuku itu, terkejut saya. terkejut kerana apa? belum apa-apa sudah ada kroni untuk menjatuhkan kroni lain. lalu saya mengambil jalan selamat kalau boleh tidak mahu bemusuh antara kita yang tak berapa kerat ini. nasibnya tetap sama ... tiada yang telus. alangkah bahagia hidup pencinta ruang gelap, apa ilmu yang dia pakai.. semua seperti berjalan lancar. namun saya tetap akui sejak akhir-akhir ini saya mendapat tempat dengan beberapa producer yang saya yakin kewibawaan mereka, sentiasa prihatin.. tetapi dalam berhati-hati itu pun terasa hati juga dengan producer seperti Orangtree(malas lagi nak selindung) yang langsung tidak mengkredit nama saya untuk drama bersiri Cik Ah Cik Nin.. lebih buruk lagi payment saya dipotong dengan alasan skrip itu terpaksa dibuat semula oleh penulis Astro. kecil hati, kecewa macam-macam perasan berbaur... lalu terfikir seketika adakah persatuan suam-suam kuku akan mengambil tindakan jika saya ahli dan melaporkan kejadian? kalau ya apakah bentuk tindakannya? kalau tindakannya betul berapa lama pula masa yang diambil? banyak sangat persoalan lalu pujuk ajelah hati bahawa ini bukan rezeki. penat memang penat tetapi terubat dengan beberapa producer seperti GBSB, A-10 Alliance, Zeel production, Eurofine dan dua tiga yang lain. Sekadar menyebut beberapa nama mungkin ada lagi yang bagus.. tetapi belum mendapat tawaran atau mungkin mereka menyangka kita sombong. sombong sebab masa pitching saya tak ada masa atau malas nat attend pitching yang seperti melepas batuk di tangga. bayangkan saja mimpi ngeri ini... pitching untuk satu kategori dipilih satu menerusi 20-30 proposal. alasan pemilihan masih subjektif.. kerja kreatif dinilai menerusi apa, mungkin cara penyampaian kita tidak baik.. tapi mana tahu penyampaian melalui skrip lebih mantap. allhualam. Berapa banyak kita dibayar untuk pitching 100, 200, 300 atau percuma. apakah setimpal harga yang diberi jika akhirnya idea proposal dibakulsampahkan... itu kira nasib baik. kalau digunakan oleh producer yang tidak bertaggungjawab dengan hanya menukar title sapa nak jawab? jawabnya makan hati anyway ini pandangan pribadi saja ... bukan nak menakutkan sesiapa.. tapi rasanya hampir 99peratus penulis skrip mengalami nasib yang sama kecuali Pencinta ruang gelap yang bertuah badan... alhamdulilah itu rezeki dia. dunia penulisan memang menuntut ketabahan, kesabaran dan passion jika tidak lagi baik cari kerja lain... anyway saya cukup respek dengan penulis berkaliber seperti Mai, Sofia Ryland, Zaini Kosnin, Myra, Azlina Pawan, Marttias Ali, Faznita etc dan saya cukup tahu anda semua mempunyai ciri-ciri penulis skrip yang hampir sempurna sifatnya. cerita banyak taknak... saya akan menyokong untuk apa juga pertemuan yang didokong oleh penulis skrip yang memang jatinya seorang penulis dan ingin berkongsi pengalaman bukan untuk menjatuhkan orang lain.

Maizura Mohd Ederis said...

Terima kasih Abang Ruslie kerana sudi melawat blog yang kerdil ini. Saya dah teliti profil abang di blog, twitter dan sebagainya. Ya, hebat juga abang dengan pelbagai aktiviti lain selain menulis skrip.

Saya setuju tentang isu proposal. Kerisauan utama kita ialah proposal yang diciplak, bukan skrip. Di dalam industri, kita ada pelbagai term utk merujuk kepada 'benda alah' ini. Ada yang panggil :

- concept paper
- concept note
- concept proposal
- sinopsis
- outline (tak ramai yang sebut istilah ini kecuali seorang boss besar bangsa orang putih di Astro yang pernah kerja di BBC London dan ABC Australia selama 20 tahun. Dia pernah sebut outline pada saya, lalu terpinga-pinga lah saya tak faham apa bendanya. Rupanya maksud dia concept paper lah)

Kadang2 ada producer nak main politik dgn stesyen, dipadamnya nama penulis proposal asal lalu digantikan dengan nama penulis lain atau pengarah yang stesyen itu suka supaya proposal itu mudah lulus.

