Malam ini
Anugerah Skrin 2010. Seperti yang dijangka, drama bersiri
Nur Kasih memasuki pencalonan kategori
Drama Rantaian. Ini bukan lah kejutan kerana syarat untuk layak ke pusingan awal adalah berdasarkan laporan tontonan [
rating] tertinggi oleh
AGB Neilson Media Research.
Bagaimanapun, keputusan peringkat akhir iaitu lima yang terbaik [TOP 5] dan seterusnya juara, tetap akan ditentukan oleh juri bertauliah. Di sini, tentu lah aspek kualiti lebih ditekankan dan rating tidak lagi terpakai.
Menilai dari segi kualiti,saya lebih melihat kepada
Ghost dan
Blogger Boy, kedua-duanya disiarkan di
8TV. Tidak pasti berapa ramai yang menonton kedua-dua siri ini memandangkan sifatnya yang ‘
urban’ berbanding beberapa calon lain yang lebih
mainstream seperti
Nur Kasih, Halimah Jongang the Series, Awan Dania 2, Nenek Kebaya dan
Adamaya.
Good luck buat rakan penulis yang karya mereka terpilih ke pusingan awal seperti Zaini Kosnin, Sofia Rhyland, Norhaidatul Azian dan lain-lain yang mungkin saya terlepas pandang ketika tergesa-gesa menyemak senarai pencalonan pagi ini.
Saksikan malam ini,samada di dewan besar
Pusat Dagangan Dunia Putra, mahupun di layar kaca akan keputusannya....