Kenapa filem Hollywood bagus? Salah satu daripada jawapannya, terletak pada kesanggupan pengamal industrinya berbelanja besar untuk membangunkan sesuatu skrip. Menurut guru
Master Class Screenwriting,
Mr Yasu Tanaka yang bekerja di sana, industri itu membelanjakan
USD 750 juta setahun untuk
Script Development. Jumlah yang menyamai RM30 ribu juta ini, sebahagian besar untuk membayar "Development Fee" kepada semua penulis yang terlibat dalam membangunkan sesuatu skrip.
Katanya, filem atau drama TV di Hollywood pasti melibatkan ramai penulis yang bekerja dalam pelbagai peringkat - bermula dari idea asal sehingga lah kepada draf terakhir atau shooting script.
Manakala bagi mereka yang berjaya dalam
idea pitch [di sini disebut
Pitching], tetapi penerbit belum berkesempatan menjadikannya filem atau siri TV, penulis tetap dibayar sejumlah wang yang digelar
"Option Fee". Ini membolehkan idea itu dipegang oleh penerbit untuk tempoh tertentu, misalnya enam bulan. Selepas tempoh itu, jika masih belum dibuat apa-apa, penulis berhak menarik balik idea itu dari penerbit tanpa memulangkan wang yang telah diambil. Tetapi jika penerbit masih berminat dengan idea itu, kontrak perlu ditandatangani semula untuk beberapa bulan lagi dan
"option fee" wajib dibayar lagi.
Justeru, di sana terdapat penulis yang tidak pernah melihat karya mereka tersiar di TV atau panggung wayang, tetapi masih boleh hidup dengan menerima "option fee".
Sementara itu, penerbit tidak mungkin membaca kesemua sinopsis atau treatment yang diterima kerana jumlahnya begitu banyak. Oleh itu mereka mengupah orang lain untuk membacanya yang digelar "reader". Pemegang jawatan ini perlu mahir menulis kerana mereka akan menulis semula sinopsis atau treatment yang dibaca itu dalam ayat yang lebih ringkas. Golongan ini juga dibayar lumayan. Malah ramai penulis mapan di Hollywood memulakan kerjaya mereka dengan menjadi "reader".
Begitu lah adanya senario di negara pengeksport filem terbesar dunia itu....
12 comments:
PRODUCER HANYALAH JAMBATAN YANG MENGHUBUNGKAN ANTARA PENULIS DAN STATION TV.
sebagai penulis saya sudah menetapkan harga untuk sinopsis yang saya hasilkan.
Saya juga sudah menetapkan harga skrip bila insyaAllah sinopsis diterima pakai oleh station tv.
Tindakan ini tidak menyenangkan sebahagian besar dari producer dengan alasan 'penulis prolifik' tidak melakukan seperti itu.
Saya tidak pernah kecewa dengan producer seperti itu. Kerana 'taat dan yakin' saya maka segalanya itu diberi jalan olehNya. Ada producer yang faham dengan kehendak dan tuntutan saya.
oleh itu sehingga kini saya tidak pernah bergaduh soal tidak dibayar, dibayar ciput atau perkara berkaitan dengan RM. Apa yang menjadi ketidak puas hatian hanyalah soal-soal dasar fikir dalam menafsir sesebuh teks aka screen play ke bingkai yang bergerak.
Apa pun sebagai penulis saya cukup akur dengan 'geografi penerbitan' sesebuah drama buat tv di malaysia. Oleh itu untuk membandingkan dengan apa yang ada di hollywood terasa tidak adil dan juling.
ikhlas
Penchinta Ruang Gelap.
patutla skrip2 drama hollywood ni bagus2, kak..huhu no wonder la..
apakah caranya untuk merubah senario di malaysia. btw bagus info ini kak.
Assalamualaikum...
Buat semua. Sekadar tumpang lalu...
Berubah adalah satu masalah dan masalah adalah perubahan. Julat industri yang berbeza tidak mengizinkan kita harus serupa dengan yang di sana.
Dilema yang biasa... selepas persembahkan tahap gaban maha karya anda kepada stesen penyiar...
Sila siapkan dalam 2-3 hari atau selewatnya seminggu, biasanya telefilem. Minggu depan dah nak roll ! Itu nada sang produser...
Jadi faham-faham sajalah...
Kebenaran sentiasa ada di luar sana...
setuju dengan pandangan penchinta dan anon 1:29.
kerja sejam di McD di hollywood, boleh beli 2 latte di Starbuck. Di McD KL dapatkah.?
Ramlan Rahmat
Assalamualaikum,
Saya pernah menghadiri kelas yang diajar oleh Mr Yasu Tanaka beberapa bulan yang lepas.
Inputnya amatlah baik selain beliau sedar permasalahan dan perbezaan yang berlaku antara industri Hollywood dan Malaywood.
Apapun, keadaan ini mungkin akan mengambil masa jika hendak diubah dan saya selalu berdoa ada segelintir penerbit yg byk duit mengambil 'langkah pertama' cuba mengubahnya.
Mungkin selepas itu, industri akan menjadi lebih baik dan semua pekerja belakang tabir mendapat hasil yang setara dengan kerjanya.
Siberkop,
Saya sudah pun ditawarkan "option fee" untuk salah satu idea! Jumlahnya..ha..ha...rahsiaaaa...