Perlu diingatkan bahawa kerja penulis skrip bukan saja menulis konsep seorang diri di rumah. Kadang2 terpaksa juga melalui proses "concept development" membabitkan "brainstorming" dengan stesyen, penerbit atau penaja (pengiklan). Sesetengah job ambil masa panjang untuk membangunkan konsep saja, terutama bagi projek khas. Hollywood merujuk ini sebagai "development hell". Dan saya tahu ada kes, penulis ditendang keluar setelah berpenat lelah melalui "development hell" dan digantikan dengan penulis lain sebaik saja konsep itu lulus. Biasanya, ini berlaku apabila penulis tidak setuju konsepnya dirombak/dicincang semasa proses "brainstorming" itu. Dan kalau bernasib baik, namanya tersiar di TV sebagai "idea asal". Tapi dalam banyak kes, credit title "idea asal" ini langsung tak diberi.

rusliesophian said...

Salam,

Apabila sdra Mufid cerita pasal orangetree, saya terkekeh ketawa. Enam bulan masa saya digunakan dengan berbalas proposal dan dah tak ingat berapa banyak meeting yang dihadiri termasuk bawa produser 'lembut gigi dari lidah' ini berjumpa dgn pakar motivasi Dr. Tg. Asmadi dan Dato' Fazilah Kamsan, saya hanya mendapat imbuhan sebanyak RM300/- sahaja. Itupun sebenarnya duit dibayar utk saya pergi editing satu job yang ditinggalkan oleh pengarah yang mengarah job itu.

Malam tadi saya belum tidur lagi sepanjang malam kerana menyiapkan satu proposal...mata dah ngantuk sangat ni...bangun tidur nanti saya sambung sikit lagi cerita....hehehehe.......

Maizura Mohd Ederis said...

Mufid,

1. Cik Ah Cik Nin tu ramai yang tahu dari mulut ke mulut. Producer tu dah dapat nama buruk. Penulis lain mula berhati-hati dengan dia.

2. SWAM - pertemuan Eizlan Yusof minggu ni dengan Pak Mail bukan kerana nak rampas kuasa. Tapi nak beri peluang pada Pak Mail tunjukkan kewibawaan dalam isu ini. Dan Pak Mail setuju nak jumpa ahli SWAM sahaja. Jadi, siapa nak hadir ke perjumpaan dengan Pak Mail (tarikh belum tahu), mesti daftar dulu jadi ahli SWAM. Sesiapa yang berminat, baik bertindak sekarang walaupun pejabat SWAM sentiasa tutup, telefon tak angkat, website tak update. Usaha juga lah dapatkan borangnya dan hantar. Jangan lupa, sediakan duit yurannya.

3. Isu pitching - mcm2 hal pro dan kontra boleh dibincangkan. Dan kalau nak bincang, sehari semalam pun tak cukup rasanya. Mungkin sesiapa yang prihatin boleh bukak thread khas di facebook tentang pitching saja dan buka thread itu pada semua penulis skrip yang berdaftar dengan facebook. Apa-apa rumusan yang bernas dari thread itu nanti boleh lah di bawa ke RTM misalnya? Ini cuma cadangan.

[menyelit isu lain : sekarang sudah ada kelab facebook, bincang pasal dakwah Islamiah dalam seni filem dan drama. Siapa yang minat, sila cari kelab itu di fb. Setakat ini ada lebih kurang 20 ahli. Nanti saya update nama penuh kelab itu]

4. Ya, memang ada penerbit yang prihatin, jaga kebajikan penulis skrip. Saya pun dah jumpa.

5. Pertemuan penulis utk berkongsi pengalaman sedang diaturkan. Akan dimaklumkan kelak. Mungkin boleh disekalikan dgn pertemuan dengan Pak Mail atau dibuat lebih awal, atau selepas itu, mana-mana yang sesuai.

sinaganaga said...

