Akhbar
Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa
Media Prima Berhad akan melabur sebanyak
RM200 juta untuk kandungan tempatan dan antarabangsa, pada tahun hadapan. Namun, tidak disebutkan berapa peratusan tempatan dan berapa pula peratusan untuk antarabangsa. Adakah
70-30 seperti RTM? Atau sebaliknya?
Apa pun, selama ini kandungan tempatan di TV3 dan TV9 memang menyerlah walaupun kita tidak tahu kadar peratusan yang sebenarnya.
Jika benar adanya pelaburan berkenaan, mungkin ini boleh menjadi satu berita yang positif untuk warga kerja di sektor televisyen.
Laporan yang sama turut menyebut bahawa rancangan Akademi al-Quran di TV9 akan diteruskan tetapi dengan membuat sedikit perubahan iaitu menyelitkan unsur hiburan.
Saya tidak pasti sejauh mana hiburan boleh dicampur aduk dengan al-Quran. Serah sahaja kepada pakar agama untuk komen tentang kenyataan ini. Apa pun, di sebalik
berita tidak berapa gembira di sektor filem melalui keputusan Festival Filem Malaysia ke-23 Ahad lalu, mungkin terselit sedikit harapan untuk sektor televisyen berkembang maju dengan rancangan lebih berkualiti dan membuka minda masyarakat, InsyaAllah.
6 comments:
apa khabar tak mengembirakan kat Festival Filem tu Mai?
salam, maizura!
yup, ffm tahun ni memang..er..kelakar.
setuju dengan part tv yang dapat membangunkan minda masyarakat,
tapi yang peliknya bila pergi meeting dengan orang2 media prima/astro apatah lagi dekat tingkat 2 unit bekalan filem rtm nuh..diorang sendiri cakap:
"Rakyat Malaysia tak nak cerita yang kena banyak berfikir"
pergi mana-mana tv station, ini yang diorang akan cakap.
pergi mana-mana production house, selalunya (tak semualah, sebab tak semuanya sengal) diorang akan cakap benda sama.
malah ada satu production house (sengal) yang pernah cakap kat saya: "kalau buat skrip tu, jangan memandai nak buat flashback, sebab audience melayu tak paham flashback tu apa"
betul ke? ini ke selera audience kita? atau tv station dan production house yang bersalah?
mungkin dah sampai time di kalangan penulis skrip untuk address issue ni, kot. sebab nak tak nak, kita yang menyumbang pada kandungan kat tv nuh. dan selagi kandungannya tak berubah, minda rakyat..sampai bila2 pun takkan
berubah..
PS: saya pernah meeting dengan rtm, diorang pernah cakap kat saya (and i quote): "awak kalau nak buat cerita, jaga sikit, jangan buat sebarangan, jangan buat cerita macam cerita mat salleh, orang sekarang dah pandai pangkah yang lain dari dacing (BN lah tu), jaga-jaga.."
biarpun saya faham content rtm sarat dengan propaganda politik, tapi apa salahnya buat betul2. mungkin orang rtm tak pernah tengok filem propaganda nazi oleh leni riefenstahl, "triumph of the will" (yang memang, memang hebat)
tu baru propaganda!
Ya Alfie, cakap pasal 'LOCAL CONTENT' ni letih kadang-kadang. Sebab kita yang bertungkus lumus sediakan pelbagai konsep, akhirnya konsep kita tak diterima, konsep dari dia orang jugak yang disuruhnya kita buat. Nak tak nak, terpaksa terima, kalau tak, tak berbayar lah bil...
Faz,
Tak kan you tak perasan keputusan yang ala-ala siapa yang masuk bertanding, tak kira lah bagus ke tak, mesti dapat bawak balik hadiah, sekurang-kurangnya satu.
jadi betullah selalunya 80% idea sebenarnya dari pengelola mesyuarat "pitching", bukan idea penulis..
rasa macam tgk filem The Player versi Melayu pulak!
Faz,
I reserve my comment...ha...ha...
Oppss..entri terbaru di atas untuk Fadzli al-akiti, bukan faznita.
Terima kasih semua yang sudi komen di sini.
Post a Comment