Keterangan gambar : Bergambar dengan AJK SWAM, Asmira, Rashidah dan Leni dalam majlis Jom Mesra bersama SWAM di Dataran Finas, Ahad lalu.
Monday, November 8, 2010
AKHIRNYA SAYA MASUK SWAM
Setelah sekian lama menangguhkan hasrat menyertai Screen Writer's Association of Malaysia [SWAM], sekarang baharu lah terlaksana. Kenapa saya masuk SWAM? Jawapannya kerana ini lah takdir yang telah tertulis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
bagus. kerana bersatu dengan persatuan adalah lebih baik. teruskan! Jangan khuatir dan bimbang pada pendapat yang berbeza kerana pendapat yang berbeza semakin mewarnai kehidupan yang puan lalui. Pendapat yang berbeza tidak akan mengganggu gugat pendapatan puan.
ikhlas
Penchinta Ruang Gelap
Tahniah!
Biar duduk dlm racun, jangan minum racun. Kalau terminum cepat cepat cari air kelapa muda...
masuk swam bukan takdir. tapi pilihan.
ramlan rahmat
Bukan Sepet, racun???
Ramlan,
Ya awak betul. Ini "pilihan saya". Tetapi sebagaimana kehidupan ini yang mengandungi 50% pilihan dan 50% takdir, begitu lah juga saya dengan SWAM.
Mungkin juga saya ter'anggap' masuk SWAM sebagai takdir kerana sebelum ini puas mengelak walaupun dipaksa oleh penerbit. Lantaran kebanyakan penerbit menyangka karya 'non-SWAM' tidak layak dipertandingkan untuk anugerah tempatan kerana syaratnya mesti lah SWAM. Malah kebanyakan penulis pun sangka begitu. Memang biasa kita dengar penulis beritahu masuk SWAM semata-mata kerana takut tak boleh bertanding. Malah pernah ada rakan yang tercalon di FFM, dengan cemasnya berdoa agar tidak menang malam itu kerana takut hadiah ditarik balik setelah penganjur sedar dia bukan-SWAM.
Bagaimanapun, ini hanya anggapan kerana faktanya, lebih ramai penulis bukan-SWAM yang menang anugerah tempatan, berbanding ahli SWAM sendiri. Malah penulis kita yang menyerlah di festival antarabangsa, bukan lah ahli SWAM.
Apa pun, takdir telah menemukan saya dengan beberapa orang yang kemudiannya telah menukar perspektif daripada 'mengelak' kepada 'menghampiri'.
Ramai penulis memandang sepi kepada SWAM kerana mereka memang boleh hidup tanpa SWAM - 'job' tidak putus, nama sentiasa keluar TV, naik pentas ambik hadiah, atau sekurang-kurangnya tercalon, dan karya mereka mempunyai ramai pengikut [dari segi rating].
Bagaimapun, bergerak secara 'solo' tidak begitu baik untuk perkembangan industri dari segi jangkapanjang.
Post a Comment