Ini cuma pandangan peribadi saya:

1. Menubuhkan banyak/pelbagai Persatuan Penulis Skrip tidak akan menyatukan (unity) penulis-penulis skrip. Con: Kalau gua tak suka SWAM - gua setup persatuan lain, kalau gua tak suka persatuan lain - gua setup lagi persatuan yang lain. Hah, berapa banyak nak ada Persatuan Penulis-Penulis Skrip? Lama ke lamaan, kesepakatan penulis-penulis skrip akan berpencar-pencar dan menjadi plankton-plankton kecil untuk lebih senang ditindas.

2. Malaysia mempunyai sebilangan Persatuan Penulis. Con: PENA, RANTAI (sudah berkubur), KALAM, PEN, etc. Adakah ia menyatukan semua penulis? Mungkin ya, mungkin tidak. Lalu, PENA menubuhkan GAPENA (Gabungan Penulis Nasional) yang kemudiannya menaungi persatuan-persatuan penulis yang berpencar-pencar ini.

Ideanya - jika Kerajaan memberi dana kepada Gapena - Gapena akan mengagih-agihkan kepada persatuan di bawah gabongannya. Persoalannya - adakah hal ini berlaku? Mmm...

3. Saya rasa, langkah yang paling baik adalah dengan menubuhkan Kesatuan (Union) Penulis-Penulis Skrip. Dan, seterusnya bergabung dengan MTUC.

Dengan menubuhkan Kesatuan - setidak-tidaknya ahli Kesatuan tersebut akan berpeluang mengikuti kursus-kursus pentadbiran, akaun, undang-undang anjuran Jabatan Hak Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) atau MTUC misalnya.

Makanya, anda akan tahu apa sebenarnya hak anda sebagai seorang penulis skrip, etc.

Dan, anda juga akan dilindungi undang-undang. MTUC ada lawyer yang akan fight kes anda di Mahkamah Perusahaan.

Kesannya, (barangkali mungkin), penerbit/pengarah tak mahu ambil anda bekerja sebab setiap kali nak buat filem/drama tv dari skrip anda - anda suruh mereka tandatangan kontrak Kesatuan.

Tapi, kalau semua penulis skrip menjadi ahli Kesatuan ini - by hook or by crook, penerbit mesti tandatangan jugalah. Ya tak? Ha ha.

4. Sindiket Sol-Jah turut menganjurkan Maskara Shorties. Maskara Shorties terbuka kepada sesiapa sahaja. Baik pengarah profesional, baik pengarah cabuk, baik penulis skrip, etc untuk sama-sama bikin filem. Ya, filem-filem yang kita suka. :)

Kami mengalu-alukan projek bikin filem secara kecil-kecilan (macam IKS la pulakkkkk) dari penulis-penulis skrip seperti anda.

Anda boleh mengarah sendiri skrip anda. Atau, anda boleh team up dengan kawan-kawan pengarah anda.

Percayalah, kami akan tayangkan karya anda tanpa prajudis. Dan, anda akan menikmati kemasyhur (< = perkataan yg paling susah nak dieja... apa ejaannya yang betul?) apabila penonton bertanya, "Filem kau ni, John? Uuuu, besttttttt!" atau "Filem kau ni, Mary!!!! Uuuu, macam cilakeeee! Well, ini filem kau... suka hati kaulah kan! bagaimanapun, ia satu usaha yang baiK, Mary! Tahniah!" (Ini saja yang anda mahukan, kan?)

Percayalah, sesuatu yang kecil ini akan menjadi besar pada suatu hari nanti.

Saya juga sudah bercakap dengan ahli Sindiket Sol-Jah - maskara Shorties akan datang - kami nak anjurkan bersama-sama dengan kawan2 dari pengulas filem dan penulis skrip.

Mungkin - MASKARA SHORTIES anjuran bersama-sama SINDIKET SOL-JAH, ARTFULCREATOR, FADZ TONTON FILEM. Saya akan berbesar hati kalau kita bersetuju dengan projek kecil-kecilan ini. :)

Maizura Mohd Ederis said...