Anon 1:29 & Ramlan Rahmat,
Saya tak bandingkan Hollywood dengan Malaysia sebab saya tahu saiz industri berbeza. Saya ada data tentang jumlah pendapatan industri kita. Saya cuma melaporkan apa yang saya dapat daripada Mr Yasu.
Pun begitu, alangkah baik kalau di sini pun ada "option fee" yang jumlahnya setanding dengan saiz industri kita. Sekadar beberapa ringgit yang patut. Ini tidak, 3-4 tahun idea kita diperam oleh penerbit. Dalam tempoh itu kita tak dapat apa-apa sen pun, cuma tunggu saja masa dan ketika akan dapat lampu hijau untuk menulis skrip penuh.
Ryann,
Perubahan? Terletak pada tangan pengamalnya.
Anon a.k.a. Pencinta Ruang Gelap,
Tolong jangan cakap benda yang sama berulang kali. Sudah lah. Jemu tau!
Anon 1:29,
Ya, setuju sangat dengan persembahan tahap gaban itu. Habis saja present, stesyen terus bagi TX, bulan depan dah nak tayang ni [telemovie]. Ekspres rakyat lah penulis skrip bekerja. Jadi, maha karya itu pun akhirnya hancur lebur sebab nak cepat, tak cukup masa nak berkarya!
tahniah puan kerana dapat option fee..
saya juga mendapat tahu ada beberapa penulis telah mendapat option fee. antaranya pemenang2 skrip finas, beberapa penulis 'lama-prolifik' dan penulis novel popular.
saya tidak mengatakan puan membandingkan apa yang ada disana dengan disini.
hanya kerana MR YASU mendakwa bahawa dia bekerja disana, maka itu sahajakah yang mampu diwar-warkan olehnya. kenapa dia tidak mahu bercerita bagaimana sistem yang ada di jepun.?
kerana bagusnya hollywood ia dikendalikan oleg orang-orang yang bagus. Bukan hollywood sahaja boleh dijadikan contoh kan...
perubahan pada menang atau kalah hanya terletak pada diri, sikap dan pegangan penulis. Suka atau tidak!
Ramlan Rahmat
Salam dan tumpang lalu, Mai.
Sekadar meluahkan pengalaman 20 tahun saya sebagai penulis skrin, saya merasakan we are getting from bad to worse!
Meskipun kita tidak mendapat bayaran mahal seperti penulis Hollywood, setidak-tidaknya biarlah produser kita ada 'hati perut' sikit.
Tak payah cerita pasal proposal dan sinopsis, sehinggakan treatment yang saya sudah siap buat pun mereka sanggup berikan kepada penulis lain untuk dijadikan skrip tanpa satu sen pampasan kepada saya.
Sebenarnya industri kita 'kacau bilau' dengan munculnya ramai produser yang hanya pentingkan duit lebih daripada hasil seni.
Saya setuju ramai produser terkejar-kejar pada TX yang ditetapkan oleh stesyen TV, tapi mereka harus ingat bahawa tanpa karya penulis, mereka tak akan dapat siaran itu.
Buat pengetahuan kawan2, saya pernah mengolah sedikit dialog-dialog watak pelakon Melayu untuk skrip filem Jepun 'The Last Battle of Kauro' ketika mereka pengambaran di sini 5 tahun lalu. Selama 2 hari di lokasi saya dibayar 4 angka dalam US dollar.
petrol diesel lpg gula harga naik.
yang turun hujan dan bayaran menulis skrip.
Ramlan,
Ya, Mr Yasu kurang bercerita tentang Jepun. Beliau hanya memberitahu mengendalikan sepasukan penulis Jepun untuk projek tertentu. Tetapi masih menggunakan formula Hollywood dari segi struktur. Cuma dialog yang berbeza kerana budaya berbeza. Dialog Jepun lebih panjang dan berbentuk penerangan. [sama macam Malaysia] Dialog Hollywood lebih ringkas, pendek.
Hollywood elok dijadikan contoh atas dasar produk mereka menyeluruh. 60% daripada filem mereka untuk dieksport ke luar. Ditonton, disukai dan difahami oleh segenap lapisan tanpa mengira negara,bangsa dan budaya. Mereka bawa tema universal, semua orang boleh faham bila tengok. Isi yang lebih mendalam tentang kehidupan atau propanda NWO pula di letak di lapis bawah, secara tersirat. Manakala luarannya adalah hiburan. Tidak salah study cara mereka. Sebagaimana pendakwah agama dari golongan Islam tulen selalu berkata mari kita contohi cara dakwah golongan "Islam Liberal" atau cara dakwah "Kristian" kerana dakwah mereka lebih "sampai".
Abang Ruslie, situasi makin buruk? Ini kena tanya pendapat penulis2 seangkatan abang ruslie dan otai-otai lain. Ada dulu lebih baik dari sekarang?
Tapi ada juga penulis yang dibayar "development fee" untuk skrip filemnya yang dirombak secara berperingkat oleh pengarah dan juga produser dengan persetujuan beliau. Rombakan ini mengambil masa yang agak lama. Jadi, boleh lah dia hidup dalam tempoh itu. Sikit atau banyak jumlahnya, saya tak tahu, tapi beliau dibayar.
Anon 6:41, setuju sangat...hanya hujan dan harga skrip yang turun!
Post a Comment