Sinaganaga,

Tks ats kesudian lawat blog ini dan beri komen.

Saya jawab :

1. Ya, tak berapa setuju idea buat persatuan baru.

2. I reserve my comment.

3. Tak pasti sejauh mana boleh buat union. Kalau ada union seronok juga. Saya masih ingat kenangan jadi wartawan, ahli National Union of Journalist (NUJ). Tuntut naik gaji, siap pakai badge "KAMI KECEWA". Masa pergi interview Azalina Othman, dia terus tanya,

"nak menaip pun dah tak larat ke, gaji sikit?"

Manakala org UMNO ingat kami kem Rafidah Aziz sbb masa tu Rafidah kalah dgn Zaharah Sulaiman jwtn ketua wanita.

4. Sindiket SOL-JAH, InsyaAllah kalau ada kelapangan masa.

Maizura Mohd Ederis said...

Sinaganaga,

Tks ats kesudian lawat blog ini dan beri komen.

Saya jawab :

1. Ya, tak berapa setuju idea buat persatuan baru.

2. I reserve my comment.

3. Tak pasti sejauh mana boleh buat union. Kalau ada union seronok juga. Saya masih ingat kenangan jadi wartawan, ahli National Union of Journalist (NUJ). Tuntut naik gaji, siap pakai badge "KAMI KECEWA". Masa pergi interview Azalina Othman, dia terus tanya,

"nak menaip pun dah tak larat ke, gaji sikit?"

Manakala org UMNO ingat kami kem Rafidah Aziz sbb masa tu Rafidah kalah dgn Zaharah Sulaiman jwtn ketua wanita.

4. Sindiket SOL-JAH, InsyaAllah kalau ada kelapangan masa.

M.F Kencana said...

Salam menyinggah...

M.F Kencana said...

Salam menyinggah. Mungkin agak lewat saya menjengah ke sini. Terlampau panjang isu, hingga sy tak tahu nk mencelah di mana ni erk? Sebagai penulis skrip baru mewakili suara anak muda yg baru setahun menulis, rasanya pengalaman kena tipu lebih dpd 10 kali. Agaknya bagaimana pengalaman saudara yg dah lama menulis berpuluh-puluh tahun, pastinya sgt banyak...

Berkenaan persatuan," ibarat seekor ikan. Busuk kepalanya, busuklah badannya hingga ke ekornya."

Mungkin dgn adanya satu pertubuhan atau perbincangan sebegini akan memperjuangkan nasib penulis. Jika tidak produser akan terus bersenang lenang...

-Ikut je follow kalau ada apa2 perjumpaan/perkembangan (mewakili generasi muda)

fadz said...

laaa, ingatkan SWAM ni bolehlah se gah dengan Scriptwriter's Guild tapi, aduhhh.. poin Naga adalah yg terbaik, dan SWAM perlu bergerak sebegitu rupa (ingat bagaimana mereka berpiket sampai tidak ada tayangan drama bersiri di TV tahun lepas?).. jgnlah dikaburkan dgn hal2 politik, tetpai hak hak saksama para penulis skrip.

Maizura Mohd Ederis said...

Terima kasih Fadz kerana prihatin walaupun sdr adalah pengkritik dan pengulas filem, bukan pengkarya/pengamal industri.

Bagi saya para pengkritik adalah sebahagian dari industri kerana kritikan yang membina dapat meningkatkan kualiti industri sekiranya ia diterima oleh pengkarya dengan terbuka, tanpa sifat ego.

Ya, Mogok Penulis (Writer's Strike) selama setahun anjuran Writer's Guild of America (WGA) adalah kes klasik untuk menggambarkan betapa gigih penulis menuntut hak.


Bagaimanapun, SWAM masih jauh untuk menyamai WGA. Dan tidak semua yang dilakukan WGA boleh dicontohi oleh SWAM kerana saiz industri, praktis, sikap dan semangat para pengkarya di Malaysia dan Amerika jauh berbeza.